Pulau Pinang

Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang maju terletak di utara semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Seberang Perai di tanah besar dan pulau. Didalam sektor pelancongan, bahagian pulau lebih popular di kalangan pelancong. Selain pulau utama, terdapat dua buah pulau kecil yang cantik boleh dikunjungi iaitu Pulau Aman dan Pulau Jerejak.

Dibawah ini ialah senarai tempat menarik di Pulau Pinang untuk dilawati. Banyak destinasi pelancongan dan lokasi percutian yang boleh anda pilih. Selain itu, ada tempat makan popular dan tempat menarik untuk membeli-belah. Dapatkan maklumat yang diperlukan seperti lokasi, tarikan, aktiviti, harga tiket dan lain-lain untuk merancang percutian anda.

Untuk tempat menarik di negeri lain di Malaysia, lihat Tempat Menarik.

Countryside Stables Penang

Countryside Stables Penang

Countryside Stables Penang ialah salah satu tempat menarik yang boleh anda lawati jika berkunjung ke Balik Pulau. Terdapat 35 ekor kuda berbagai jenis termasuk kuda lumba dan kuda padi atau pony.

Tempat ini ialah destinasi pelancongan yang cukup unik. Suasana bagaikan perkampungan di negara barat dimana terdapat kandang kuda berderet dengan bunyi jeritan kuda yang sering didengar apabila menonton filem cowboy.

Tempat menarik di Penang - Panduan 2020

Tempat menarik di Penang

Senarai tempat menarik di Penang telah dikemaskini sebagai panduan kepada anda yang merancang untuk bercuti ke negeri ini pada tahun 2020. Ini penting kerana beberapa destinasi telah ditutup selamanya atau tutup sementara untuk renovasi. Jika tidak tahu, ia pasti menjejaskan itinerari percutian anda. Selain itu, kami turut mencadangkan masa yang sesuai untuk melawat serta aktiviti yang boleh dilakukan.

Design Village Outlet Mall

Design Village Outlet Mall

Design Village Outlet Mall ialah tempat membeli-belah menarik yang boleh anda kunjungi jika bercuti di Penang. Ia terletak di Bandar Cassia, Batu Kawan. Outlet Mall yang terbesar di Malaysia ini mula beroperasi pada November 2016. Ia merangkumi kawasan seluas 24 ekar tanah.

Rekaan Design Village Outlet Mall ini adalah hampir sama seperti Johor Premium Outlets, dimana beberapa bangunan setingkat dibina bertentangan dan menghadap antara satu sama lain. Ruang antara bangunan diisi dengan kiosk, pokok-pokok dan lanskap menarik.

Bayan Lepas Penang

Bayan Lepas Penang

Bayan Lepas adalah kawasan perindustrian utama di Penang selain di Perai. Jika melalui kawasan ini, anda akan lihat banyak kilang-kilang ditepi jalan. Dalam sektor pelancongan, ada beberapa tarikan seperti tempat bersejarah dan tempat menarik untuk dilawati, tempat membeli-belah serta beberapa tempat makan popular yang mesti dicuba.

Lihat semua: Tempat menarik di Penang - Panduan 2020.

Balik Pulau Penang

Balik Pulau Penang

Balik Pulau yang terkenal dengan durian sedap adalah destinasi menarik untuk dikunjungi di Penang. Terdapat banyak tarikan pelancongan termasuk tempat menarik untuk dilawati, aktiviti dan tempat makan untuk dicuba. Diseluruh pulau, tempat ini adalah yang terbaik untuk anda merasai suasana perkampungan petani dan nelayan.

Tarikan pelancongan di Penang

Tarikan pelancongan di Penang

Apa yang menarik di Penang? Macam-macam perkara menarik di Penang. Dalam sektor pelancongan, terdapat banyak destinasi menarik untuk dilawati. Negeri ini juga sangat terkenal dengan makanannya yang sedap sehingga ia digelar syurga makanan di Malaysia. Selain itu, Jambatan Pulau Pinang juga adalah tarikan negeri pulau mutiara ini. Walaupun ia bukan lokasi pelancongan tetapi jambatan yang terpanjang di Asia ini adalah trademark kepada industri pelancongan di Penang.

Akuarium Batu Maung

Akuarium Batu Maung

Akuarium Batu Maung atau nama sebenarnya Akuarium Tunku Abdul Rahman ialah sebuah pusat pameran hidupan marin dan air tawar yang sangat menarik untuk dilawati. Ia bagaikan mini Aquaria atau mini Underwater World.

Tempat ini tidaklah besar sangat tetapi susun-aturnya cantik dengan rekaan dalaman yang kemas dan menarik. Ruang pamerannya agak selesa walaupun ada rombongan tadika dan sekolah hadir pada hari saya melawat.

Lihat semua: Tempat menarik di Penang - Panduan 2020.

Top 10 aktiviti menarik di Penang

Top 10 aktiviti di Penang

Berikut adalah senarai top 10 aktiviti menarik di Penang yang paling popular dikalangan pelancong. Ada 3 jenis aktiviti semuanya iaitu aktiviti percuma, aktiviti berbayar dan aktiviti banyak kena bayar. Ada aktiviti yang mengambil masa agak lama. Ada juga aktiviti yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Pandai-pandailah anda atur aktiviti mana yang hendak dilakukan.

Lihat semua: Tempat menarik di Penang - Panduan 2020.

Top 10 tempat membeli-belah di Penang

Membeli-belah di Penang

Membeli-belah adalah aktiviti wajib bila anda pergi bercuti. Berikut adalah senarai top 10 tempat membeli-belah di Penang yang popular boleh anda kunjungi. Dari pasar siang hingga ke pasar malam. Dari lorong hingga ke pasaraya.

Senarai ini tidak mengikut kedudukan. Anda boleh memilih lokasi mana yang anda suka. Semuanya ada keistimewaan sendiri.

Lihat semua: Tempat menarik di Penang - Panduan 2020.