Top 10 aktiviti menarik di Penang

Berikut adalah senarai top 10 aktiviti menarik di Penang yang paling popular dikalangan pelancong. Ada 3 jenis aktiviti semuanya iaitu aktiviti percuma, aktiviti berbayar dan aktiviti banyak kena bayar. Ada aktiviti yang mengambil masa agak lama. Ada juga aktiviti yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Pandai-pandailah anda atur aktiviti mana yang hendak dilakukan.

Penafian: Aktiviti yang disenaraikan ini ditawarkan oleh syarikat berlesen dan semua aktiviti dilindungi insurans. Walau bagaimanapun ada aktiviti yang saya kurang pasti. Anda perlu semak sendiri. Pihak laman web percutianbajet.com tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian atau berlaku perkara yang tidak diingini.

Taman tema Escape Penang

Taman tema Escape adalah destinasi pelancongan yang sangat popular di Penang. Mereka yang aktif dan gemarkan aktiviti mencabar serta mencari keseronokan maksima mesti mencuba permainan yang ada disini. Pada tahun 2019 ini berbagai aktiviti dan permainan baru diperkenalkan. Jadi, jika anda pernah ke sini beberapa tahun lepas, tidak rugi untuk kembali lagi mencuba apa yang ada.

Escape Penang

Anda boleh semak di laman web rasmi untuk melihat pembaharuan yang dilakukan. Bagi yang belum pernah ke Taman Tema Escape Penang, jangan tunggu lagi. Harganya memang agak mahal tetapi anda tidak perlu risau kerana setiap aktiviti adalah berlesen dan dilindungi insurans. Dapatkan potongan harga dengan membeli online terus dari laman web Escape.

Alamat:
Escape Penang
828 Jalan Teluk Bahang,
11050 Penang,
Malaysia

Hubungi:
Tel Pejabat : 04-881 1106
Email : info@escape.my
Website : The Escape Penang

Harga tiket:
Harga tiket adalah bergantung kepada aktiviti dan masa.
Dewasa : RM83.50 - Online tiket melalui laman web Escape Penang.
Kanak-kanak : RM55.50 - Online tiket melalui laman web Escape Penang.

Semak laman web rasmi Escape untuk maklumat lengkap.

Waktu operasi:

Selasa - Ahad : 10.00 am - 6.00 pm
Tutup : Isnin

The Top Penang

The Top Penang terletak di KOMTAR. Ia adalah taman tema yang menawarkan berbagai permainan dan aktiviti kepada pengunjung. Sesiapa sahaja yang bercuti di Penang pasti bercita-cita untuk merasai semua ini. Cuma bajet yang menentukan samada ia akan menjadi realiti atau fantasi.

Bagi anda yang belum pernah ke sini, berikut adalah antara tarikan dan aktiviti yang popular dikalangan pengunjung:

  • Rainbow Skywalk
  • Jurassic Research Center
  • The Gravityz

The Top Penang

Alamat:
The Top Penang
1, Jalan Penang,
10000 George Town,
Penang

Hubungi:
Tel : 04-262 3800
Email : sales@thetop.com.my
Website : The Top Penang

Harga tiket:
Harga tiket adalah bergantung kepada aktiviti.
Dewasa : RM48 - Rainbow Skywalk
Dewasa : RM28 - Rainbow Skywalk

Berbagai aktiviti dan pakej ditawarkan.

Waktu operasi:

Waktu aktiviti adalah berbeza. Semak laman web rasmi The Top Penang.

Isnin - Jumaat : 10.00 am - 8.00 pm
Sabtu - Ahad : 11.00 am - 9.00 pm

Menaiki Feri

Aktiviti ini mungkin agak kelakar kerana anda akan membeli tiket feri untuk pergi dan balik semula tetapi ia cukup menyeronokkan terutama bagi kanak-kanak. Ia memberi mereka peluang merasai pengalaman menaiki feri yang tentu sekali membantu apabila membuat karangan di sekolah.

Sejujurnya, ia adalah pengalaman menyeronokkan kerana anda bebas bergerak didalam feri untuk melihat pemandangan menarik Pulau Pinang, Jambatan Pulau Pinang, Penang Port, kapal yang banyak di laut dan sampah-sarap yang timbul di permukaan laut. Harga tiket juga teramat murah.

Feri Penang

Alamat:
Pangkalan Raja Tun Uda
Pengkalan Weld,
George Town,
10300 George Town,
Penang

Hubungi:
Tel Pejabat (Penang) : 04 261 0290, 04 210 2363
Tel Pejabat (Butterworth) : 04 331 2796, 04 310 2377
Email : suggest@rapidkl.com.my

Harga tiket:
Harga tiket adalah dari Butterworth ke Jeti Penang.
Tambang Dewasa : RM1.20
Tambang kanak-kanak : RM0.60
Basikal : RM1.40
Motosikal : RM2.00
Kereta : RM7.70

Dari Jeti Penang ke Butterworth tidak perlu tiket. Percuma.

