Top 10 tempat membeli-belah di Penang

Membeli-belah adalah aktiviti wajib bila anda pergi bercuti. Berikut adalah senarai top 10 tempat membeli-belah di Penang yang popular boleh anda kunjungi. Dari pasar siang hingga ke pasar malam. Dari lorong hingga ke pasaraya.

Senarai ini tidak mengikut kedudukan. Anda boleh memilih lokasi mana yang anda suka. Semuanya ada keistimewaan sendiri.

Lorong Kulit / Rope Walk (Pasar Pagi Stadium Negeri)

Lorong Kulit adalah salah satu tempat membeli-belah unik di Penang. Pasar yang diadakan pada waktu pagi hingga ke tengahari ini cukup popular dikalangan penduduk tempatan.Disini boleh ditemui berbagai barangan terpakai dan baru yang dijual diatas meja atau dilungguk diatas hamparan sahaja. Apa yang menariknya, anda mungkin temui barangan yang tidak disangka-sangka.

Lorong Kulit Pasar Karat Penang

Pasar ini juga dikenali sebagai Pasar Karat dan Rope Walk. Harga barangan di pasar ini tidak tetap. Pandai pujuk silap-silap boleh dapat percuma. Antara barangan yang biasa dijual di Lorong Kulit ialah:

  • Barangan lama / antik
  • Pakaian
  • Kasut
  • Barangan rumah
  • Aksesori peribadi seperti jam, rantai, gelang dan sebagainya.
  • Buah-buahan / jeruk / makanan tempatan

Gerai di pasar Lorong Kulit

Alamat:
Lorong Kulit
625 Jalan Dato Keramat Georgetown,
10460 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel Pejabat : -
Tel Bimbit : -
Email : -
Website : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk:
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Anda perlu membeli tiket parking MBPP.

Waktu operasi:

Setiap hari : 7.00 am - 1.00 pm

Pasar Malam Batu Ferringhi

Pasar malam Batu Ferringhi sangat popular dikalangan pelancong yang datang ke Penang. Ia dibuka dari 7 petang hingga ke tengah malam. Gerai jualan terletak ditepi jalan sepanjang jalan Batu Ferringhi. Puas juga untuk anda habis terokai tempat ini.

Lorong pasar malam Batu Ferringhi

Berbagai barangan dijual seperti pakaian, beg, dan lain-lain. Hampir semuanya adalah baru tetapi ia adalah barangan tiruan. Disebabkan Pasar Malam ini adalah destinasi pelancong, harga yang diletakkan juga agak mahal. Pandai-pandailah anda tawar-menawar.

Gerai di pasar malam Batu Ferringhi

Alamat:
Pasar Malam Batu Ferringhi
11100 Batu Ferringhi,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: -
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : 7.00 pm - 1.00 am

Kedai Jeruk Madu Pak Ali

Jeruk buah-buahan adalah salah satu tarikan unik di Penang. Anda boleh mendapatkan jeruk ini dimana-mana sahaja tetapi lokasi popular pilihan ramai ialah kedai Jeruk Madu Pak Ali. Ia adalah produk muslim dan dijamin halal. Jadi anda tidak perlu merasa ragu-ragu.

Jeruk Madu Pak Ali

Jeruk Madu Pak Ali mempunyai cawangan di merata tempat di Penang. Anda boleh rujuk laman web rasmi untuk melihat semua. Antara lokasi yang boleh dikunjungi di sebelah pulau ialah:

  • Batu Ferringhi
  • Teluk Kumbar
  • Sebelah Pasar Chowrasta
  • Bukit Bendera
  • Balik Pulau

Alamat:
Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd.
Lot 420-421, 652-655,
Kawasan Perindustrian IKS Perda Tasek,
14120 Simpang Ampat,
Seberang Perai Selatan,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel Pejabat : 04-588 3781
Email : pakalifood@gmail.com
Website : Jeruk Madu Pak Ali

Harga tiket:
Tiket masuk tidak dikenakan.
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket

Anda perlu membayar tiket parking MBPP.

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.30 am - 4.30 pm

Pasar Chowrasta

Pasar Chowrasta adalah satu lagi tempat membeli-belah di Penang yang boleh anda kunjungi. Pasar ini telah lama terkenal dikalangan pelancong yang berkunjung ke negeri ini. Konsep perniagaannya adalah seperti di Pekan Rabu di Alor Setar atau Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu. Bezanya, kedai disini lebih teratur dan selesa setelah dinaiktaraf.

Pasar Chowrasta Penang

Ada pasar basah dibahagian bawah, kedai pakaian di tingkat 1 dan 2. Apa yang menarik bagi saya ialah kedai buku terpakai di tingkat 2. Bermacam-macam ada termasuk buku-buku berbahasa Inggeris.

Kedai dalam Chowrasta

Alamat:
Pasar Chowrasta
Lot 26, Jalan Chowrasta,
10100 George Town,
Pulau Pinang.

Hubungi:
Tel: -
Fax : -
Email : -
Website : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk tidak dikenakan.
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Bayaran letak kereta dikenakan.

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.30 am - 6.00 pm

KOMTAR

KOMTAR Penang cukup terkenal dengan taman tema The Top. Sebenarnya bangunan tertinggi di Penang ini turut menempatkan kompleks membeli-belah yang menarik untuk dikunjungi. Malah ia pernah menjadi destinasi membeli-belah paling popular suatu masa dulu.

KOMTAR Penang

Antara yang menarik disini ialah ICT Digital Mall dimana berbagai barangan komputer, telefon dan aksesori dijual. Manakala kedai-kedai lain seperti butik pakaian juga menawarkan berbagai jenis pakaian dengan harga yang agak murah. Malah dari sini anda boleh ke dua lagi pasaraya terkenal iaitu Prangin Mall dan 1st Avenue.

