Tempat pelancongan menarik di Perlis

Negeri Perlis atau nama penuhnya Perlis Indera Kayangan terletak paling utara di semenanjung Malaysia. Walaupun kecil, nama Perlis cukup terkenal dengan produk pelancongannya iaitu buah mangga (mempelam) Harum Manis dan laksa Kuala Perlis. Selain itu, Perlis juga terkenal dengan pelancongan membeli-belah iaitu di Wang Kelian dan Padang Besar, pekan yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand. Artikel kali ini memaparkan senarai tempat menarik di Perlis yang boleh dilawati sebagai panduan pengunjung yang ingin berkunjung ke sana.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati halaman Tempat menarik di Perlis.

Tempat menarik di Perlis

Perlis ialah sebuah negeri kecil yang terletak di utara Kedah. Namun begitu, ia menyimpan beberapa tempat menarik yang unik dan menjadi tarikan pelancong saban tahun. Negeri ini mempunyai mempunyai sawah padi yang menghijau, hutan lipur dan Taman Negeri yang menarik, gua, tasik, taman serta bermacam-macam lagi. Dibawah ini ialah senarai tempat menarik di Perlis yang disusun mengikut jenis pelancongan.

Taman dan Hutan

Perlis mempunyai banyak tempat rekreasi menarik yang boleh dikunjungi untuk tujuan pendidikan, merehatkan minda, berkelah bersama keluarga atau sekadar untuk bersantai. Berikut ialah senarai lokasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai:

  • Hutan Lipur Bukit Ayer - Taman rekreasi Bukit Ayer.
  • Hutan Lipur Bukit Kubu
  • Taman Negeri Wang Kelian
  • Taman Rekreasi Bukit Jernih
  • Taman Rekreasi Gua Kelam - Sebuah gua yang besar yang menjadi tarikan pelancong di negeri Perlis. Kemudahan sudah disediakan seperti laluan pejalan kaki serta lampu agar pengunjung dapat melihat keindahan didalam gua dan juga sungai yang mengalir didalam gua Kelam.
  • Taman Rekreasi Sungai Batu Pahat
  • Taman Rekreasi Tasik Melati
  • Taman Rekreasi Tasik Timah Tasoh - Tasik yang cantik di puncak bukit ini sebenarnya ialah Empangan Timah Tasoh. Terletak ditepi jalan utama Kangar-Padang Besar.
  • Taman Ular dan Reptilia - Terdapat kira-kira 150 ekor ular dari 34 spesis di taman ini. Sebanyak 25 spesis adalah ular tempatan dan 9 spesis dari luar negara.
  • Taman Herba - Taman yang menempatkan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan ubatan, herba dan rempah yang bernilai untuk perubatan dan masakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Taman Rekreasi Tasik Timah Tasoh, sila lihat artikel: Timah Tasoh Lakeview Resort

Pemandangan didalam Gua Kelam di Perlis.

Tempat menarik di Perlis selain taman dan hutan antaranya:

  • Muzium Kota Kayang.
  • Taman bunga kertas Tuanku Lailatul Shahreen - Terletak di pinggir Bukit Lagi bersebelahan Taman Budaya Negeri.
  • Taman anggur Perlis.
  • FRIM Canopy Walk - FRIM Mata Ayer terletak di Kaki Bukit, Perlis. Satu-satunya hutan Monsun Tropika di Semenanjung Malaysia. Canopy walk yang paling tinggi ialah 17 meter. Panjang canopy walk ini ialah 100 meter.

Tempat pelancongan di Perlis

Selain melawat tempat-tempat menarik, pelancong juga boleh berkunjung ke lokasi membeli-belah di Perlis yang cukup terkenal. Jika bercuti ke Perlis, tidak sah jika tidak mengunjungi pekan bebas cukai. Ini kerana terdapat dua lokasi membeli-belah bebas cukai disempadan Thailand dimana pengunjung boleh membeli berbagai barangan dengan harga yang murah.

