Timah Tasoh Lakeview Resort

Timah Tasoh adalah sebuah tempat peranginan di negeri Perlis Indera kayangan. Ianya adalah sebuah destinasi pelancongan baru di Perlis yang semakin popular kerana keindahan Empangan Timah Tasoh yang terbentang luas memberi ketenangan pada sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini. Terdapat dua resort menarik yang sesuai dijadikan tempat bercuti iaitu Terinai Lake View Resort yang terletak di puncak bukit dan Tasoh Lake Resort & Retreat yang terletak di pinggir tasik.

Terinai Lake View Resort menarik kerana terletak di puncak bukit dan menawarkan pemandangan yang cukup cantik terutama pemandangan matahari terbenam. Resort dibawah kelolaan Koperasi Majlis Perbandaran Kangar ini menyediakan kemudahan 20 unit penginapan lengkap dengan berbagai fasiliti. Ia juga popular sebagai lokasi menjamu selera dimana terdapat sebuah restoran iaitu Terinai Lake View Restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan tempatan dan barat yang sesuai untuk seisi keluarga.

Hadapan pintu lobi Terinai Lake View Resort, Perlis.

Lokasi

Timah Tasoh Lake View Resort terletak kira-kira 17 KM dari Bandar Kangar. Lokasinya berhampiran laluan utama ke Padang Besar, iaitu pekan membeli-belah di sempadan Thailand, satu lagi pusat pelancongan popular di Perlis.

Alamat:
KM 17, Jalan Kaki Bukit,
02400 Beseri,
Perlis.

Hubungi:
Telefon : +604 938 4232 atau +604 938 3232
Fax : +604 938 3223
Emel : terinailakeview_kop.mpkpb@yahoo.com

Ruangan lobi Terinai Lake View Resort.

Penginapan dan makanan

Terdapat 5 buah chalet di Terinai Lake View Resort yang betul-betul berhadapan dengan Empangan Timah Tasoh. Jika anda gemar menikmati keindahan alam semulajadi, pemandangan di chalet ini sangat indah dan mempersonakan terutama diwaktu petang. Kemudahan yang disediakan juga cukup untuk memberi keselesaan sepanjang anda menginap disini. Resort ini juga sesuai untuk diadakan sebarang seminar atau kursus pendidikan kerana terdapat kemudahan asrama dan bilik seminar.

Makanan yang disediakan di Terinai Lake View juga sangat sedap dengan harga yang berpatutan. Antara makanan yang istimewa disini ialah kambing golek.

Terinai Lake View Resort.

Pemandangan Empangan Timah Tasoh dari Terinai Lake View Resort.

Ruang untuk melihat pemandangan Empangan Timah Tasoh.

Bilik:
Single bed (10 unit) : RM120 semalam
Double bed (10 unit) : RM120 semalam

Chalet:
Double bed (5 unit) : RM120 semalam

Dorm (Asrama):
Kapasiti 20 orang : RM20 seorang

Bilik Seminar/Mesyuarat:
Kapasiti 50 orang : RM450 sehari

Tapak/Kawasan lapang:
Kapasiti 50 orang : RM600 sehari

Pengunjung Terinai Lake View Resort melihat pemandangan Empangan Timah Tasoh.

Pemandangan cantik Empangan Timah Tasoh di waktu malam.

Tempat menarik lain

Tempat menarik lain disekitar Timah Tasoh Lake View Resort ialah:

  • Padang Besar - Pekan membeli-belah disempadan Thailand yang terkenal di Perlis. Merupakan pintu masuk utama ke negara jiran tersebut.
  • Wang Kelian - Satu lagi pekan membeli-belah di sempadan Thailand yang semakin popular di Perlis.
  • Gua Kelam - Tumpuan pelancongan alam semulajadi di Perlis. Terdapat kemudahan yang lengkap. Juga terdapat sebuah muzium disini.

Lihat artikel: Membeli-belah di Padang Besar, Perlis

Jika anda mencari destinasi percutian bajet di Malaysia, Timah Tasoh Lake View adalah resort menarik di Perlis yang harus ada dalam senarai anda. Ia juga sesuai untuk bercuti bersama pasangan tercinta atau berbulan madu. Suasana yang romantik dan pemandangan cantik yang ada di tasik ini pasti menyemarakkan lagi cinta kalian.

Add new comment