Pulau Langkawi - Tempat menarik, percutian dan aktiviti

Pulau Langkawi adalah salah satu destinasi pelancongan paling popular di Malaysia. Selain tarikan alam semulajadi, banyak usaha telah dilakukan bagi menarik pelancong setiap tahun. Berbagai aktiviti diatur saban tahun seperti LIMA, Tour de Langkawi, Iron Man Malaysia Langkawi dan sebagainya. Langkawi juga telah diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai.

Tempat menarik mesti dilawati

Pertama kali ke Pulau Langkawi? Berikut adalah tempat menarik yang mesti anda lawati.

Cable Car Langkawi

Cable Car Oriental Village

Jika anda tidak gayat dengan tempat tinggi, cuba Cable Car Langkawi dan lihat pemandangan menarik dari puncak gunung. Selain itu, berbagai aktiviti menarik ada di Oriental Village.

Baca selanjutnya

Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi

Lihat berbagai spesis ikan dan hidupan laut termasuk pari gergasi, shark, turtle dan penguin yang comel. Selain itu disini juga terletaknya Earthquake & Typhoon Pavilion dan Lost World Tunnel.

Baca selanjutnya

Kota Mahsuri Langkawi

Kota Mahsuri

Disini terletaknya Makam Mahsuri yang terkenal itu. Kompleks Kota Mahsuri ini turut menempatkan sebuah perkampungan tradisional, telaga Mahsuri dan sebuah muzium.

Baca selanjutnya

Crocodile Adventureland Langkawi

Crocodile Adventureland Langkawi

Crocodile Adventureland lebih dikenali sebagai Taman Buaya Langkawi. Pengunjung boleh melihat berbagai spesis buaya termasuk buaya gergasi, buaya istimewa serta pertunjukan buaya.

Baca selanjutnya

Pantai Cenang Langkawi

Pantai Cenang

Salah satu destinasi popular di Langkawi. Selain pantai yang cantik, disini terdapat deretan kedai disepanjang pantai, resort dan beberapa aktiviti pelancongan yang boleh dilakukan.

Baca selanjutnya