Bayan Lepas Penang

Bayan Lepas adalah kawasan perindustrian utama di Penang selain di Perai. Jika melalui kawasan ini, anda akan lihat banyak kilang-kilang ditepi jalan. Dalam sektor pelancongan, ada beberapa tarikan seperti tempat bersejarah dan tempat menarik untuk dilawati, tempat membeli-belah serta beberapa tempat makan popular yang mesti dicuba.

Lokasi dan pengangkutan

Bayan Lepas terletak dibahagian selatan Pulau Pinang. Jaraknya lebih-kurang 20KM dari Bandaraya Georgetown. Perjalanan dengan kereta dari pusat bandaraya mengambil masa kira-kira 30 minit. Jika menggunakan perkhidmatan awam, anda boleh menaiki:

  1. Bas - Rapid Penang nombor 401E dan 302. Harga RM1 - RM4.
  2. Teksi - Harga RM40 - RM50.
  3. Grab.

Tempat menarik di Bayan Lepas

Tidak banyak tempat menarik di Bayan Lepas untuk dilawati. Namun ada tiga lokasi yang popular dikalangan pelancong iaitu Muzium Perang, Akuarium Batu Maung dan Tokong Ular.

Muzium Perang Pulau Pinang

Muzium Perang Batu Maung ialah bekas kubu pertahanan Inggeris semasa Perang Dunia Kedua. Ia tidak mengalami kerosakan yang teruk. Setelah dibaik-pulih, tempat ini menjadi salah satu destinasi pelancongan popular di Penang. Berbagai kelengkapan perang, susun-atur dan rekaan sebenar kubu perang dapat dilihat.

Muzium Perang ini pernah digelar sebagai tempat paling berhantu di Penang. Mungkin benar atau sekadar cerita untuk menaikkan tempat ini. Walau bagaimanapun memang ada satu tempat yang agak menyeramkan. Setelah Jepun mengambil-alih kubu ini, ada satu lokasi yang dijadikan tempat hukuman bunuh tahanan. Anda boleh lihat sendiri jika datang kesini.

Maklumat lanjut lihat Muzium Perang Pulau Pinang.

Melawat Muzium Perang Bayan Lepas

Alamat:
War Museum Penang
Jalan Batu Maung,
11960 Batu Maung,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: -
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : RM20.
Kanak-kanak : RM10.

Waktu operasi:

Setiap hari : 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Akuarium Batu Maung

Akuarium Batu Maung ialah tempat menarik di Bayan Lepas yang mesti dilawati. Ia menempatkan berbagai spesis ikan air tawar dan air masin. Cukup seronok melihat ikan berwarna-warni yang cantik, pelbagai bentuk, rupa dan saiz berenang didalam akuarium. Selain itu, hidupan marin yang jarang dilihat seperti kuda laut, penyu dan udang karang juga ada disini.

Walaupun tempat ini tidak sebesar Underwater World, ia menempatkan pelbagai hidupan marin yang jarang dilihat dan itu sudah memadai. Harga tiket akuarium ini juga sangat murah menjadikannya lokasi popular keluarga dan rombongan sekolah.

Maklumat lanjut lihat Akuarium Batu Maung.

Akuarium Batu Maung

Alamat:
Akuarium Batu Maung
FRI Batu Maung,
11960 Batu Maung,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: 04 626 3925 / 04 626 3926
Fax: 04 626 2210
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : RM5
Kanak-kanak : RM2 (6 - 12 tahun)

Waktu operasi:

Setiap hari : 10.00 am - 5.00 pm

Tutup : Rabu

Tokong Ular

Tokong Ular adalah salah satu lokasi pelancongan popular di Penang. Ramai pelancong dari dalam dan luar negara mengunjungi tokong ini untuk melihat keunikan yang ada. Sebuah taman ular dibina malah sebagai tarikan, pertunjukan ular juga diadakan mulai pukul 3.30 petang setiap hari Sabtu dan cuti umum.

Tokong Ular ini dibina pada tahun 1850 bagi memperingati sami Chor Soo Kong yang datang ke negeri ini semasa zaman Dinasti Sung di China. Setelah tokong ini siap dibina, banyak ular datang dengan sendiri. Walau bagaimanapun, ular-ular kini ditempatkan dikawasan khas dan pengunjung dapat melihat dengan selamat.

Nota: Tokong ini ialah tempat ibadat ugama Buddha. Ia tidak sesuai untuk dilawati oleh orang Islam. Rujuk Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Tokong Ular Bayan Lepas

Alamat:
Tokong Ular
Jalan Sultan Azlan Shah,
Bayan Lepas Industrial Park,
11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel : 04-643 7273
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk

Masuk percuma. Tidak perlu tiket.

Waktu operasi:

Setiap hari : 9.30 am - 6.30 pm

Aktiviti di Bayan Lepas

Tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Bayan Lepas. Selain melawat tempat menarik diatas, anda boleh membeli-belah di pasaraya terkenal, menonton wayang dan menjamu selera. Jika anda biasa ke spa, banyak lokasi untuk dikunjungi. Disini juga ada padang golf namun ia sangat tidak sesuai dengan percutian bajet.

