Pulau-pulau di Malaysia yang menarik untuk percutian

Malaysia mempunyai banyak pulau yang cantik dan menjadi tumpuan pelancong. Malah coral dan hidupan laut yang terdapat di beberapa buah pulau di negara ini adalah antara yang tercantik di dunia. Jika anda belum pernah menikmati percutian pulau, cubalah kerana anda tidak perlu pergi jauh dan percutian ke pulau juga tidak memerlukan kos yang besar. Bagi pengunjung yang mencari destinasi pulau-pulau untuk percutian, disini kami senaraikan pulau di malaysia yang cukup menarik untuk anda.

Pulau Langkawi, Kedah

Pulau Langkawi adalah destinasi percutian yang tidak asing lagi. Salah sebuah pulau menarik di Malaysia, Langkawi adalah sebahagian dari negeri Kedah dan terletak berhampiran negeri Perlis. Pengunjung boleh menaiki kapal terbang terus ke pulau Langkawi atau menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis, Kuala Kedah atau Pulau Pinang. Langkawi adalah sebuah pulau yang agak besar dan mempunyai kemudahan jalanraya yang baik. Terdapat banyak tempat penginapan untuk pelancong seperti hotel. resort dan homestay. Berbagai aktiviti pelancongan disediakan untuk pengunjung. Antara aktiviti menarik di Pulau Langkawi ialah:

  1. Mengunjungi pantai dan pulau yang cantik.
  2. Melawat tempat bersejarah.
  3. Membeli-belah kerana pulau Langkawi adalah pulau bebas cukai.

Lihat artikel: Senarai tempat menarik untuk bercuti di Langkawi untuk maklumat lanjut.

Pantai menarik di Pulau Langkawi.

Taman Laut Pulau Payar di Kedah juga sangat cantik dan menarik. Ia adalah taman laut terbaik di pantai barat semenanjung Malaysia untuk aktiviti menyelam melihat keindahan batu karang dan hidupan laut. Tetapi kerana tiada penginapan disediakan di pulau tersebut, maka kami tidak memasukkannya sebagai salah sebuah pulau percutian di Malaysia. Pengunjung yang ingin ke pulau ini boleh mengambil pakej dari operator pelancongan di Langkawi atau Kuala Kedah.

Pulau Pangkor, Perak

Pulau menarik di Malaysia yang kedua ialah Pulau Pangkor. Ia merupakan sebuah pulau destinasi percutian yang paling popular di negeri Perak. Pulau ini terkenal dengan pantai yang cantik, air yang jernih dan sesuai untuk mandi-manda. Pulau Pangkor lebih kecil dari Pulau Langkawi tetapi faktor tarikan pelancong hampir sama. Jika Pulau Langkawi terkenal dengan lagenda, Pulau Pangkor pula terkenal dengan kesan sejarah peninggalan Belanda yang pernah menduduki pulau ini suatu masa dahulu. Pulau Pangkor mempunyai banyak resort dan chalet menarik yang tersedia menanti kehadiran pelancong. Antara aktiviti pelancongan di pulau ini ialah:

  1. Banyak pantai dan pulau yang cantik untuk mandi, snorkeling dan bersantai menikmati keindahan alam.
  2. Tempat bersejarah untuk dilawati.
  3. Aktiviti water sport seperti berkayak, snorkeling dan scuba diving.

Maklumat lanjut lihat Pulau Pangkor - Tempat menarik, aktiviti dan percutian.

Pulau Pangkor destinasi percutian popular.

Pulau Perhentian, Terengganu

Pulau Perhentian merupakan satu lagi destinasi percutian pulau yang paling popular di Malaysia. Ia terletak di Terengganu. Pulau Perhentian terdiri dari dua buah pulau utama iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Pengunjung yang ingin bercuti ke Pulau Perhentian Besar boleh mengambil pakej yang banyak disediakan oleh resort-resort yang terdapat disana. Apa yang lebih menarik, pelancong juga boleh terus ke Pulau Perhentian walaupun tidak menempah pakej dan mendapatkan penginapan secara 'walk in' di Pulau Perhentian Kecil. Segala aktiviti pelancongan boleh didapati dari pengusaha chalet di pulau tersebut.

Seperti juga pulau-pulau pelancongan lain, Pulau Perhentian sangat cantik. Pantai-pantainya bersih, air laut yang jernih dan mempunyai coral dan hidupan laut yang sangat menarik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang percutian di Pulau Perhentian ialah:

  1. Mandi laut.
  2. Snorkeling.
  3. Memancing.
  4. Island cruises

Lihat artikel: Bercuti ke Pulau Perhentian untuk maklumat lanjut.

Pulau Perhentian mempunyai air laut yang jernih.

Pulau Kapas, Terengganu

Pulau Kapas, Terengganu adalah antara pulau di malaysia yang sangat cantik dan merupakan pulau percutian yang telah lama terkenal kerana mempunyai pantai yang sangat cantik. Pasirnya berwarna putih seperti kapas, air lautnya pula jernih dan mempunyai hidupan laut yang sangat menarik. Pulau Kapas merupakan destinasi percutian yang sempurna bagi mereka yang ingin keluar dari kesibukan dan hiruk-pikuk kotaraya. Keindahan dan kedamaian disana pasti memberi ketenangan kepada para pengunjung. Antara yang menarik di Pulau Kapas ialah:

  1. Hutan tropika yang belum tercemar sesuai untuk aktiviti jungle trekking sambil melihat berbagai flora dan fauna yang ada.
  2. Air laut yang jernih dan laut yang kaya dengan coral dan hidupan laut yang sangat cantik sangat sesuai untuk snorkeling dan scuba diving.
  3. Berbagai aktiviti menarik boleh dilakukan seperti aktiviti sukan pantai, berkayak di laut dan memancing.

