Hotel Seri Malaysia Kangar, Perlis

Anda bercadang ingin bercuti ke Perlis dan masih mencari hotel yang selesa dan halal? Hotel Seri Malaysia adalah antara hotel yang mendapat pengiktirafan sijil halal dari JAKIM. Selain itu, suasana hotel yang mendamaikan dan pekerja yang mesra pelanggan membuatkan anda akan datang kali kedua ke sana.

Hotel Seri Malaysia Kangar, Perlis.

Kemudahan

Kemudahan yang disediakan di Hotel Seri Malaysia Kangar ialah:

  • 24 jam Reception/Message.
  • 24 jam security.
  • Free WIFI.
  • Daily Housekeeping.
  • Valet/Laundry.
  • Wake-up call.
  • Kedai runcit.
  • Faksimili.
  • Surau .
  • Tempat letak kereta percuma.
  • Kolam renang.
  • Coffee House – Seri Inai.
  • Function Room – Ballroom, Dewan Seri Seroja I & II, Dewan Seri Anggerik I & II, Dewan Seri Kemboja.
Kolam renang Hotel Seri Malaysia.

Penginapan

Hotel Seri Malaysia Kangar mempunyai beberapa kategori bilik yang selesa untuk pengunjung. Pengunjung boleh memilih bilik mengikut jumlah penghuni atau kesesuaian. Berikut ialah jenis bilik yang ada:

Deluxe room

Deluxe room adalah bilik penginapan yang sesuai untuk dua orang. Kemudahan yang disediakan di dalam Dexule room ialah:

  • TV
  • Bilik berhawa dingin
  • Bilik mandi, hot shower
  • Kerusi sudut
Bilik two single bed.

Family room

Bagi mereka yang datang berkeluarga, family room sesuai untuk dijadikan bilik penginapan anda. Ia sesuai untuk 3 orang tetamu. Antara kemudahan yang disediakan ialah:

  • Bilik berhawa dingin
  • Bilik mandi, hot shower
  • TV

Standard Queen

Standard queen sesuai dijadikan pilhan untuk mereka yang merancang berbulan madu. Suasana bilik yang romantik, mendamai dan mewah. Antara kemudahan yang disediakan ialah:

  • Bilik berhawa dingin
  • Bilik mandi, hot shower
  • Kerusi sudut
  • TV

Suite view 2

Selain Standard Queen, pasangan yang merancang untuk berbulan madu boleh memilih pakej Suite View 2 kerana amat sesuai untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Antara kemudahan yang disediakan ialah:

  • Bilik berhawa dingin
  • Bilik mandi, hot shower
  • Kerusi sudut
  • TV
Hotel Seri Malaysia menawarkan bilik yang selesa.

Suite View 1

Keadaan bilik Suite View 1 yang luas dan pemandangan yang cantik dari dalam bilik amat sesuai untuk mereka yang mencari kelainan, kerana tata hias bilik yang cantik diselang seli dengan susunan perabot yang kemas, dapat memukau setiap mata yang memandang. Antara kemudahan yang disedikan ialah:

  • Bilik berhawa dingin
  • Bilik mandi, hot shower
  • Kerusi sudut
  • Ruang TV yang selesa dan turut disediakan sofa untuk tetamu
Bilik katil queen dan katil single.

Lokasi Hotel Seri Malaysia Kangar

Hotel Seri Malaysia Kangar terletak tidak jauh dari pusat bandar Kangar. Jika anda merancang untuk bercuti di Perlis, hotel ini sesuai dijadikan penginapan kerana kedudukannya berhampiran dengan bandar. Lokasinya hanya bersebelahan dengan Lebuhraya Changlun - Kuala Perlis, memudahkan anda untuk ke tempat menarik lain di Perlis samada di Kuala Perlis, Arau atau lain-lain.

Alamat:

Hotel Seri Malaysia Kangar
Lot 8101 Mukim Utan Aji, Persiaran Wawasan,
01000 Kangar, Perlis, Malaysia.

Tel: 04-977 1777, Fax: 04-977 2777

Perkarangan hotel Seri Malaysia Kangar.

Hotel Seri Malaysia amat sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Bilik yang selesa dengan kelengkapan asas untuk pengunjung, ruang lobi yang cantik serta suasana persekitaran yang damai pasti tidak mengecewakan. Selain dijadikan penginapan untuk bercuti, hotel ini juga turut sesuai dijadikan lokasi pilihan untuk mensyuarat, seminar, kursus ataupun berbulan madu.

Lokasi