Percutian bajet

Laman web percutianbajet.com ialah satu inisiatif untuk mengumpulkan maklumat perkhidmatan pelancongan di Malaysia untuk rujukan seluruh masyarakat di negara ini. Secara amnya, laman web ini menyediakan perkhidmatan iklan percuma untuk pakej percutian dan juga percutian bajet. Pengusaha perkhidmatan berkaitan pelancongan seperti agensi pelancongan, para pengusaha perkhidmatan pengangkutan seperti bas persiaran, kereta sewa, bot serta pengusaha tempat penginapan seperti chalet, homestay dan lain-lain boleh menghantar iklan perniagaan mereka mengikut kategori yang disediakan.

Laman web ini menyediakan secara khusus kategori iklan bagi percutian secara pakej dan perkhidmatan pelancongan secara berasingan atau percutian bajet. Objektifnya ialah agar pengunjung boleh memilih percutian yang sesuai untuk mereka serta merancang percutian lebih awal. Dengan maklumat lengkap yang ada, pengunjung boleh merancang percutian bajet kemana-mana destinasi yang ingin dituju.

Pantai adalah destinasi percutian bajet yang popular.

Pakej percutian

Kategori pakej percutian mengumpulkan pakej pelancongan yang ditawarkan oleh agensi pelancongan di Malaysia mengikut jenis pakej, destinasi percutian dan lokasi mengikut negeri. Biasanya, pakej percutian menyediakan:

  • Penginapan.
  • Makanan
  • Pengangkutan.
  • Aktiviti

Jadi, cara paling mudah untuk pergi melancong ialah dengan mengambil pakej percutian lebih-lebih lagi jika anda baru pertama kali ke destinasi percutian tersebut. Anda tidak perlu risau dengan selok-belok tempat percutian dan aktiviti yang boleh dilakukan kerana semuanya telah disediakan untuk anda. Pakej yang disediakan juga ada berbagai-bagai. Jadi anda boleh memilih pakej percutian bajet yang ditawarkan mengikut kemampuan diri sendiri.

Memilih lokasi percutian bajet yang sesuai.

Bagi pengusaha perkhidmatan pelancongan seperti travel agent, jika anda menyediakan pakej percutian, sila hantarkan iklan percuma ke percutianbajet.com. Anda boleh menghantar seberapa banyak pakej percutian yang anda mahu tanpa sebarang kos. Selain dari iklan secara percuma, kami menawarkan berbagai kelebihan lain seperti:

  1. Tempoh iklan disiarkan sehingga setahun.
  2. Promosi percuma ke laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.
  3. Iklan percutian mengikut kategori pakej.
  4. Iklan menarik dengan slideshow gambar, susun-atur isi kandungan dan maklumat terperinci.
  5. Boleh terus menghantar iklan pakej percutian tanpa perlu mendaftar terlebih dahulu.
  6. Laman web sentiasa dikemas-kini dan kunjungan pelawat yang meningkat setiap hari.
  7. Laman web "mobile-friendly" dimana iklan anda boleh dilihat dengan cantik didalam telefon pintar.

Banyak lagi kelebihan lain yang boleh disenaraikan tetapi yang paling penting ialah, anda tidak perlu membuat apa-apa atau mengambil-tahu tentang promosi pakej percutian anda disini. Pihak percutianbajet.com melakukan berbagai strategi pemasaran bagi memastikan iklan pakej percutian anda sampai kepada pelanggan. Anda cuma perlu melakukan beberapa langkah mudah untuk menghantar iklan dan kami akan mempromosikan iklan tersebut selama setahun untuk anda. Sediakan gambar-gambar menarik pakej percutian anda dan hantar iklan anda sekarang. Arahan langkah demi langkah cara-cara untuk menghantar iklan telah disediakan untuk anda sebagai panduan.

Lihat panduan: Panduan hantar iklan pakej percutian.

Percutian bajet

Bagi sesiapa yang ingin lebih kebebasan menikmati aktiviti percutian, rancanglah percutian anda. Pilih percutian bajet untuk kepuasan diri dalam percutian. Anda boleh memilih percutian bagaimana yang anda mahu seperti jenis pelancongan, aktiviti yang anda suka dan jangka masa yang sesuai tanpa sekatan. Walau bagaimanapun, anda harus mendapatkan sendiri semua maklumat tentang lokasi percutian, pengangkutan, penginapan dan aktiviti pelancongan di kawasan tersebut. Selain kebebasan dan kepuasan dalam percutian, tujuan merancang percutian bajet adalah untuk menjimatkan kos.

