Trick Art Museum - Muzium 3D di Penang

Jika anda seorang peminat seni lukis, Penang adalah lokasi pelancongan yang harus anda kunjungi. Terdapat beberapa destinasi menarik yang memaparkan hasil seni mengagumkan dan menjadi tarikan pengunjung yang bercuti ke pulau mutiara. Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi satu tempat menarik untuk dilawati iaitu Muzium 3D Penang, Trick Art Museum yang cukup terkenal.

Nota: Untuk melihat tempat menarik di lokasi lain di Penang, sila lawati halaman Senarai tempat menarik di Penang untuk dilawati.

Trick Art Museum Penang.

Lokasi dan waktu operasi

Muzium 3D Penang terletak di Lebuh Penang, tidak jauh dari Padang Kota Lama. Jika anda ingin mengunjungi muzium ini, anda boleh meletak kenderaan dikawasan Padang Kota dan berjalan kaki ke sana. Dari Padang Kota, anda perlu menyeberang jalan utama menuju ke bangunan Chinese Chamber of Commerce. Trick Art Museum terletak selang beberapa pintu di jalan Lebuh Penang.

Alamat:
Penang 3D Trick Art Museum
10, Lebuh Penang,
George Town,
10200 Pulau Pinang

Tel : +604 263 1628

Waktu operasi:
Isnin - Jumaat : 9 pagi - 6 petang.
Sabtu dan Ahad : 9 pagi - 8 malam.

Harga tiket

Tiket untuk memasuki muzium 3D Penang boleh didapati di kaunter tiket Trick Art Muzium. Harga tiket untuk pemegang mykad ialah:

Dewasa (13 tahun dan keatas) : RM15
Kanak-kanak/Pelajar/Warga emas : RM10

Tanpa mykad:

Dewasa (13 tahun dan keatas) : RM25
Kanak-kanak/Pelajar/Warga emas : RM15

Trick Art Museum

Penang Trick Art Muzium ini terbahagi kepada dua tingkat. Banyak gambar-gambar menarik yang dilukis disetiap dinding muzium disetiap tingkat. Disesetengah gambar terdapat patung, barangan, peralatan dan sebagainya digunakan bagi memenuhi tema lukisan tersebut. Anda boleh melihat beberapa gambar menarik yang sempat kami rakamkan semasa mengunjungi muzium ini.

Gambar suasana kampung.

Apabila melangkah masuk ke Muzium 3D Penang, pengunjung akan bermula dari tingkat bawah. Gambar yang mula-mula sekali anda akan nampak ialah sebuah kampung yang cantik. Ada batang pokok kelapa menghiasi halaman rumah. Anda boleh bergaya dibelakang batang kelapa bagi menimbulkan lagi kesan 3D apabila mengambil gambar.

Kanak-kanak bermain guli.

Selain itu ada beberapa gambar lain digaleri ini seperti halaman rumah dimana kanak-kanak bermain gasing. Ada juga yang sedang bermain guli. Terdapat beberapa patung kanak-kanak, guli dan juga gasing yang menampakkan suasana 3D lebih realistik.

Orang menarik beca.

Melangkah ke ruang Muzium 3D Penang yang seterusnya pengunjung akan melihat beberapa lukisan 3D lagi seperti keretapi kabel Bukit Bendera, orang menarik beca dan bas lama. Namun yang paling menarik ialah tikar terbang seperti gambar dibawah.

Tikar terbang.

Perjalanan lebih jauh ke ruang muzium akan menemukan anda dengan sebuah bilik ajaib. Untuk melihat keajaiban yang dalam bilik ini memerlukan dua orang peserta. Seorang yang agak besar berdiri dipenjuru kanan dan seorang yang lebih kecil dipenjuru kiri. Ambil gambar ditempat yang disediakan. Hasilnya lihat gambar yang menakjubkan ini.

Gergasi.

Ada lagi gambar menarik untuk pengunjung beraksi didalam Muzium 3D Penang. Antaranya ialah seperti gambar dibawah.

Teh tarik.

Jerung memecah cermin kapal selam, barangkali.

Jerung ganas memecah cermin.

Disini juga ada satu lorong yang gelap dan menyeramkan. Bila anda mengambil gambar, akan terlihat rangka manusia dibelakang yang menakutkan.

Lorong yang menyeramkan.

Ditingkat atas Muzium 3D Penang menawarkan banyak lagi gambar menarik yang mengagumkan. Pengunjung boleh menaiki tangga yang terletak di hujung muzium. Apabila tiba diatas, anda akan melalui red carpet dan ramai jurugambar serta peminat yang mengambil gambar anda.

Dihujung red carpet terdapat ruang yang luas dan mempunyai banyak gambar menarik. Anda mungkin sukar mengambil gambar jika terlalu ramai pengunjung yang lalu-lalang. Gambar berikut ialah antara yang mengagumkan yang sempat kami rakam, Jin Aladdin.

Jin Aladdin.

Di muzium 3D Penang ini juga ada Jurassic Park. Lihat T-Rex yang mengejar pengunjung ini.

Dinasour Jurassic Park.

Lipan gergasi yang memecahkan dinding bersedia untuk menangkap anda.

Lipan gergasi memecah dinding.

Ular besar yang bersedia untuk membaham mangsa.

Ular besar makan orang.

Pengunjung juga boleh bermain luncur salji ditingkat atas muzium 3D Penang.

Luncur salji dalam Trick Art Museum.

Bilik graviti dibawah kelihatan begitu mengagumkan. Bagi anda yang belum pernah ke Trick Art Museum pasti tertanya-tanya bagaimana terjadi begitu. Anda perlu datang sendiri dan lihat trick yang digunakan.

Bilik rendah graviti.

Melawat Muzium 3D Penang ini memang sangat menyeronokkan. Lukisan 3D yang ada disini juga menarik. Jika ingin lebih seronok, datang bersama rakan-rakan yang sporting untuk bergaya dan berlakon bila bergambar. Anda juga boleh membawa keluarga. Tips posing untuk setiap gambar dan sudut untuk mengambil gambar juga disediakan. Yang paling penting, anda jangan lupa membawa kamera jika ingin ke Trick Art Museum!

Comments

1

Assalammualaikum wbt
Selalu jugak p penang tp xberkesempatan nk p tpt ni. .selain lukisan 3d dlm gbr tu..ad lg lukisan 3d yg lain?

Add new comment