Padang Kota Lama - Panduan 2019

Padang Kota Lama ialah satu tempat menarik yang mesti dilawati jika anda bercuti di Penang. Ini kerana berbagai tarikan pelancongan ada di sini. Anda boleh melawat banyak tempat menarik, berjalan kaki atau menaiki beca dan menjamu selera. Setiap masa pasti ada bas pelancong, hop-on hop off city tour bus atau bas rombongan sekolah yang akan singgah.

Disini juga terdapat sebuah padang yang luas yang sering menjadi lokasi berbagai acara termasuk program pelancongan. Oleh kerana kawasan yang luas dan berbagai tempat menarik yang boleh dilawati, anda tidak akan berasa sesak bila berada di sini. Padang Kota Lama juga sesuai dikunjungi pada waktu malam kerana suasana yang berbeza. Cuma tempat-tempat menarik sahaja yang tidak dibuka.

Padang Kota Lama dulu

Hingga November 2019, keadaan di Padang Kota Lama agak kurang menarik kerana projek baikpulih Fort Cornwallis dan benteng penahan ombak masih berjalan. Walaupun semuanya masih beroperasi seperti biasa tetapi pemandangan dan bunyi bising agak kurang menyenangkan.

Padang Kota Lama sekarang

Lokasi Padang Kota Lama

Padang Kota Lama terletak di George Town. Lokasinya ditepi pantai dan tidak jauh dari Jeti Feri Penang. Amat mudah jika anda mahu kesini kerana banyak papan tanda jalan. Anda boleh Google Maps jika ada masalah.

Alamat:
Esplanade
Padang Kota Lama,
10200 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel Pejabat : -
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Harga tiket adalah bergantung kepada aktiviti/tempat menarik.

Waktu operasi:

Setiap hari : 7.00 am - 1.00 am

Apa yang menarik?

Ada beberapa tempat menarik yang boleh dilawati dan beberapa bangunan bersejarah dengan rekabentuk senibina unik untuk dihargai

Secara terperinci, apa yang menarik di Padang Kota Lama ialah:

Esplanade

Esplanade ialah kawasan tepi pantai dimana pengunjung boleh bersiar-siar atau duduk bersantai melihat pemandangan laut. Kawasan yang agak luas ini terdapat tempat duduk dibawah pohon-pohon besar yang rimbun. Selain itu, taman permainan kanak-kanak juga disediakan disini.

Esplanade Padang Kota Lama

Penang City Hall (Majlis Bandaraya Pulau Pinang)

Penang City Hall ialah bangunan kolonial berwarna putih yang dibina semasa zaman pemerintahan British. Ia masih kekal utuh dan digunakan sebagai bangunan Pejabat Pentadbiran Dewan Bandaraya Pulau Pinang. Pengunjung boleh menghargai keunikan rekabentuk dan senibina ini yang terdapat hanya di Padang Kota Lama.

Bangunan Penang City Hall

Penang Town Hall (Majlis Bandaraya Pulau Pinang)

Bangunan Penang Town Hall terletak bersebelahan City Hall. Ia dicat dengan warna kuning pudar. Walaupun tidak sehebat bangunan City Hall, ia masih cukup menarik untuk menjadi subjek kamera anda.

Bangunan Penang Town Hall

Fort Cornwallis

Fort Cornwallis ialah kota pertahanan penjajah yang masih kekal hingga hari ini terletak di Padang Kota Lama. Pada tahun 2019, bahagian luar kota ini dilihat dalam projek pembaikan. Pintu masuk yang dulunya berhadapan padang kini ditutup dan dibuka disebelah rumah api. Jadi sekarang pengunjung perlu berjalan agak jauh untuk masuk ke kota ini.

Fort Cornwallis

Queen Victoria Memorial Clock Tower

Queen Victoria Memorial Clock Tower terletak di bulatan Lebuh Light di penjuru Fort Cornwallis. Pengunjung boleh berjalan kaki sahaja dari Medan Selera Esplanade atau pintu masuk Fort Cornwallis.

Menara jam setinggu 60 kaki ini mempunyai 4 bahagian. Bahagian bawahnya berbentuk Oktagon. Bahagian seterusnya berbentuk petak dimana setiap dinding mempunyai tingkap dan balkoni. Bahagian ketiga pula terdapat jam disetiap dinding dan bahagian paling atas didirikan tiang roman dengan kubah diatasnya.

Queen Victoria Memorial Clock Tower

Penang 3D Trick Art Museum

Muzium Penang 3D Trick Art Museum terletak diseberang jalan bertentangan dengan padang. Pameran lukisan 3D ini agak luas merangkumi ruang 2 tingkat lot kedai. Berbagai lukisan dan idea menarik dipamerkan.

Penang 3D Trick Art Museum

Pameran Muzium Negeri dan Balai Seni Lukis (Dewan Sri Pinang)

Bangunan Muzium Negeri dan Balai Seni Lukis juga telah lama dibaikpulih dan masih ditutup kepada orang-ramai. Walau bagaimanapun barangan pameran telah dipindahkan ke Bangunan Dewan Sri Pinang aras 2 di Padang Kota. Pengunjung masih boleh menyaksikan beberapa pameran menarik disini.

Penang Tunnel Museum

Penang Tunnel Museum atau Time Tunnel Museum ini terletak dibelakang Padang Kota Food Court (Medang Renong). Muzium ini agak menarik dimana sejarah tempatan dipamerkan melalui lukisan dan barangan lama. Cuma lukisan 3D dan muzium interaktif agak lari dari konsep dan sedikit mengelirukan. Apapun, asal pengunjung suka dan puas hati semuanya beres.

Tarikan lain

Tugu Peringatan Perang

Tugu Peringatan Perang

Playground

Playground

Lanskap

Lanskap menarik

Tempat makan

Ada medan selera disini iaitu Padang Kota Lama Food Court (Medan Renong) dan Esplanade Food Court.

  1. Esplanade Food Court terletak disebelah Fort Cornwallis. Lokasinya ditepi jalan Lebuh Light dan bertentangan dengan padang. Disini biasanya orang datang untuk makan tengahari. Banyak gerai dan berbagai jenis makanan ada.
  2. Padang Kota Lama Food Court pula terletak dihujung esplanade. Ia dibuka pada waktu malam. Ada dua bahagian medan selera, halal dan tidak-halal. Suasananya agak menarik dengan pemandangan laut yang cantik. Harga makanan pula agak mahal. Kebanyakan yang makan disini samada pelancong luar atau pengunjung yang ingin mengenang nostalgia Padang Kota Lama.

Esplanade Food Court

Kemudahan dan fasiliti

Kemudahan asas seperti tandas disediakan. Tempat letak kereta tidak banyak, cuma ditepi jalan sahaja. Anda boleh mendapatkan beca untuk melawat tempat menarik berhampiran seperti Masjid Kapitan Keling, menaiki feri Penang atau melawat Clan Jetties.

Tandas awam

Kesimpulan

Padang Kota Lama adalah tempat menarik di Penang yang mesti dilawati terutama bagi pengunjung yang pertama kali menjejakkan kaki ke negeri ini. Lokasinya strategik dan dengan berbagai tarikan pelancongan yang ada sesuai untuk semua lapisan umur membuatkan tempat ini sentiasa dipenuhi pelancong.

Artikel berkaitan

Mana nak pergi? Lihat top 10 tempat menarik di Penang untuk dilawati.

Apa nak buat di Penang? Lihat top 10 aktiviti menarik di Penang.

Cari cenderahati, barang unik, barangan berjenama? Lihat Top 10 tempat membeli-belah di Penang.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.