Bukit Bendera, Penang adalah lokasi yang menarik untuk percutian bajet.

Merancang percutian bajet

Secara asasnya, untuk merancang percutian bajet sendiri, anda perlu:

  1. Tentukan jenis percutian.
  2. Pilih destinasi percutian.
  3. Jumlah peserta.
  4. Bajet perbelanjaan.
    • Kos Pengangkutan.
    • Kos penginapan.
    • Kos makanan.
    • Kos aktiviti
  5. Membuat tempahan pengangkutan (jika berkenaan).
  6. Membuat tempahan penginapan (perlu).
  7. Membuat tempahan aktiviti (jika berkenaan).

Lihat panduan: Merancang percutian bajet.

Memilih jenis percutian dan destinasi percutian

Laman web Percutian Bajet bertujuan menggalakan pertumbuhan sektor pelancongan di Malaysia. Bagi mencapai objektif ini, percutianbajet.com telah menyediakan senarai tempat menarik bagi setiap negeri yang ada di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kami juga sedang menambah artikel secara lebih terperinci bagi sesuatu destinasi percutian atau aktiviti pelancongan supaya lebih khusus. Selain tempat pelancongan menarik, kami turut menyingkap keistimewaan dan keunikan lain yang ada dikawasan tersebut seperti makanan tradisional, permainan tradisional, adat-resam dan kebudayaan serta lain-lain lagi (Pengunjung yang ingin menyumbang artikel boleh menghubungi kami dan nyatakan syarat-syarat anda seperti bayaran dan sebagainya.). Dengan adanya maklumat ini, pengunjung dapat memilih destinasi percutian yang diingini seterusnya merancang aktiviti serta membuat persediaan yang diperlukan.

Lihat senarai tempat menarik mengikut negeri: Tempat menarik.

Taman tema di Genting Highlands.

Memilih pengangkutan dan aktiviti percutian

Apabila telah memilih destinasi pelancongan ke tempat menarik yang diingini, anda perlu merancang percutian bajet dan memilih jenis pengangkutan ke tempat percutian, mencari tempat penginapan serta aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Bahagian ini selalunya agak sukar kerana tiada tempat khusus yang menyediakan semua perkhidmatan berkaitan pelancongan.

Menggunakan pengangkutan awam untuk percutian bajet.

Menyedari hakikat ini, kami telah menawarkan ruang iklan untuk pengusaha-pengusaha perkhidmatan pengangkutan, penginapan, makanan dan aktiviti pelancongan mempromosikan perniagaan mereka. Dengan adanya satu tempat khusus untuk semua perkhidmatan berkaitan pelancongan ini, orang-ramai akan lebih mudah mendapatkan maklumat untuk merancang percutian mereka. Bagi pengusaha perkhidmatan pelancongan pula, ini merupakan ruang pameran yang mempromosikan perniagaan anda sepanjang tahun. Kelebihan yang anda dapat ialah pendedahan perniagaan anda kepada lebih ramai pelanggan dan paling penting, tidak melibatkan sebarang kos. Jika anda menjalankan perniagaan atau menawarkan perkhidmatan tersebut, hantarkan iklan ke percutianbajet.com secara percuma. Panduan langkah demi langkah bagi membantu anda mengisi borang iklan disediakan untuk rujukan.

Lihat panduan: Panduan hantar iklan percutian bajet.

Kesimpulannya, dengan maklumat yang diperolehi dari laman web percutianbajet.com ini, pengunjung dapat memilih jenis percutian, destinasi percutian mereka atau merancang percutian bajet kemana-mana lokasi menarik untuk dilawati dan membuat pengiraan kos perbelanjaan percutian dengan lebih awal. Pengunjung juga boleh membuat persediaan barangan, pakaian dan peralatan yang sesuai untuk keperluan percutian bajet mereka. Manakala bagi pengusaha perkhidmatan dan perniagaan berkaitan pelancongan pula, ini adalah ruang terbaik untuk mempromosikan perniagaan anda keseluruh negara.