Lihat artikel: Bercuti ke Pulau Kapas, Terengganu untuk maklumat lanjut.

Pulau Kapas antara destinasi percutian pulau terkenal di Malaysia.

Pulau Redang, Terengganu

Pulau menarik di Malaysia yang seterusnya ialah Pulau Redang iaitu sebuah lagi pulau pelancongan yang popular terletak di Terengganu. Ia telah lama terkenal dan lebih maju serta membangun dalam sektor pelancongan berbanding Pulau Perhentian. Semua kemudahan penginapan untuk pelancong adalah berasaskan resort. Enam resort terletak di pantai terpanjang yang terdapat di Pulau Redang iaitu Pantai Pasir Panjang. Manakala resort-resort lain terdapat di pantai Teluk Dalam dan Teluk Kalong.

Selain tarikan pantainya yang cantik, landai dan berpasir halus, air laut dikeliling Pulau Redang sangat jernih dan mempunyai hidupan laut serta coral yang cukup menarik. Keistimewaan lain yang ada di Pulau Redang dan aktiviti yang boleh dilakukan ialah:

  1. Kawasan penyu bertelur. Pengunjung boleh melihat penyu bertelur jika bernasib baik.
  2. Berjalan dan merentas hutan melihat tempat-tempat menarik sekitar Pulau Redang.
  3. Snorkeling di beberapa kawasan menarik yang ada di Pulau Redang.

Lihat artikel: Bercuti di Pulau Redang untuk maklumat lanjut.

Pulau Redang adalah pulau yang sangat cantik dan mempunyai air laut yang sangat jernih.

Pulau Tioman, Pahang

Satu-satunya pulau menarik di Malaysia yang terletak di negeri Pahang. Pulau Tioman terletak di perairan pantai Pahang bersempadan dengan Johor. Pulau yang telah lama terkenal dan menjadi lokasi percutian pelancong dari luar negara ini tidak perlu disangsikan lagi akan kecantikannya terutama pantai dan air lautnya yang jernih. Pulau Tioman sesuai dijadikan destinasi percutian kerana terdapat banyak resort menarik dan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bagi mengisi percutian anda. Malah di Pulau Tioman juga terdapat banyak resort dan chalet yang menawarkan harga murah untuk penginapan pelancong.

Selain berehat dan bersantai melihat keindahan pantai, ada banyak aktiviti pelancongan yang boleh dilakukan sepanjang percutian di Pulau Tioman, Pahang seperti:

  1. Mandi laut dan snorkeling.
  2. Jungle trekking.
  3. Memanjat cerun.

Lihat artikel: Bercuti di Pulau Tioman, Pahang untuk maklumat lanjut.

Pulau Tioman adalah pulau percutian yang sangat menarik.

Pulau Sibu, Johor

Pulau Sibu adalah salah satu destinasi pelancongan di Johor. Terletak berhampiran Mersing, Pulau Sibu terdiri dari empat buah pulau yang cantik iaitu Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujung. Kebanyakan resort terletak di Pulau Sibu Besar. Tidak seperti Pulau Perhentian, feri ke Pulau Sibu disediakan khas oleh resort-resort disana. Jadi pengunjung perlu mengambil pakej pelancongan dari mana-mana resort untuk bercuti di pulau ini.

Aktiviti pelancongan utama di Pulau Sibu ialah sukan air atau water sport seperti snorkeling dan scuba diving. Namun terdapat juga aktiviti lain untuk pengunjung seperti:

  1. Jet ski.
  2. Island hopping.
  3. Jungle trekking.

Lihat artikel: Pulau Sibu destinasi percutian menarik di Johor untuk maklumat lanjut.

Pemandangan pantai Pulau Sibu yang bersih dan cantik.

Pulau Aur, Johor

Sebuah lagi pulau menarik di luar pantai Mersing. Pulau Aur merupakan destinasi popular bagi para penyelam scuba kerana disini terdapat berbagai spesis seperti barakuda, pari, penyu, jerung dan lain-lain lagi. Air lautnya lebih jernih dan sesuai untuk snorkeling. Walau bagaimanpun tidak terdapat banyak resort di pulau ini. Kebanyakan pelancong yang bercuti di Pulau Aur adalah penyelam scuba. Pakej Pulau Aur secara berkumpulan boleh didapati dari:

  1. Dayang Blues Resort, Pulau Aur.
  2. Bluewater Resort, Pulau Aur.
  3. Atlantis Bay Resort, Pulau Aur.
  4. Diver's Lodge, Pulau Aur.
  5. Aur Sebukang Bay Homestay, Pulau Aur.

Pulau Aur mempunyai air yang sangat jernih dan terdapat coral dan hidupan laut yang menarik.

Sabah juga terkenal dengan pulau-pulau cantik yang mempunyai coral serta pemandangan dasar laut yang sangat menarik. Kami akan cuba memasukkan pulau-pulau menarik di Sabah seperti Pulau Mabul, Pulau Lankayan, Taman Laut Tunku Abdul Rahman dan lain-lain nanti.

Setakat ini dahulu senarai pulau-pulau di Malaysia yang menjadi destinasi percutian popular pelancong dari dalam dan luar negara. Kami akan sentiasa mengemas-kini halaman ini dan memasukkan maklumat berkaitan percutian pulau agar menjadi panduan dan rujukan pengunjung. Sekiranya anda ingin berkongsi pengalaman percutian anda ke pulau menarik di Malaysia, sila komen dibawah.

Lokasi