Pulau di Kedah

Senarai pulau di Kedah yang menarik untuk dikunjungi. Pulau Langkawi paling popular. Pulau Payar terkenal dengan aktiviti snorkeling. Pulau yang semakin mendapat perhatian pelancong ialah Pulau Songsong yang terletak di Yan.

Snorkeling ke Pulau Payar

Pulau Payar Kedah

Pulau Payar terkenal sebagai destinasi popular untuk melakukan aktiviti snorkeling. Jika anda bercuti ke Langkawi, ia adalah salah satu pilihan aktiviti yang boleh dilakukan. Cuma masa yang perlu anda peruntukan agak lama iaitu hampir satu hari. Untuk mendapatkan pakej ini, anda boleh survey sendiri di Internet atau dapatkan melalui hotel penginapan anda.

Disini saya kongsikan sedikit maklumat berkenaan Pulau Payar dan juga aktiviti snorkeling di sana semoga dapat membantu pengunjung yang merancang untuk melakukan aktiviti menarik ini.

Pulau Songsong tempat menarik di Yan

Snorkeling di Pulau Song Song Kedah

Pulau Songsong terletak di Yan, Kedah. Ia adalah salah sebuah pulau yang ada di persisiran pantai daerah ini. Pulau-pulau lain ialah Pulau Bunting, Pulau Telur dan Pulau Bidan. Pulau Songsong tidah berpenduduk dan tiada resort disediakan untuk pelancong bercuti. Walau bagaimanapun, pelancong masih boleh berkunjung untuk trip harian. Jika ingin bermalam, kelengkapan perlu dibawa termasuk makanan dan minuman. Tiada bekalan elektrik dan sumber air bersih. Namun bagi peminat alam semulajadi, keindahan pulau ini cukup menakjubkan dan berbaloi untuk dikunjungi.

Tempat menarik di Langkawi

Tempat menarik di Langkawi

Sebagai pulau pelancongan paling popular di Malaysia, banyak tempat menarik di Langkawi boleh dilawati jika berkunjung kesini. Ia adalah sebuah pulau percutian yang mempunyai segala-galanya. Tempat peranginan, pantai yang cantik, alam semulajadi yang masih terpelihara, hotel serta resort yang banyak menjadikannya sesuai untuk honeymoon atau bercuti bersama keluarga. Berikut adalah senarai tempat menarik yang ada di Pulau Langkawi.