Bercuti di Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Batu Ferringhi adalah salah satu lokasi percutian popular di Pulau Pinang. Ia adalah kawasan pantai yang cantik dengan kemudahan hotel penginapan serta berbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk pelancong. Walaupun lautnya tidak sejernih pulau peranginan di pantai timur, namun pantai ini tetap menjadi tarikan kerana kemudahan pengangkutan dimana pengunjung boleh memandu terus ke sana. Buat anda yang ingin bercuti ke Batu Ferringhi, Percutian Bajet telah menyediakan maklumat yang anda perlukan sebagai panduan untuk merancang percutian anda.

Nota: Untuk melihat tempat menarik di lokasi lain di Penang, sila lawati halaman Senarai tempat menarik di Penang untuk dilawati.

Pemandangan matahari terbenam di Batu Ferringhi.

Lokasi dan pengangkutan

Batu Ferringhi terletak dibahagian barat laut Pulau Pinang, jarak lebih-kurang 15 KM dari Bandaraya Georgetown. Perjalanan dengan kereta dari pusat bandaraya mengambil masa kira-kira 30 minit. JIka menggunakan perkhidmatan awam, anda boleh menaiki:

  1. Bas - Rapid Penang nombor 102 dan Rapid Penang nombor 101. Harga RM2.70.
  2. Teksi - Harga RM35.

Aktiviti menarik di Batu Ferringhi

Tarikan utama pelancong ke Batu Ferringhi ialah untuk berehat di tepi pantai, berkelah bersama keluarga dan melakukan aktiviti menarik yang disediakan disini. Antara aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah seperti:

  1. Mandi laut.
  2. Island cruises - Menyewa bot untuk meneroka kawasan teluk dan melihat tempat menarik disekitar pulau.
  3. Wind-surfing.
  4. Parasailing.
  5. Berkayak.
  6. Ferringhi Sidewalk Bazaar - Pasar Malam sepanjang jalan di Batu Ferringhi. Ia cukup meriah dengan gerai yang menjual berbagai barangan.
  7. Moonlight Bay’s Wet World Wild.
  8. Yahong Art Gallery.

Ferringhi Sidewalk Bazaar.

Tarikan lain berhampiran Batu Ferringhi

Pengunjung juga boleh melakukan berbagai aktiviti lain yang menarik disekitar kawasan berhampiran Batu Ferringhi seperti:

  1. Memancing dipersisiran pantai.
  2. Berkhemah di Taman Rimba Teluk Bahang.
  3. Jungle trekking di Taman Negara Pulau Pinang.
  4. Taman Rama-rama di Jalan Teluk Bahang.
  5. Melawat kilang batik di Teluk Bahang.
  6. Rumah Api di Mukah Head.
  7. Toys Museum - Muzium Permainan yang menyimpan berbagai figura dan permainan.
  8. Tropical Spice Garden.
  9. Tropical Fruit Farm.
  10. Penang Botanical Garden.

Panorama menarik di Batu Ferringhi.

Penginapan di Batu Ferringhi

Anda tidak perlu risau dengan penginapan jika bercuti di Batu Ferringhi. Terdapat banyak hotel menarik yang bertaraf antarabangsa ada disekitar kawasan tepi pantai. Harganya memang agak mahal. Namun jika anda inginkan penginapan yang lebih murah, ada beberapa pilihan hotel yang terletak agak jauh sedikit dari kawasan pantai. Dibawah ini ialah senarai hotel yang ada di Batu Ferringhi:

Hotel popular di Batu Ferringhi

Batu Ferringhi adalah lokasi sesuai untuk percutian keluarga, berbulan madu, kursus dan lain-lain. Berbagai hotel menarik yang boleh anda pilih. Antara hotel yang popular ialah:

  1. Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa.
  2. Park Royal Resort - Hotel bertaraf 5 bintang.
  3. Golden Sands Resort - Hotel bertaraf 4 bintang.
  4. Lone Pine Hotel - Hotel bertaraf 4 bintang.
  5. Hard Rock Hotel - Hotel bertaraf 4 bintang.
  6. Bayview Beach Resort - Hotel bertaraf 4 bintang.
  7. Holiday Inn Resort - Hotel bertaraf 4 bintang.
  8. Hydro Hotel - Hotel bertaraf 4 bintang.

Hotel bajet di Batu Ferringhi

Jika anda memilih untuk menginap di hotel yang lebih murah, dibawah ini ialah senarai hotel bajet di Batu Ferringhi:

  1. EQ Ferringhi Hotel - Hotel bajet bertaraf 2 bintang.
  2. D'Feringghi Hotel - Hotel bajet bertaraf 2 bintang.
  3. Sri Sayang Resort - Apartment di Batu Ferringhi.
  4. Roomies Boutique Bed & Breakfast.
  5. Shalini's Guest House.
  6. Annies Homestay Batu Ferringhi.
  7. Lazyboys Travelodge.
  8. E.T. Budget Guesthouse.
  9. Ferringhi Heritage Budget Hotel.
  10. Baba Guesthouse Batu Ferringhi.
  11. Ferringhi Inn & Cafe.
  12. Padua Inn Batu Ferringhi.
  13. Rasa Motel Batu Ferringhi.
  14. Green Ocean Inn.

Untuk melihat senarai dan potongan harga hotel di Batu Ferringhi, anda boleh menyemak dan menempah bilik penginapan melalui BOOKING.COM.

Tempat makan menarik di Batu Ferringhi

JIka anda mencari tempat makan menarik di luar hotel penginapan di Batu Ferringhi, dibawah adalah antara tempat yang boleh anda tuju:

  • Khaleel Nasi Kandar.
  • Mady Penang Char Koay Teow.
  • Crispy Apam Balik di Pasar Malam Batu Ferringhi.
  • Batu Ferringhi Seafood di Kompleks Bayu Senja.

Bercuti di Batu Ferringhi memang menarik. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan dan banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Bagi anda yang belum pernah ke sana, apa kata cuti nanti bawa keluarga atau rakan-rakan bercuti bersama. Kami yakin anda pasti seronok. Jangan lupa kongsikan apa yang menarik sepanjang percutian anda di Batu Ferringhi disini.

Add new comment