Hotel Continental Penang

Mencari hotel yang baik dan strategik ketika bercuti adalah salah satu perkara penting bagi menjamin percutian yang menyeronokkan. Jika bercuti ke Pulau Pinang, Hotel Continental Penang adalah salah satu hotel yang boleh anda pertimbangkan. Ia menyediakan pelbagai kemudahan asas dan lengkap dengan ciri keselamatan. Berkonsepkan moden dan mewah, anda dapat menikmati pemandangan yang menarik ketika mennginap disini. Kelebihan utama Hotel Continental Penang ialah ia berdekatan dengan pusat membeli-belah, kedai makan, pengangkutan dan lain-lain kemudahan.

Hotel Continental, Georgetown, Penang.

Lokasi

Memilih untuk menginap di Hotel Continental adalah pilihan yang baik. Lokasi hotel ini terletak di tengah-tengah bandar Georgetown dan anda pasti tidak akan merasa bosan dengan kemeriahan bandaraya sibuk ini.

Alamat:
HOTEL CONTINENTAL
5, Penang road,
10000 Georgetown,
Penang.

Hubungi:
reservations@hotelcontinental.com.my
Tel : +6 04-263 6388
Fax : +6 04-263 8718

Penginapan

Penginapan yang disediakan di Hotel Continental ini terdiri daripada:

Superior Room

Superior room adalah bilik yang sesuai untuk 2 orang tetamu sahaja pada satu masa. Jika anda memerlukan katil tambahan, caj sebanyak RM80 dikenakan. Harga bilik untuk satu malam ialah RM142. Antara kemudahan yang disediakan ialah:

  • Bilik berhawa dingin.
  • In house movie.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Maksima untuk dua orang.
  • Peti ais mini.
  • Mempunyai 1 King bed atau 2 Twin bed.
  • Disediakan sarapan untuk 2 orang tetamu.
  • Coffee or tea making facilities.
  • Disediakan kerusi sudut.

Bilik penginapan di Hotel Continental Penang.

Deluxe Room

Suasana bilik yang bersih dan cantik serta selesa untuk sesuai juga untuk mereka yang berkeluarga. Deluxe room menyediakan kemudahan yang lengkap dan akan membuatkan pengunjung berasa sangat selesa. Hanya RM162 untuk satu malam. Harga untuk katil tambahan jika diperlukan ialah RM80. Antara kemudahan yang disediakan ialah

  • Bilik berhawa dingin.
  • In house movie.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Maksima untuk dua orang.
  • Peti ais mini.
  • Mempunyai 2 super single bed.
  • Disediakan sarapan untuk 2 orang tetamu.
  • Coffee or tea making facilities.
  • Disediakan kerusi sudut.

Bilik Hotel Continental Penang.

Super Deluxe Room

Harga semalam untuk Deluxe room ialah RM180 sahaja. Harga yang mampu milik untuk semua disertakan dengan kemudahan yang lengkap. Bilik yang luas dan besar sangat sesuai untuk keluarga dan dapat memuatkan 4 orang tetamu pada satu masa. Selain itu disediakan katil tambahan dengan caj sebanyak RM80. Antara kemudahan yang disediakan ialah

  • Bilik berhawa dingin.
  • In house movie.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Peti ais mini.
  • Terdapat 2 Queen Bed.
  • Disediakan sarapan untuk 4 orang tetamu.
  • Coffee or tea making facilities.
  • Disediakan meja sudut.

Bilik yang selesa di Hotel Continental Penang.

Executive Suite

Jika anda ingin merasai pengalaman seolah bermalam di bilik yang mewah dengan harga yang mampu milik, Executive Suite di Hotel Continental adalah pilihan yang baik. Anda akan dapat melihat panorama yang cantik dari bilik. Harga untuk Executive Suite ialah RM210 untuk satu malam. Pelbagai kemudahan yang disediakan disini antaranya ialah:

  • Bilik berhawa dingin.
  • In house movie.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Peti ais mini.
  • Disediakan 1 King bed dan dilengkapi dengan ruang tamu yang berasingan.
  • Disediakan sarapan buffet untuk 2 orang
  • Coffee or tea making facilities.
  • Disediakan meja sudut dan sofa di tepi tingkap.

Bilik double dan single bed.

Kemudahan

Hotel Continental meyediakan pelbagai kemudahan asas lengkap untuk keselesaan tetamu. Antaranya termasuk:

  • Kemudahan Internet
  • Surau
  • Restoran
  • Kolam renang.
  • Dewan serbaguna
  • Bufet

Kolam renang di Hotel Continental Penang.

Tempat menarik untuk dikunjungi

Jika anda menginap di Hotel Continental Penang, banyak tempat menarik berhampiran dan aktiviti dapat dilakukan disini bersama-sama keluarga tersayang. Antaranya ialah:

  1. Melawat Penang Hill (Bukit Bendera).
  2. Melawat taman rama-rama.
  3. Melihat seni bina Kek Lok Si.
  4. Cheong Fatt Tze Mansion.
  5. Fort Cornwallis.

Pulau Pinang adalah salah sebuah negeri yang sibuk dan sering menjadi tumpuan pelancong asing dan tempatan. Jika anda bercuti ke Penang, pastikan Hotel Continental termasuk dalam senarai tempat penginapan yang ingin dipilih. Hotelnya agak cantik, harga yang berpatutan dan pekerja yang mesra pelanggan.

Add new comment