Alamat:
KOMTAR
Lebuh Tek Soon,
10100 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel Pejabat : -
Tel Bimbit : -
Email : -
Website : -

Harga tiket:
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : 10.00 am - 10.00 pm

1st Avenue Mall

1st Avenue Mall ialah kompleks membeli-belah yang terletak berhampiran Komtar. Malah kedua-dua kompleks ini berhubung dengan laluan jambatan. Beberapa jenama fesyen terkini, produk kecantikan, pakaian sukan dan lain-lain boleh ditemui disini.

Colourful Building 1St Avenue - panoramio

Selain itu, Parkson turut membuka cawangan di 1st Avenue. Selesai membeli-belah, anda boleh menjamu selera atau menonton wayang di TGV Cinemas yang berada di tingkat 8.

Alamat:
1st Avenue Mall
128, Jalan Magazine,
10300 George Town,
Penang

Hubungi:
Tel Pejabat : 04 261 1121
Email : info.1a@asiamalls.com.my
Website : 1st Avenue Mall

Harga tiket:
Tiket masuk tidak dikenakan.
Dewasa/kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Anda perlu membayar tiket parking.

Waktu operasi:

Setiap hari : 10.00 am - 10.00 pm

Gurney Paragon Mall

Gurney Paragon Mall adalah kompleks membeli-belah 9 tingkat yang terletak di Persiaran Gurney. Ia adalah pasaraya untuk golongan atasan. Jika anda mencari barangan berkualiti tinggi, bolehlah berkunjung ke sini. Terdapat beberapa kedai jenama antarabangsa seperti Cotton On, Kate Spade New York, Debenhams, H&M dan banyak lagi.

Gurney Paragon Penang

Alamat:
Gurney Paragon Mall
163-D, Persiaran Gurney,
10250 George Town,
Penang

Hubungi:
Tel: 04-2288 266
Email : gp_feedback@hunzagroup.com
Website : Gurney Paragon Mall

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk.
Dewasa / Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : 10.00 am - 10.00 pm

Gurney Plaza

Gurney Plaza terletak bersebelahan Paragon Mall. Ia cukup popular dikalangan pelancong. Banyak kedai jenama terkenal dalam dan luar negara ada disini. Jika anda ingin mencari gitar, amplifier atau barang muzik luar negeri, disinilah tempatnya. Begitu juga dengan perfume jenama antarabangsa.

Gurney Plaza Penang

Alamat:
Gurney Plaza
170, Persiaran Gurney,
10250 George Town,
Penang

Hubungi:
Tel. Customer Service : 04 -2228111
Email : gurneyplaza@capitaland.com
Website : Gurney Plaza

Harga tiket:
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Anda perlu membayar tiket parking.

Waktu operasi:

Setiap hari : 10.00 am - 10.00 pm

Queensbay Mall

Kompleks membeli-belah yang sangat besar terletak bertentangan dengan Pulau Jerejak. Seperti pasaraya besar lain, terdapat kedai berbagai jenama, tempatan dan luar negara. Pengunjung boleh membeli-belah sampai lebam, makan di restoran atau food court dan kemudian tengok wayang. Selesai semua boleh balik dengan senang hati.

Queensbay Mall

Jika datang ke Queensbay Mall bulan 12 mungkin anda berpeluang merasa suasana musim salji seperti gambar dibawah. Walau bagaimanapun ia bergantung pada mood pihak pengurusan disini.

Queensbay Mall Penang

Alamat:
Queensbay Mall
100, Persiaran Bayan Indah,
11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel Pejabat : 04-619 8989
Kaunter maklumat : 04-646 8888
Email : talk2us@queensbaymall.com.my
Website : Queensbay Mall

Harga tiket:
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Anda perlu membayar tiket parking.

Waktu operasi:

Setiap hari : 10.30 am - 10.30 pm

Design Village Outlet Mall

Design Village Outlet Mall adalah tempat membeli-belah di Penang yang masih baru dan sangat popular. Jika anda pernah berkunjung ke Johor Premium Outlet, ia adalah serupa. Konsep yang sama dengan bangunan setingkat dan pengunjung perlu berjalan dikaki lima bangunan untuk ke setiap kedai yang ada.

Design Village Mall

Kawasannya sangat luas iaitu 24 ekar dan jumlah kedai yang ada ialah 150 buah. Kedai pakaian, perfume, sukan dan bermacam-macam lagi boleh ditemui. Berbagai jenama antarabangsa dan dalam negeri mempunyai kedai masing-masing. Anda boleh rujuk laman web rasmi untuk maklumat lanjut.

Design Village Outlet Mall

Alamat:
Design Village Outlet Mall
733, Jalan Cassia Barat 2,
14110 Bandar Cassia,
Penang

Hubungi:
Tel Pejabat : 04-5899888
Email : sayhello@designvillage.today
Website : Design Village Outlet Mall

Harga tiket:
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Anda perlu membayar tiket parking.

Waktu operasi:

Setiap hari : 11.00 am - 10.00 pm

Kesimpulan

Membeli-belah adalah aktiviti yang menyeronokkan. Dengan senarai top 10 tempat membeli-belah di Penang ini, anda boleh shopping sepuas hati. Paling tidak pun, jalan-jalan cuci mata. Beberapa tempat seperti kompleks membeli-belah juga menarik untuk dikunjungi waktu malam.

Artikel berkaitan

Mana nak Pergi? Lihat top 10 tempat menarik di Penang untuk dilawati.

Apa nak buat di Penang? Lihat top 10 aktiviti menarik di Penang.

Ulasan jujur tentang tempat menarik di Penang yang mengecewakan 2019.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.