Waktu operasi:

Setiap hari : 5.20 am - 12.10 am (Butterworth)

Setiap hari : 5.40 am - 12.40 am (Jeti Penang)

Jet Ski, Parasailing di Batu Ferringhi

Aktiviti jet ski dan parasailing ini ada di Batu Ferringhi. Ia adalah aktiviti lasak yang memerlukan keberanian. Banyak operator yang menawarkan perkhidmatan ini tetapi berhati-hatilah kerana tidak semua operator berlesen dan ada perlindungan insurans.

Kalau takut dengan aktiviti atau harga tiket, anda boleh mencuba aktiviti berikut:

  • Banana Boat
  • Big Donut

Parasailing Batu Ferringhi

Alamat:
Ferringhi Sea Sports Co.
Jalan Batu Ferringhi,
11100 Penang,
Malaysia

Hubungi:
Tel : 0124995036 Bala
Tel : 0169987519 Leena
Tel : 0164489909 Ruby
Email : ferringhiseasports@gmail.com
Website : Ferringhi Sea Sports

Harga tiket:
Harga tiket adalah bergantung kepada aktiviti.
Dewasa : RM120 (Parasailing)
Dewasa : RM100 (Jet Ski)
Dewasa : RM30 (Banana Boat)
Dewasa : RM40 (Big Donut)

Tiket juga dijual mengikut pakej.

Waktu operasi:

Setiap hari : 9.00 am - 7.00 pm

Trekking di Taman Negara Pulau Pinang

Banyak trek di Taman Negara Pulau Pinang yang menarik boleh anda cuba. Trek paling jauh ialah Pantai Kerachut manakala trek paling dekat ialah Mukah Head. Namun pastikan anda sihat untuk melakukan aktiviti ini.

Aktiviti trekking adalah percuma melainkan anda inginkan pemandu pelancong. Apa yang perlu dilakukan ialah mendaftar di pejabat Taman Negara. Sebelum memulakan aktiviti, pastikan juga anda membawa bekalan air minuman dan makan tenaga secukupnya.

Pejabat Taman Negara

Alamat:
Pejabat Taman Negara Pulau Pinang,
Jalan Hassan Abbas,
11050 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel Pejabat : 04-881 3530, 04-881 3500
Email : tnpp@wildlife.gov.my

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.00 am - 5.00 pm

Menjejaki Street Art / Street mural

Satu aktiviti yang membuatkan para peminat seni teruja ialah menjejaki street art dan street mural di Penang. Ia berada di merata-rata tempat. Melainkan jika memang kuat berjalan, anda perlu menaiki motosikal, basikal atau beca untuk melakukan aktiviti ini.

Street Art Penang

Selain itu, terdapat juga karikatur besi pada dinding bangunan yang bagi saya sangat menarik. Jika anda dapat jejaki semua lokasi, sila kongsi diruangan komen.

Antara lokasi yang popular dengan Street Mural ialah:

  • Armenian Street, George Town.
  • Ah Quee Street, George Town.
  • Cannon Street, George Town.
  • Muntri Street, George Town.

Ada juga street art dan street mural ini di tempat lain di Penang seperti di Balik Pulau dan Butterworth. Anda boleh berkunjung atau kongsikan penemuan diruangan komen.

Alamat:
Lokasi Street Art / Street Mural.

  1. George Town, Penang.
  2. Balik Pulau, Penang.
  3. Butterworth, Penang.

Hubungi:
Semak maklumat Street Art di Tourism Penang.

Tel Pejabat : 04 264 3456
Email : info@penangglobaltourism.com
Website : Penang Tourism

Harga tiket:
Tiket tidak dikenakan.

Dewasa : Percuma
Kanak-kanak : Percuma

Waktu operasi:

Setiap hari : Tiada had waktu.

Mendaki Bukit Bendera

Mendaki Bukit Bendera adalah aktiviti menarik yang popular dikalangan pelancong. Ada banyak trek yang boleh diikuti bukan di Bukit Bendera sahaja malah hampir seluruh pulau mempunyai trek ke sini. Antara yang sering menjadi pilihan ialah trek dari Botanical Garden, Moon Gate, Taman Belia, Bukit Olivia, Bukit Gantung, Air Itam, Balik Pulau dan Teluk Bahang.

Trekking Bukit Bendera

Sebelum memulakan aktiviti pastikan anda bersedia dengan pakaian dan peralatan mendaki. Bekalan air minuman dan makanan tenaga perlu dibawa secukupnya. Paling penting, anda mesti muat turun applikasi navigasi seperti Open Street Map ke dalam telefon pintar. Maklumat lanjut berkenaan trek boleh didapati di laman web rasmi Bukit Bendera. Pautan disediakan dibahagian Hubungi dibawah.