Trip harian ke Pulau Jerejak

Pulau Jerejak yang dahulunya merupakan pusat tahanan banduan kini merupakan destinasi pelancongan yang semakin popular dikalangan pelancong. Terdapat dua resort mewah didirikan pulau ini iaitu Jerejak Island Resort dan Jerejak Rainforest Resort bagi menjemput pelancong bercuti disini. Sebuah taman cahaya yang cantik bagaikan Avatar dan jeti pelangi turut dibina sebagai tarikan.

Selain itu, aktiviti melawat Pulau Jerejak dan trekking adalah yang paling mendapat sambutan. Ramai yang tertanya-tanya akan rahsia Pulau Jerejak sejak sekian lama kini berpeluang melihat sendiri apa yang ada. Jika anda berminat untuk meneroka pulau ini, hubungi pemandu pelancong dibawah.

Hubungi pemandu pelancong:
Cikgu Hazri +60139163722
Encik Ishak +60185709055
Encik Gman +60134424008

Membeli-belah di Bayan Lepas

Aktiviti membeli-belah di Bayan Lepas pasti menyeronokkan kerana terdapat tiga buah pasaraya popular yang boleh dikunjungi. Bergantung pada keperluan dan bajet, anda boleh pilih pasaraya yang sesuai atau pergi sahaja ke semua pasaraya dibawah.

Queensbay Mall - Pasaraya terbesar di Bayan Lepas. Terdapat berbagai kedai jenama luar negara dan tempatan. Ia adalah salah satu pasaraya paling popular di Penang. Alamat: Queensbay Mall, 100, Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Kompleks Bukit Jambul - Salah sebuah pasaraya menarik untuk membeli-belah di Bayan Lepas. Ada Mydin, Kamdar, restoran makanan segera, butik pakaian, telefon, gadget dan lain-lain lagi. Alamat: BLOK 3A, 04-79, Jalan Rumbia, Kampung Seberang Paya, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Sunshine Square - Tempat membeli-belah popular kerana harga yang lebih murah disini berbanding pasaraya lain. Walau bagaimanapun, tidak banyak kedai jenama antarabangsa disini. Alamat: 1, Jalan Mayang Pasir, Bandar Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Bermain bowling di Kompleks Bukit Jambul

Jika anda tidak tahu apa aktiviti yang hendak dilakukan semasa bercuti di Bayan Lepas, anda boleh bermain bowling di Kompleks Bukit Jambul. Classic Bowl menyediakan 40 lorong untuk pengunjung. Anda tidak perlu menunggu lama untuk menggolek.

Menonton wayang di Queensbay Mall

Satu lagi aktiviti yang boleh dilakukan ialah menonton wayang. Ada dua lokasi yang menarik iaitu di GSC Queensbay Mall dan Mmcineplexes Kompleks Bukit Jambul.

Queensbay Mall

Tempat makan di Bayan Lepas

Beberapa tempat makan yang terkenal di Bayan Lepas boleh anda cuba namun restoran dan kedai makan dibawah tidak boleh dilupakan.

  • Ikan bakar - Adnan Bin Hassan Ikan Bakar dan Telok Tempoyak Food Court, Jalan Teluk Tempoyak, Kampung Teluk Tempoyak Besar, 11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
  • Char koey teaw Parit/Longkang - Jalan Mahsuri, Bandar Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
  • Sany Char Koay Teow - 10, Jalan Sultan Azlan Shah, Bandar Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
  • Pak Tam Mee Udang - Pantai Teluk Bayu, Jalan Sungai Batu, 11920 Bayan Lepas, Penang. Telefon 012-595 4604.
  • Ilyana Cafe - 10, Gerai JKKK, Jalan Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, 11910 Bayan Lepas, Pulau Pinang. Telefon 04-649 2120.

Penginapan di Bayan Lepas

Tempat penginapan di Bayan Lepas tidak perlu anda risau. Banyak hotel ternama dan hotel bajet ada disini. Anda boleh semak dan tempah bilik penginapan melalui BOOKING.COM.

Kesimpulan

Bayan Lepas ialah antara lokasi menarik untuk dijadikan tempat penginapan jika anda bercuti di Penang. Lokasinya berdekatan dengan tempat pelancongan lain seperti George Town dan Balik Pulau. Selain itu, lapangan terbang juga terletak disini.

Artikel berkaitan

Jangan datang ke Penang sebelum baca semua artikel dibawah.

  1. Tempat menarik: Top 10 tempat menarik di Penang
  2. Tempat membeli-belah: Top 10 tempat membeli-belah di Penang
  3. Aktiviti menarik: Top 10 aktiviti menarik di Penang
  4. Terokai semua: Penang - Tempat menarik, aktiviti dan percutian
Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.