Peraturan

Percutianbajet.com adalah sebuah laman web informasi tempat-tempat menarik percutian dan pelancongan di Malaysia. Laman web ini turut menyediakan ruangan iklan untuk perkhidmatan berkaitan pelancongan iaitu pakej percutian dan percutian bajet. Kami tidak mengambil sebarang keuntungan keatas urusniaga di laman web ini. Semua urusan perniagaan dan perkhidmatan yang diiklankan adalah tanggung-jawab pengiklan dan pengunjung sendiri tertakluk kepada Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Perhubungan dan Komunikasi 1998, Akta Percetakan 1984, Akta Sewa Beli 1967 dan lain-lain akta berkaitan perkhidmatan dan perniagaan yang diiklankan.

Pengunjung perlu menjadi ahli percutianbajet.com jika ingin mengiklankan perkhidmatan atau perniagaan mereka. Maka peraturan dan polisi percutianbajet.com mestilah dipatuhi oleh semua ahli. Iklan yang tidak mematuhi peraturan tidak akan disiarkan. Jika kami terlepas pandang dan menyiarkan iklan tersebut, ia akan dikeluarkan apabila dikesan atau menerima aduan. Berikut adalah peraturan Umum dan khusus bagi perkhidmatan iklan di percutianbajet.com:

Peraturan Umum

  1. Akaun : Pengguna boleh terus menghantar permohonan akaun baru di percutianbajet.com. Pengguna yang login menggunakan akaun media sosial seperti Facebook, Twitter atau Google secara otomatik menjadi ahli percutianbajet.com. Hanya satu akaun dibenarkan bagi setiap pengguna. Akaun berganda akan dibuang.
  2. Bahasa : Hanya Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dibenarkan.
  3. Perkhidmatan dan perniagaan yang dibenarkan : Sila lihat senarai Iklan terlarang.
  4. Scam : Fraud, Skim cepat kaya, Skim Piramid, Pinjaman Kewangan dan lain-lain 'online scam' tidak dibenarkan dan tidak akan disiarkan sama sekali.

Peraturan iklan pakej percutian dan percutian bajet

Tajuk

Gunakan tajuk yang ringkas dan tepat. Sebaik-baiknya tajuk iklan harus kurang dari 30 huruf. Tajuk yang terlalu panjang dan tidak perlu akan dibuang.

Lokasi

Pilih negeri dimana perkhidmatan pelancongan anda berada. Meletakkan iklan yang sama dilain-lain lokasi adalah tidak dibenarkan.

Tempat

Pilih tempat atau daerah perkhidmatan pelancongan.

Jenis

Hanya ada dua jenis iklan sahaja iaitu pakej percutian dan percutian bajet. Kami akan memadam iklan yang tidak berkenaan tanpa sebarang notis.

Pakej

Pilih pakej yang betul seperti yang anda tawarkan. Iklan selain pakej percutian tidak akan diterima.

Kategori

Pilih kategori yang betul bagi perkhidmatan pelancongan anda. Kami berhak membuang iklan yang tidak mengikut kategori tanpa sebarang notis.

Image

Hanya gunakan gambar sebenar dan hak milik anda. Penggunaan gambar pakej percutian orang lain, perkhidmatan percutian bukan milik anda atau gambar perniagaan secara tidak sah dari Internet adalah satu kesalahan dan boleh menyebabkan iklan anda ditolak.

Keterangan

Terangkan pakej percutian yang anda tawarkan anda dengan jelas. Sertakan juga lain-lain informasi yang berkenaan. Jika anda menawarkan perkhidmatan pelancongan, terangkan jenis perkhidmatan anda dan perkara berkaitan perkhidmatan tersebut. Iklan percutian yang tidak jelas akan ditolak.

Nama syarikat

Masukkan nama syarikat perniagaan seperti yang didaftarkan. Pihak percutianbajet.com akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya anda didapati menipu.

No. SSM

Masukkan nombor pendaftaran syarikat perniagaan anda. Pihak percutianbajet.com akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya anda didapati menipu.

Alamat

Alamat syarikat perniagaan anda.

Waktu pejabat

Waktu bekerja syarikat anda.

Telefon

Masukkan nombor telefon pejabat dan telefon bimbit anda.

Harga

Letakkan harga pakej percutian atau perkhidmatan pelancongan anda. Pihak percutianbajet.com akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya anda didapati menipu.

Dengan menghantar iklan di percutianbajet.com, anda telah bersetuju dengan peraturan yang digariskan ini. Harus ditekankan bahawa peraturan ini adalah lebih kepada panduan dan bukanlah sekali-kali peraturan yang muktamat. Kami berhak membuat kata putus berkenaan iklan anda, mengubahsuai atau membuang terus dari laman web percutianbajet.com tanpa sebarang notis.

Terima kasih kerana mambaca peraturan ini. Semoga perkhidmatan iklan percutian yang kami sediakan bermanafaat untuk anda dan iklan anda mendapat perhatian ramai.