Perlis Gerbang ke Pulau Bebas Cukai dan Negara Jiran

Seperti umum sedia maklum negeri Perlis merupakan negeri yang terletak paling utara di tanah air kita. Apa yang menariknya selain daripada pelbagai tempat yang menarik atau aktiviti yang boleh dilakukan di negeri Perlis, negeri ini juga merupakan LALUAN MASUK UTAMA bagi pulau yang tersohor seluruh dunia iaitu PULAU LANGKAWI

Pulau bebas cukai Langkawi, Kedah.

dan negara jiran yang terkenal dengan industrI pelancongannya iaitu NEGARA THAILAND.

Perlis pintu masuk ke Thailand.

Pulau Langkawi yang sangat terkenal dengan kehebatan alam semulajadinya serta pulau bebas cukai boleh di lawati melalui negeri Perlis. Bagi para pelancong ingin memasuki Pulau Langkawi, anda perlulah pergi ke Jeti Kuala Perlis terlebih dahulu.

Jeti Kuala Perlis terminal feri ke Langkawi.

Melalui Jeti Kuala Perlis anda boleh mendapatkan tiket feri dan boleh menaiki feri untuk ke Pulau Mahsuri ini. Negara jiran Thailand juga sangat popular dengan aktiviti pelancongannya. Tetapi para pelancong wajib melalui negeri Perlis untuk ke sana. Terdapat dua kawasan utama di Perlis yang boleh di lalui melalui laluan darat iaitu PADANG BESAR dan WANG KELIAN. Bagi para pelancong yang ingin berkunjung ke sana dua kawasan utama ini juga merupakan kawasan tarikan pelancong yang terdapat di negeri Perlis.

Padang Besar adalah pintu masuk ke Thailand.

Perlis merupakan sebuah negeri yang kecil tetapi mengagumkan kerana terdapat dua laluan utama ini yang menjadikan Perlis satu destinasi wajib untuk dilalui walaupun anda ingin ke Pulau Langkawi atau negara jiran. Melalui dua laluan utama ini juga Perlis dapat meningkatkan imej serta pelbagai aktiviti pelancongan seperti pengangkutan dan membeli belah.
Sehingga berjumpa lagi

Add new comment