Tempat menarik di Penang yang mengecewakan 2019

Saya ingin berkongsi pengalaman bercuti di Penang bersama keluarga pada November 2019 dengan topik tempat menarik yang mengecewakan. Sejujurnya, tiada niat ingin memburukkan mana-mana pihak, artikel ini diharap dapat memberi maklumat yang betul kepada pelawat laman web percutian bajet.

Saya telah merancang itinerary percutian ke Penang 2 hari 1 malam berdasarkan maklumat dari laman web rasmi dan persendirian, berbahasa melayu serta english. Semuanya lengkap seperti senarai tempat menarik untuk dilawati, harga tiket, waktu operasi, aktiviti, tempat makan dan tempat penginapan.

Nota: Tempat-tempat yang dinyatakan dibawah tiada nombor dan tidak mengikut turutan.

Kilang Batik Penang

Kilang batik ini terletak di Teluk Bahang. Ia disenaraikan antara tempat menarik di Penang yang agak popular. Saya terkejut apabila melangkah masuk ke show room kilang ini. Ia memang kelas tinggi. Sasaran pelanggan disini adalah pelancong luar kerana dapat dilihat tanda harga turut dinyatakan dalam USD, Euro, AUD, Pound Sterling dan SGD. Baju batik dan kain yang dijual adalah sangat mahal bagi saya. Batik lengan pendek paling murah RM150+.

Apa yang mengecewakan ialah:

  • Staf yang membawa saya melawat tidak mesra kelihatan seperti terpaksa. Ia adalah perasaan yang tidak enak.
  • Lawatan kilang batik terlalu singkat seperti bergegas walaupun tiada pengunjung lain (9 am hari hujan) membuatkan kita merasa tidak dialu-alukan.

Kilang Batik Teluk Bahang

Alamat:
Craft Batik
669, Mk.2, Teluk Bahang,
11050 Penang,
Malaysia

Hubungi:
Tel Showroom : 04 8851302
Tel Kilang : 04 8851284
Email : quah@penangbatik.com.my

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk:
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : 9.00 am - 5.30 pm

Penang Avatar Secret Garden

Penang Avatar Secret Garden pada ketika ini adalah satu tempat menarik di Penang yang banyak diperkatakan. Banyak laman web yang menyenaraikan tempat ini sebagai salah satu lokasi yang mesti dikunjungi. Menakjubkan, dari maklumat gambar pertama dan gambar terakhir, cukup-cukup 10 minit saya habiskan disini. Jika tidak kerana mengambil gambar, saya tidak ingin menghabiskan masa 10 minit itu disini. Saya mengesyorkan anda mengunjungi Masjid Kapitan yang lebih menarik dan bermakna.

Apa yang mengecewakan ialah:

  • Indah khabar dari rupa.
  • Terletak dalam kawasan tokong Buddha. Tidak sesuai untuk muslim.
  • Beroperasi pada waktu maghrib dan keatas. Tidak sesuai membawa anak kecil mengunjungi lokasi seperti ini.
  • Perlu bayar kepada penjaga parking haram sebanyak RM5. Penjaga juga menakutkan.
  • Bayaran masuk dikutip oleh pihak tidak bertanggungjawab sebanyak RM1 seorang.

Avatar Secret Garden

Alamat:
Penang Avatar Secret Garden
336, Jalan Tokong Thai Pak Koong,
Tanjung Tokong,
11200 Tanjung Bungah,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel Pejabat : -
Email : -
Website : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk:
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : 7.30 pm keatas

Muzium Negeri dan Balai Seni Lukis

Muzium Negeri dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang adalah antara tempat menarik yang saya letak harapan tinggi. Ia terletak dalam bangunan bersejarah bekas Penang Free School yang menggunakannya dari tahun 1897 hingga 1927. Lokasinya bersebelahan gereja St. George dan bertentangan bangunan Mahkamah.

Apa yang paling mengecewakan ialah:

  • Tiada tempat letak kereta. Perlu berjalan jauh untuk ke lokasi.
  • Apabila tiba di lokasi, rupanya ia telah ditutup sementara (sejak 2018). Tiada maklumat dari laman web persendirian berbahasa melayu dan English. Begitu juga laman web rasmi.

Muzium Negeri Pulau Pinang

Alamat:
Penang State Museum and Art Gallery
Lebuh Farquhar, George Town,
10450 Georgetown,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel Pejabat : 04-226 1462
Email : PSM_enquiries@penangmuseum.gov.my
Website : Penang State Museum and Art Gallery

Harga tiket:
Harga tiket Balai Seni Lukis
Dewasa : Percuma
Kanak-kanak : Percuma

Harga tiket Muzium
Dewasa : RM1
Kanak-kanak : RM1

Waktu operasi:

Setiap hari : 9.00 am - 5.00 pm

Street mural / Street Art

Street mural ini adalah salah satu tempat menarik pilihan peribadi saya. Dari awal lagi saya tahu memang sukar untuk mengunjungi semua lokasi seni lukis ini. Melihat pelancong bergambar dengan latar belakang mural manakala saya memandu kereta perlahan-lahan, cukup menyiksakan. Tunggu, saya akan kembali lagi dengan motorsikal.

Street art Penang

Apa yang mengecewakan ialah:

  • Tiada tempat letak kereta berdekatan (Tidak sesuai dikunjungi dengan kereta).
  • Perlu masa yang lama untuk mengunjungi setiap lokasi street mural yang ada.

Anda jangan kecewa kerana tiada gambar sebab saya lagi kecewa. (Saya kembali semula selepas seminggu bersama motosikal. hihi).

Penang Street Art

Alamat:
Banyak lokasi. Lihat laman web berikut untuk panduan (English - tidak rasmi).

