Membeli-belah di Padang Besar, Perlis

Padang Besar ialah sebuah pekan di negeri Perlis Indera Kayangan. Ia terkenal sebagai tempat membeli-belah berbagai jenis barangan dengan harga murah. Lokasinya ialah di utara negeri Perlis dan bersempadan dengan negara Thailand. Padang Besar juga adalah pintu masuk utama ke negara tersebut. Terdapat Pejabat Imigresen di pekan Padang Besar yang memantau urusan keluar masuk pelancong. Waktu operasi perniagaan di Padang Besar, Perlis adalah sekitar pukul 10 pagi hingga pukul 6 petang. Ada juga kedai yang ditutup agak lewat sekitar pukul 7 petang namun tidak banyak.

Padang Besar, Perlis.

Ada yang menyangka pekan Padang Besar di Kedah. Pekan di sempadan Kedah-Thailand ialah Bukit Kayu Hitam.

Barangan

Berbagai jenis barangan dijual di Padang Besar. Antaranya ialah:

  • Pakaian - Kebanyakan pakaian yang dijual adalah diimport dari Thailand. Harganya tidak semurah dahulu dan agak mahal jika dibandingkan dengan Pasar Kemboja Pendang.
  • Makanan - Berbagai jenis makanan dijual disini. Namun yang istimewanya ialah pengunjung berpeluang merasa makanan dari Thailand seperti pulut mempelam (juga terdapat pulut ayam dan durian), masakan asli Thailand seperti tomyam, padprik dan lain-lain serta berbagai jenis makanan ringan dari negara jiran berkenaan.
  • Peralatan dapur - Berbagai barangan peralatan dapur seperti periuk, belanga dan lain-lain dalam berbagai saiz dijual dengan harga yang agak murah.
  • Barangan bilik tidur - Selimut, Toto Narita (kain kapas RM45) dan lain-lain dijual dengan harga yang agak murah.
  • Beg - Berbagai jenis beg seperti beg galas, beg pengembaraan, beg kanak-kanak dan lain-lain dijual disini.
  • Barangan persiapan perkahwinan.

Kompleks membeli-belah Arked Niaga di Padang Besar, Perlis.

Di sebelah sempadan Thailand juga ada pekan Padang Besar tetapi ini adalah suasana di Padang Besar, Perlis. Terdapat sebuah kompleks membeli-belah yang di kenali sebagai Arked Niaga dimana terdapat berpuluh buah kedai yang menjual berbagai barangan dengan harga murah.

Kedai menjual t-shirt di Kompleks membeli-belah di Padang Besar, Perlis.

Berbagai jenis t-shirt dijual di kedai pakaian didalam kompleks membeli-belah di Padang Besar, Perlis.

Kedai jubah dan baju melayu didalam kompleks membeli-belah Padang Besar, Perlis.

Kedai menjual berbagai jenis jubah dan baju melayu didalam kompleks membeli-belah.

Kedai menjual peralatan dapur di Padang Besar, Perlis.

Kedai berbagai peralatan dapur didalam kompleks Arked Niaga di Padang Besar, Perlis.

Kedai menjual tuala di Padang Besar, Perlis.

Tuala juga ada dijual dengan harga yang agak murah.

Gerai makan ringan di Padang Besar, Perlis.

Gerai di Padang Besar yang menjual berbagai jenis makanan ringan seperti keropok, kacang, biji gajus goreng atau bakar (cashew nuts) dan bermacam-macam makanan ringan dari Thailand. Juga terdapat gerai yang menjual ikan bilis, beras pulut susu, buah-buahan seperti mempelam (mangga), durian dan lain-lain.

Gerai buah-buahan di Padang Besar, Perlis.

Gerai menjual buah-buahan seperti jambu, mempelam dan limau bali di Padang Besar.

Gerai makanan untuk menjamu selera di padang Besar, Perlis.

Gerai makanan dan minuman di Padang Besar menjual berbagai jenis masakan Thailand. Pengunjung boleh berehat dan menikmati hidangan makanan untuk mengisi perut kosong disini.

Arked Niaga Padang Besar, Perlis.

Membeli-belah di Padang Besar, Perlis sangat menarik kerana pengunjung dapat melihat, merasa dan membeli berbagai barangan makanan yang unik dan tidak terdapat di negara kita. Ianya sesuai dijadikan buah tangan atau ole-ole dari Perlis kepada saudara-mara dan rakan-rakan. Selain itu berbagai barangan lain seperti pakaian, peralatan dapur dan lain-lain boleh dibeli dengan harga yang agak murah (malah lebih murah jika anda pandai tawar-menawar). Namun yang pasti, percutian anda ke Perlis tidak lengkap jika tidak mengunjungi Padang Besar. Berbagai kenangan manis seperti tawar-menawar, bahasa dan loghat peniaga dari Thailand dan lain-lain lagi pasti mencuit hati anda.

Comments

8

Saya nak tahu bolehkah saya dpt harga yg murah untuk saya jlnkn perniagaan kecil2an utk alat2 dapur spt barang2 plastik, sudu, garpu, pisau, barang2 aluminium dan pelbagai lagi. Sbb sy bercadang utk berniaga.

Jawapan yang pasti untuk pertanyaan cik tentu sekali hanya boleh dijawab oleh peniaga di Padang Besar. Apa yang boleh saya katakan, untuk belian runcit harga barangan agak murah berbanding dengan harga di tempat lain. Tetapi dari segi stok barangan, harga tolak untuk peniaga yang ingin beli secara pukal dan lain-lain perkara berkaitan, cik kena deal sendiri dengan peniaga disana.

Minta maaf kerana tak dapat membantu. Semoga ada pembaca lain yang boleh jawab persoalan cik.

Assalamualaikum, nak tanya di Padang Besar ni ada dijual barangan keperluan bayi tak seperti susu formula, pampers baby dan pakaian baby? Kalau ada, bercadang nak pergi sana membeli.

Terima kasih.

Wa'alaikumussalam. Rasanya di Kompleks Arked Niaga Padang Besar tak ada jual barangan keperluan bayi seperti yang dinyatakan.

ada tak no telefon peniaga kat padang besar.. sya nak berniaga, nak cari tempat murah borong barang2 seperti kosmetik dan barangan dapur.

Minta maaf sis. Saya tak ada no telefon peniaga kat Padang Besar. Seeloknya sis Lily berkunjung terus ke sana untuk berurusan.

Hari apa yang sesuai pergi beli baju barang2 kat padang besar? Hari khamis ok tak?

Biasa hari minggu sesuai ke Padang Besar sebab kedai semua buka dan ramai yang berniaga di sekitar kawasan kompleks.

Add new comment