Alamat:
Bukit Bendera Pulau Pinang
Jalan Stesen Bukit Bendera,
Air Itam,
11500 Pulau Pinang,
Malaysia

Hubungi:
Pertanyaan tentang laluan mendaki.

Email : inquiries@penanghill.gov.my
Website : Penang Hill Hiking Trails Map

Harga tiket:
Tidak dikenakan tiket.

Dewasa : Percuma
Kanak-kanak : Percuma

Waktu operasi:

Setiap hari : 10.00 am - 4.00 pm

Countryside Stables Penang

Kuda adalah antara binatang yang terkenal tetapi jarang kita dapat melihatnya. Jika bercuti di Penang, apa kata anda cuba aktiviti menunggang kuda di Countryside Stables Penang. Jika takut, anda boleh melihat saja atau memberi makan kuda. Aktiviti santai ini sangat menyeronokkan. Anda akan berasa tenang bagaikan terapi minda.

Beberapa aktiviti disediakan untuk pengunjung seperti:

  • Menunggang kuda.
  • Memberi makan kuda.
  • Naik kereta kuda.

Countryside Stables Penang

Alamat:
Countryside Stables Penang
Lot 10050, Jalan Sungai Burung,
Kampung Sungai Burung,
11000 Balik Pulau,
Penang

Hubungi:
Tel : 012-408 0678
Email : w.aikhsan@gmail.com

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk.
Dewasa : RM12
Kanak-kanak : RM8

Harga tiket aktiviti.
Menunggang kuda : Kanak-kanak RM17, Dewasa RM20
Memberi makan kuda : RM5 per pek
Kereta kuda: Kanak-kanak RM5, Dewasa RM10

Waktu operasi:

Setiap hari : 10.00 am - 7.00 pm

Adventure Zone

Adventure Zone adalah tempat permainan kanak-kanak yang popular di Penang sekarang. Ia adalah tempat pilihan untuk ibubapa memujuk anak-anak yang tidak gembira dengan percutian yang diatur. Disini ada berbagai permainan untuk si kecil, si abang dan si kakak. Jangan risau, anda boleh menemani anak-anak bermain tanpa dikenakan bayaran.

Adventure Zone Penang

Tempat permainan seperti ini semakin popular di merata-rata seperti Kidzoona di Aman Central Alor Setar dan cawangan lain di Lembah Kelang. Cuma bezanya permainan yang disediakan, masa yang diperuntukan dan juga bayaran yang dikenakan.

Alamat:
Adventure Zone
Shangri-La Rasa Sayang Resort & Spa
Pantai Batu Ferringhi,
11100 Batu Ferringhi,
Penang

Hubungi:
Tel Pejabat : 04-886 1911
Email : rsr@shangri-la.com
Website : Adventure Zone

Harga tiket:
Harga tiket dan aktiviti.
kanak-kanak : RM33 untuk 2 jam
Dewasa : Percuma

Waktu operasi:

Setiap hari : 10.00 am - 7.00 pm

Meronda dengan beca

Ada dua tempat menarik jika anda ingin mencuba aktiviti meronda dengan beca iaitu di George Town dan Padang Kota Lama. Anda akan dibawa ke tempat-tempat menarik berhampiran dan singgah sebentar untuk melihat apa yang ada sambil pengayuh beca bercerita. Ia bagaikan private tour. Cubalah aktiviti santai ini dan rasai pengalaman yang cukup berbeza.

Beca Penang

Alamat:
Lokasi aktiviti / mendapatkan beca.

  1. George Town, Penang.
  2. Padang Kota Lama, Penang.
  3. Batu Ferringhi, Penang.

Hubungi:
Tel: -
Fax : -
Email : -
Website : -

Harga tiket:
Harga tiket / bayaran untuk satu beca.

Dewasa : RM45 sejam.

Tiket adalah berbeza mengikut lokasi.

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.00 am - 12.00 am

Kesimpulan

Top 10 aktiviti menarik di Penang ini ialah senarai aktiviti paling popular dan seronok untuk dilakukan. Anda tidak akan menjumpai lawatan ke tempat bersejarah, muzium dan sebagainya kerana semua itu ada didalam senarai tempat menarik di Penang. Begitu juga dengan tempat makan, penginapan dan tempat membeli-belah. Semoga artikel ini membantu anda merancang percutian yang menarik. Selamat bercuti!

Artikel berkaitan

Anda perlu tahu tempat menarik di Penang yang mengecewakan 2019.

Pertama kali ke Penang? Lihat Top 10 tempat menarik di Penang untuk dilawati.

Cari cenderahati, barang unik, barangan berjenama? Lihat Top 10 tempat membeli-belah di Penang.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.