Website : Lokasi Penang Street Art

Hubungi:
Tel Pejabat : -
Tel Bimbit : -
Email :

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk:
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : Tiada had masa.

Gurney Drive

Gurney Drive tersenarai sebagai tempat menarik di Penang dalam laman web semua bahasa termasuk bahasa melayu. Saya selalu juga ke sini tahun 2000-2005. Pada masa itu, parking pun susah, penuh. Datang kembali pada 2019, niat untuk singgah pun tidak terlintas dihati. Tiada apa yang menarik manakala makan disini pula memang bukan pilihan saya sejak dulu walaupun ada bahagian halal. Mahal dan perkhidmatan mengecewakan.

Apa yang mengecewakan ialah:

  • Kawasan pantai ditambak dan kerja-kerja sedang berjalan.
  • Gerai makanan hampir keseluruhannya adalah non-halal.
  • Tarikan lebih kepada non-muslim kerana kawasan ini banyak bar dan kelab malam.

Tiada gambar juga sebab tidak menarik. Jadi tidak perlu kecewa. Oh ada yang menarik lagi disini. Plaza Gurney, macam-macam ada.

Plaza Gurney menarik

Alamat:
Gurney Drive
Persiaran Gurney,
10250 Penang,
Malaysia

Hubungi:
Tel: -
Fax : -
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk:
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : 7.00 pm keatas.

Masjid Kapitan Keling

Masjid Kapitan ini bukan biasa-biasa. Sejarahnya bermula lebih 200 tahun dahulu. Ia menjadi destinasi popular bukan sahaja pelancong tempatan malah pelancong luar negara. Masjid ini sesuai dikunjungi pada bila-bila masa, siang atau malam. Oleh kerana jadual yang padat, sekitar jam 11 pagi saya membawa keluarga melihat dari luar dan memandu perlahan-lahan. Kelihatan ramai pelancong memenuhi kawasan pagar pintu masuk.

Apa yang mengecewakan ialah:

  • Tiada tempat letak kereta awam berhampiran. Hampir mustahil untuk mendapat parking tepi jalan berhampiran masjid. Pengunjung perlu berjalan jauh. ambil grab atau beca.

Masjid Kapitan Keling

Alamat:
Masjid Kapitan Keling
14, Jalan Buckingham,
10200 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel Pejabat : -
Email : -
Website : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk:
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : 11.30 am - 10.00 pm
Pelancong : 11.30 am - 6.30 pm

Pasar Chowrasta

Pasar Chowrasta adalah satu destinasi menarik di Penang yang kerap saya kunjungi sekitar tahun 90-an. Ketika itu banyak kedai-kedai unik yang ada disini seperti kedai buku terpakai dimana berbagai jenis buku dalam dan luar negeri boleh ditemui. Selain itu kedai baju, kasut dan lain-lain juga cukup menarik. November 2019, saya bawa keluarga berkunjung semula untuk mengimbau kenangan lama dan tidak sampai 10 minit kami beredar.

Apa yang mengecewakan ialah:

  • Tidak banyak kedai dibuka walaupun sudah hampir pukul 12 tengahari sedangkan waktu operasinya bermula 6.30 pagi.
  • Dipaksa masuk ke kedai oleh peniaga kedai pakaian. Ia adalah pengalaman yang menakutkan.

Pasar Chowrasta

Alamat:
Pasar Chowrasta
Lot 26, Jalan Chowrasta,
10100 George Town,
Pulau Pinang.

Hubungi:
Tel: -
Fax : -
Email : -
Website : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk:
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : 6.30 am - 6.00 pm

Lorong Kulit (Pasar Pagi Stadium Negeri)

Lorang Kulit atau Rope Walk ini adalah pasar pagi yang diadakan di perkarangan letak kereta Stadium Negeri Pulau Pinang. Ia cukup popular satu masa dahulu kerana pelbagai barangan terpakai yang dijual disini. Perniagaan bermula awal pagi dan berakhir tengahari.

Saya tiba sekitar pukul 10 pagi. Parking masih kosong. Ada beberapa gerai sudah memulakan perniagaan manakala 2-3 gerai lagi baru dibuka. Mungkin kerana hujan pada awal pagi atau tempat ini sudah tidak popular lagi, saya tidak pasti. Saya mengambil masa 40 minit untuk mengambil gambar dan melihat barangan dibeberapa gerai. Tiada yang menarik.

Apa yang mengecewakan ialah:

  • Tidak banyak gerai dibuka.
  • Tidak jumpa lampu aladin yang dicari.

Lorong Kulit Penang

Alamat:
Lorong Kulit
625 Jalan Dato Keramat Georgetown,
10460 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel Pejabat : -
Tel Bimbit : -
Email : -
Website : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk:
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Anda perlu membeli tiket parking MBPP.

Waktu operasi:

Setiap hari : 7.00 am - 1.00 pm

Kesimpulan

Tempat menarik yang disenaraikan ini ada yang sedikit mengecewakan dan ada yang sangat mengecewakan. Bergantung pada setinggi mana harapan yang diletakkan saya rasa. Apa yang dikongsikan adalah ulasan ikhlas dan jujur, tiada niat lain selain berharap ia menjadi panduan pada sesiapa yang merancang untuk bercuti ke Penang. Banyak lagi tempat menarik yang boleh anda lawati sebenarnya. Jika dompet tebal, anda boleh ke muzium interaktif yang tidak kurang 10 buah atau melakukan aktiviti menyeronokkan di Escape, The Top dan lain-lain.

Artikel berkaitan

Mana nak pergi? Lihat top 10 tempat menarik di Penang untuk dilawati.

Apa nak buat di Penang? Lihat top 10 aktiviti menarik di Penang.

Cari cenderahati, barang unik, barangan berjenama di Penang? Lihat Top 10 tempat membeli-belah di Penang.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.