Taman Rimba Teluk Bahang

Taman Rimba Teluk Bahang ialah salah satu tempat menarik di Penang yang telah lama terkenal dikalangan pelancong tempatan. Ia adalah kawasan air terjun yang menjadi destinasi orang-ramai untuk berkelah dihujung minggu dan cuti umum. Malah dimusim cuti sekolah pasti ada rombongan sekolah yang akan singgah disini.

Tempat ini dijaga dengan baik dan persekitarannya bersih semasa saya datang. Walaupun beberapa fasiliti sudah mula uzur, keseluruhannya adalah baik. Dan untuk pengetahuan, taman rimba ini diselia oleh Jabatan Perhutanan Pulau Pinang.

Nota: Untuk melihat tempat menarik lain di Teluk Bahang, sila lawati halaman Bercuti di Teluk Bahang Penang.

Taman Rimba Teluk Bahang

Lokasi Taman Rimba Teluk Bahang

Lokasi taman rimba ini ialah didalam kawasan Hutan Simpan Teluk Bahang. Ia terletak bersebelahan dengan Empangan Teluk Bahang. Pintu masuk ke taman ini betul-betul ditepi jalan besar Teluk Bahang ke Balik Pulau. Jaraknya dari George Town ialah lebih-kurang 24 KM. Jika memandu sendiri, anda boleh berpandukan GPS, Google Maps atau papan tanda jalan.

Alamat:
Taman Rimba Teluk Bahang
11050 Teluk Bahang,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: 04-8851280
Email : jhnpp@penang.gov.my

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.00 am - 6.00 pm

Apa yang menarik?

Taman Rimba Teluk Bahang adalah salah satu destinasi popular untuk berkelah di Penang. Kawasan yang teduh dengan udara yang nyaman juga sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga. Selain itu, ia juga adalah lokasi menarik untuk outdoor photography dan aktiviti jungle trekking.

Air terjun Taman Rimba Teluk Bahang

Tarikan lain yang ada di sini ialah:

Mandi-manda

Terdapat 5 buah kolam mandi dibina dikawasan aliran jeram untuk pengunjung mandi-manda. Walaupun bukan kolam asli air terjun, ia lebih selesa dan airnya tetap sejuk dan menyegarkan. Kolam ini tidak dalam dan selamat untuk kanak-kanak.

Kolam mandi di Taman Rimba Teluk Bahang

Jungle trekking

Bagi pengunjung yang gemarkan aktiviti lasak, ada 5 trek denai hutan yang boleh diterokai. Hutan lipur ini menyimpan pelbagai spesis flora dan fauna. Selain mempelajari khazanah alam dan kegunaannya, pengunjung juga berpeluang mengambil gambar hidupan liar yang ada disini.

Hutan Lipur Teluk Bahang

Muzium Perhutanan Pulau Pinang

Tarikan lain yang ada di Taman Rimba Teluk Bahang ini ialah Muzium Perhutanan. Walaupun bersaiz sederhana, muzium ini menyimpan banyak sampel spesis tumbuhan flora dan fauna yang  ada dalam Hutan Simpan Teluk Bahang.

Muzium Perhutanan Pulau Pinang

Kemudahan dan fasiliti

Kemudahan asas disediakan seperti tandas dan surau. Tempat letak kereta yang agak luas terletak berhampiran pintu masuk ke taman rimba ini. Selain itu, 4 buah gerai menanti mengunjung yang ingin menjamu selera.

Kemudahan dan fasiliti lain ialah:

  • Dewan memasak
  • Dewan aktiviti
  • Tapak perkhemahan
  • Pondok rehat

Dewan memasak

Nota: Lihat semua tempat menarik di Penang.

Kesimpulan

Taman Rimba Teluk Bahang ialah destinasi menarik yang mesti dikunjungi jika bercuti di Penang lebih-lebih lagi jika anda membawa anak-anak. Tiada kanak-kanak yang tidak suka mandi kolam air terjun. Lagipun tempat ini tidak mengenakan tiket atau bayaran masuk. Jika anda tidak ingin mandi sekalipun, berbagai aktiiti boleh dilakukan seperti melawat muzium, mengambil gambar atau bermain papan gelongsor di padang mainan kanak-kanak (jika anda tidak malu). Cuma jangan ganggu ketenteraman orang lain saja. Akhir sekali, Percutian bajet mengesyorkan taman rimba ini 5 bintang.

Artikel berkaitan

Mencari destinasi untuk bersiar-siar? Lihattop 10 tempat menarik di Penang untuk dilawati.

Apa nak buat di Penang? Lihat top 10 aktiviti menarik di Penang.

Cari cenderahati, barang unik, barangan berjenama di Penang? Lihat Top 10 tempat membeli-belah di Penang.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.