  • Padang Besar - Pasar terbuka di sempadan Thailand. Berbagai barangan import dari negara jiran seperti pakaian, perhiasan, kelengkapan rumah dan lain-lain dijual dengan harga murah.
  • Pasar Ahad Wang Kelian - Pasar di sempadan Thailand yang semakin popular dikalangan penduduk tempatan dan juga pelancong dari luar negeri Perlis.

Untuk maklumat lanjut mengenai Padang Besar, sila lihat artikel: Membeli-belah di Padang Besar, Perlis

Membeli-belah di Padang Besar, Perlis.

Makanan tradisi masyarakat melayu dan juga makanan yang selalu dikaitkan dengan Perlis antaranya ialah:

  • Laksa Kuala Perlis - Laksa yang popular diseluruh Malaysia ini boleh didapati di restoran laksa di pekan Kuala Perlis.
  • Pulut Mempelam - Makanan tradisi di Perlis. Ia popular di musim mempelam.
  • Nasi Ulam - Nasi ulam atau dikenali dengan nama nasi kerabu dibeberapa tempat lain juga popular di negeri perlis.
  • Makanan Laut - Makanan laut seperti ikan segar, udang, ketam dan lain-lain boleh didapati di gerai-gerai sepanjang pantai berhampiran jeti Kuala Perlis.
  • Harumanis - Harumanis ialah mempelam (mangga) yang paling popular di Perlis (dan Malaysia keseluruhannya). Ia boleh didapati sekitar bulan April dan Mei. Ladangnya terletak di Pusat Pertanian Bukit Bintang. Selain Harumanis, berbagai jenis mempelam lain juga boleh didapati disini seperti Mas Indera, Mas Muda, Chok Anan dan Sala.
  • Pekasam - Ikan air tawar yang diperap. Ikan pekasam biasanya digoreng bersama cili dan bawang. Baunya yang sedap semasa digoreng akan membuka selera sesiapa sahaja.

Laksa Kuala Perlis antara makanan yang sedap di Perlis.

Program homestay adalah cara terbaik untuk menyelami kebudayaan dan adat resam masyarakat setempat. Antara homestay yang diiktiraf oleh kerajaan negeri Perlis dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan ialah:

  • Homestay Kg. Ujong Bukit, kangar, Perlis - Hubungi En. Halim Bin Jalib, 012-425 2491.
  • Homestay Kampung Paya Guring, Arau, Perlis - Hubungi En. Romle Bin Hj. Hassan, 019-548 8519.
  • Homestay Felda Mata Ayer, Padang Besar, Perlis - Hubungi En. Omar Bin Bakar, 019-5415339.

Kuala Perlis menjadi tumpuan pelancong kerana ia merupakan jeti feri untuk ke Pulau Langkawi. Ia juga sesuai dijadikan tempat penginapan jika pengunjung merancang untuk bercuti dan melancong sekitar negeri Perlis. Untuk penginapan di Kuala Perlis, terdapat sebuah hotel berhadapan jeti yang sesuai untuk dijadikan penginapan iaitu Putra Brasmana Hotel.

Putra Brasmana Hotel terletak berhapiran Jeti Kuala Perlis.

Untuk maklumat lanjut mengenai Putra Brasmana Hotel, sila lihat artikel: Putra Brasmana Hotel, Kuala Perlis.

Untuk melihat potongan harga hotel dan resort di Perlis, anda boleh menyemak serta menempah bilik penginapan terus melalui atas talian di BOOKING.COM.

Setakat ini dahulu yang dapat kami muatkan dalam senarai tempat menarik di Perlis. Halaman ini akan sentiasa dikemaskini dengan menambah tarikan pelancongan yang ada di negeri ini. Jika anda ingin berkongsi pengalaman percutian di Perlis atau menambah tempat menarik yang ada di Perlis, sila komen dibawah artikel ini.

Lokasi