Top 10 tempat menarik di Penang untuk dilawati

Berikut merupakan 10 tempat menarik di Penang terbaik untuk dilawati jika anda merancang untuk bercuti ke sini. Semua destinasi ini sesuai dikunjungi bersama keluarga, kawan-kawan atau rombongan. Ia tidak memerlukan kos yang tinggi malah beberapa lokasi tidak mengenakan tiket atau bayaran masuk.

1- Bukit Bendera

Bukit Bendera adalah destinasi pelancongan paling popular di Penang. Ia merupakan kawasan peranginan tanah tinggi yang dibangunkan oleh British pada zaman penjajahan dahulu. Beberapa peninggalan sejarah masih dapat dilihat disini termasuk keretapi kabel yang terkenal itu.

Bukit Bendera Penang

Antara aktiviti dan tarikan yang ada ialah:

  • Melihat pemandangan Pulau Pinang dari tempat tinggi.
  • Meronda dengan buggy.
  • Melawat tempat menarik yang ada dipuncak bukit.
  • Makan minum.
  • Bergambar.

Alamat:
Perbadanan Bukit Bendera
Jalan Stesen Bukit Bendera, Air Itam,
11500 Pulau Pinang,
Malaysia

Hubungi:
Tel Pejabat : 04-8288880, 04-8288839
Email : inquiries@penanghill.gov.my
Website : Bukit Bendera

Harga tiket:
Harga tiket keretapi kabel.
Dewasa : RM10
Kanak-kanak : RM6

Waktu operasi:

Setiap hari : 6.30 am - 9.45 pm

Maklumat lanjut lihat artikel Bercuti ke Bukit Bendera

2- Taman Rimba Teluk Bahang

Taman Rimba Teluk Bahang adalah salah satu tempat menarik di Penang yang terawal dibangunkan. Ia popular sebagai destinasi rombongan sejak berpuluh tahun dahulu. Tempat ini masih dijaga dengan baik, bersih dan tiada lagi monyet yang berkeliaran mengganggu pengunjung.

Taman Rimba Teluk Bahang

Tarikan utama tempat ini ialah mandi-manda. Walaupun tiada air terjun yang cantik, beberapa buah kolam dibina di sungai (jeram) yang mengalir dari bukit. Jika anda membawa anak-anak bercuti, taman rimba ini adalah destinasi mesti singgah.

Tarikan dan aktiviti lain yang ada disini ialah:

  • Muzium perhutanan
  • Mengambil gambar
  • Perkhemahan

Alamat:
Taman Rimba Teluk Bahang
11050 Teluk Bahang,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: 04-8851280
Email : jhnpp@penang.gov.my

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.00 am - 6.00 pm

Untuk maklumat lanjut, sila lawati halaman Taman Rimba Teluk Bahang.

3- Padang Kota Lama

Padang Kota Lama atau dikenali sebagai Esplanade telah mengalami perubahan yang agak ketara berbanding dahulu. Kawasan gerai makan telah dipindahkan ke lokasi baru dihujung pantai.Sekarang ia menjadi kawasan lapang sesuai untuk pengunjung bersiar-siar, bersantai melihat pemandangan menarik sambil dihembus angin laut.

Padang Kota Lama

Banyak tarikan ada dikawasan berhampiran seperti Muzium 3D, Gold Museum dan Tunnel Museum dimana anda hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke destinasi. Selain itu, anda boleh dapatkan beca untuk meronda kawasan sekitar. Jujur, anda perlu cuba sekali private tour ini.

Antara aktiviti dan tarikan lain yang ada dikawasan Padang Kota Lama ialah:

  • Bangunan Majlis Bandaraya Pulau Pinang
  • Padang Kota Lama Food Court (Kedai makanan halal dibelakang)
  • Esplanade food court
  • Pameran Muzium Negeri dan Balai Seni Lukis sementara
  • Queen Victoria Memorial Clock Tower

Alamat:
Esplanade
Padang Kota Lama,
10200 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel Pejabat : -
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : 7.00 am - 1.00 am

Maklumat lanjut lihat artikel Padang Kota Lama - Panduan 2019

4- Fort Cornwallis

Kota pertahanan sejarah peninggalan Francis Light. Jika selama ini anda tertanya-tanya apa ada dalam kawasan tembok tinggi ini, masuk sahaja. Ia adalah pengalaman menarik melihat keadaan sebenar kota di zaman dahulu.

Fort Cornwallis

Beberapa artifek dan warisan peninggalan sejarah ada dalam Fort Cornwallis seperti meriam, stor serbuk senjata api, berek dan chapel serta rumah api.

Alamat:
Fort Cornwallis
Jalan Tun Syed Sheh Barakbah,
George Town,
10200 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel Pejabat : 04-263 9855
Email : theesplanadepark@gmail.com
Website : The Esplanade Park

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : RM10
Kanak-kanak : RM5

Waktu operasi:

Setiap hari : 9.00 am - 10.00 pm

Untuk maklumat lanjut, lihat artikel Fort Cornwallis Pulau Pinang.

5- Muzium Perang

Jika Fort Cornwallis dibina diawal penjajahan Pulau Pinang, Muzium Perang ini pula dibina British bagi mempertahankan Pulau Pinang dari serangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua. Terletak diatas bukit di Batu Maung, muzium ini adalah kubu pertahanan sebenar yang agak menakutkan.

Muzium Perang

Tempat ini memang sangat menarik. Pengunjung dapat melihat susun-atur, binaan dan  keadaan asal kubu perang sebagaimana ia dibina, kemudian diambil-alih oleh Jepun pula.

