Tanah Tinggi Cameron Highland adalah sebuah pusat peranginan yang sesuai untuk percutian seisi...
Putra Brasmana Hotel, Kuala Perlis
Putra Brasmana Hotel ialah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di Kuala Perlis, Perlis. Ia adalah pilihan yang baik untuk dijadikan penginapan sepanjang percutian di Perlis. Lokasinya yang berhampiran dengan laut amat sesuai bagi mereka yang sukakan pemandangan indah dari bilik hotel. Terdapat berbagai kemudahan yang disediakan didalam bilik cukup untuk memberi keselesaan sepanjang penginapan anda disana.
Kemudahan
Fasiliti yang disediakan di Putra Brasmana Hotel ialah:
- TV.
- Meja dan kerusi.
- Seterika dan papan seterika
- Peti ais.
- Teh, kopi serta cerek minuman.
- Tisu, air minuman.
- Tuala, sabun mandi.
- Tempat merokok di balkoni.
- Servis bilik.
- Tempat letak kereta.
- Elevator
Gambar Putra Brasmana Hotel
Berikut ialah beberapa gambar menarik Putra Brasmana Hotel.
Keterangan gambar : Pintu utama lobi Putra Brasmana Hotel.
Keterangan gambar : Reception Putra Brasmana Hotel.
Keterangan gambar : Tangga ke aras satu Putra Brasmana Hotel. Elevator juga disediakan.
Keterangan gambar : Ruang legar lobi Putra Brasmana Hotel. Dihadapan pula ialah dewan makan Putra Brasmana Hotel.
Keterangan gambar : Meja makan diluar dewan makan Putra Brasmana Hotel.
Tempat menarik berhampiran
Jika menginap di Putra Brasmana Hotel, anda boleh mengunjungi tempat menarik disekitar kawasan Kuala Perlis. Antaranya:
- Masjid - Terletak ditepi laut berhadapan dengan hotel. Anda hanya perlu berjalan kaki beberapa minit dari hotel untuk sampai kesini..
- Pantai Kuala Perlis - Melihat pemandangan laut yang cantik dan merasa hembusan angin di tepi pantai. Terletak dihadapan hotel sahaja.
- Restoran makanan laut - Banyak terdapat disepanjang pantai Kuala Perlis. Anda hanya perlu berjalan kaki kesini.
- Restoran laksa Kuala Perlis - Terletak di pekan Kuala perlis. Hanya beberapa minit memandu kereta untujk sampai kesini.
Putra Brasmana Hotel adalah penginapan yang selesa dan strategik. Kedudukannya berhampiran pekan, tempat menarik dan gerai makanan ditepi laut Kuala Perlis membuatkan percutian anda tidak akan bosan. Hotel ini juga menawarkan pemandangan laut dan matahari terbenam yang cantik. Jika anda sedang mencari tempat penginapan di Kuala Perlis, tidak rugi memilih Hotel Putra Brasmana ini.
- cutiadmin's blog
- 4055 reads
Add new comment