Alamat:
Muzium Perang Pulau Pinang
No Lot 1350, Mukim 12,
11960 Batu Maung,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel : 04 626 5142
Mobile : 016-421 3606, 012-6360659
Email : penangwarmuseum@yahoo.com

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : RM20
Kanak-kanak : RM10

Waktu operasi:

Setiap hari : 9.00 am - 6.00 pm

Maklumat lanjut lihat artikel Muzium Perang Pulau Pinang.

6- Pantai Batu Ferringhi

Pantai Batu Ferringhi ialah destinasi popular untuk mandi laut di Penang. Ramai keluarga berkunjung kesini pagi dan petang untuk menggembirakan hati anak-anak. Anda juga perlu singgah ke pantai ini jika bercuti.

Pantai Batu Ferringhi

Bukan hanya mandi laut, Batu Ferringhi mempunyai berbagai tarikan lain seperti:

  • Parasailing
  • Jet Ski
  • Banana Boat
  • Big Donut
  • Pasar Malam

Alamat:
Batu Ferringhi
11100 Batu Ferringhi,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: -
Email : -

Tidak perlu hubungi sesiapa.

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : 7.00 am - 1.00 am

Maklumat lanjut lihat artikel Bercuti di Batu Ferringhi.

7- Taman Negara Pulau Pinang

Taman Negara Pulau Pinang mempunyai beberapa tarikan yang pelancong tempatan sering terlepas pandang. Disini terdapat Pantai Kerachut, Teluk Kampi dan Sungai Tukun yang sangat menarik. Jika ingin meneroka alam semulajadi, anda boleh trekking. Berbagai spesis binatang liar serta flora dan fauna boleh ditemui.

Taman Negara Pulau Pinang

Jika tidak ingin merentas hutan, anda boleh ke tempat-tempat menarik di Taman Negara  dengan bot. Cruise pakej ada disediakan dikawasan pejabat Taman Negara dan LKIM Teluk Bahang yang terletak bersebelahan.

Alamat:
Pejabat Taman Negara Pulau Pinang,
Jalan Hassan Abbas,
11050 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel Pejabat : 04-881 3530, 04-881 3500
Email : tnpp@wildlife.gov.my

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Berbagai aktiviti dan pakej ditawarkan.

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.00 am - 5.00 pm

8- Rumah P Ramlee

Rumah kelahiran P Ramlee ini terletak dalam satu kawasan kompleks yang agak luas. Pengunjung boleh melawat rumahnya yang sederhana tetapi cantik. Beberapa barangan peninggalan Allahyarham juga dipamerkan. Disini juga terdapat sebuah galeri yang mempamerkan berbagai maklumat berkaitan P Ramlee, kerjaya beliau dalam bidang seni, gambar-gambar lama dan lain-lain lagi.

Rumah Kelahiran P Ramlee

Alamat:
Rumah Kelahiran P.Ramlee
Lot 2180, Jalan P. Ramlee,
Taman P. Ramlee,
10460 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel Pejabat : 04-281 7484
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Selasa - Ahad : 9.00 am - 5.00 pm
Isnin : Tutup

Maklumat lanjut lihat artikel Melawat rumah P Ramlee.

9- Taman Botanikal

Taman Botanikal ialah satu tempat menarik di Penang yang telah lama terkenal dikalangan pelancong. Pengunjung boleh bersiar-bersiar atau beriadah mengeluarkan peluh. Lanskap disini sangat cantik dan sesuai untuk bergambar. Ada air terjun. Monyet juga banyak berkeliaran.

Botanical Garden Penang

Jika anda minat membeli pokok herba, ada Mahkota Dewa, Tongkat Ali, Janggut Adam, Misai Kucing dan bermacam-macam lagi dijual disini.

Botanical Garden

Alamat:
Botanical Garden
Jalan Kebun Bunga,
10350 George Town,
Penang

Hubungi:
Tel : 04-227 0428
Fax: +604-228 6075
Email : botani@penang.gov.my

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.00 am - 5.00 pm

10- Penang Aquarium Batu Maung

Tempat menarik di Penang yang agak kurang mendapat perhatian sewajarnya ialah Penang Aquarium Batu Maung. Ia adalah destinasi menarik untuk dikunjungi lebih-lebih lagi jika anda membawa anak-anak bercuti. Berbagai pameran hidupan laut disediakan untuk pengunjung bukan setakat spesis ikan sahaja.

Akuarium Batu Maung

Tidak perlu membandingkannya dengan Underwater World. Dengan bayaran tiket yang murah, tempat ini harus ada dalam senarai destinasi lawatan anda.

Penyu di Akuarium Batu Maung

Alamat:
Penang Aquarium Batu Maung
Jalan Batu Maung,
11960 Bayan Lepas,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: 04-626 3925
Fax : -
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : RM5
Kanak-kanak : RM2

Waktu operasi:

Setiap hari : 10.00 am - 5.00 pm

Kesimpulan

Dalam kepesatan pembangunan industri pelancongan di Penang, ramai seolah terlupa pada pelancong tempatan dan sensitiviti dalam beberapa perkara. Bagi saya 10 tempat menarik diatas adalah yang terbaik kita boleh lawati di Penang. Baik dari segi makna atau kos harga tiket yang munasabah, ia tetap terbaik. Apa yang paling penting tujuan bercuti itu sendiri tercapai.

Anda rasa senarai diatas tidak memuaskan?

Artikel berkaitan

Anda mungkin berminat mengetahui tempat menarik di Penang yang mengecewakan 2019

Apa nak buat bila bercuti di Penang? Lihat top 10 aktiviti menarik di Penang.

Cari cenderahati, barang unik, barangan berjenama? Lihat Top 10 tempat membeli-belah di Penang.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.