Senarai tempat menarik di Putrajaya

Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah pusat pentadbiran kerajaan Malaysia. Ia lebih dikenali dengan nama Putrajaya. Lokasinya terletak didalam Negeri Selangor dalam Daerah Sepang. Kedudukan Putrajaya adalah berhampiran dengan Kajang, Bangi dan Serdang. Putrajaya adalah lokasi pelancongan yang terkenal dan salah satu destinasi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Kawasan-kawasan di dalam Putrajaya di bahagikan dan dinamakan sebagai Presint.

Tempat menarik di Putrajaya yang boleh dilawati ialah:

  • Masjid Putra - Lokasi menarik ditepi tasik. Rekabentuk masjid yang sangat cantik. Sentiasa dikunjungi pelancong diwaktu siang dan juga malam.
  • Perkarangan Masjid Putra - Taman yang cantik. Salah satu tempat menarik di Putrajaya yang menjadi lokasi pengunjung berehat dan bersantai bersama keluarga di waktu malam pada hari minggu atau cuti sekolah.
  • Masjid Sultan Zainal Abidin - Juga dikenali dengan nama Masjid Besi. Masjid ini mempunyai rekabentuk menarik dan senibina yang mengagumkan.
  • Kelab Tasik Putrajaya - Tempat menarik di Putrajaya ini mempunyai restoran-restoran dengan pemandangan indah di tepi tasik.
  • Jambatan Putrajaya - Terdapat banyak jambatan-jambatan yang sangat menarik di Putrajaya dengan rekaan tersendiri. Pengunjung boleh melihat atau mengambil gambar keunikan jambatan-jambatan tersebut dari taman yang terdapat di hujung setiap jambatan.
  • Taman Saujana Hijau, Presint 11.
  • Pejabat Perdana Menteri - Bangunan menarik yang terletak di atas bukit ini adalah berhampiran Masjid Putra.
  • Putrajaya International Convention Centre (PICC).
  • Cruise Tasik Putrajaya.
  • Taman Warisan Pertanian.
  • Taman Wetland.

Masjid Putra di Putrajaya.

Keterangan gambar: Masjid Putra mempunyai rekaan bangunan yang unik dan menarik dipinggir tasik dan dihadapannya ada taman yang menarik.

Bangunan Putra Perdana.

Keterangan gambar: Bangunan Putra Perdana adalah pejabat Perdana Menteri dan terletak berhampiran Masjid Putra.

Masjid Sultan Zainal Abidin atau Masjid Besi.

Keterangan gambar: Masjid Sultan Zainal Abidin adalah masjid kedua di Putrajaya.

Bangunan Putrajaya International Convention Center (PICC).

Keterangan gambar: Putrajaya International Convention Center (PICC) ini terletak diatas bukit paling hujung bertentangan dengan Bangunan Putra Perdana.

Jambatan Seri Wawasan di Putrajaya.

Keterangan gambar: Jambatan Seri Wawasan adalah satu daripada jambatan-jambatan menarik yang ada di Putrajaya.

Tempat Makan Yang Menarik Di Putrajaya:

  • AYER@8 - Bangunan lot kedai yang mempunyai beberapa restoran masakan tempatan dan juga luar.
  • Food Court Presint 8 - Medan Selera yang menjual berbagai jenis makanan tempatan.
  • Selera Laman Perdana Presint 1 - Medan selera berkonsep outdoor-cafe dengan 8 unit kios F&B yang menawarkan pelbagai hidangan menarik.
  • Umai Cafe The Lake Garden cafe - Menyediakan pelbagai masakan panas dan masakan kampung serta masakan thai.
  • Galeria PJH - Terdapat restoran makanan tempatan dan luar seperti Secret Recepi, Subway dan lain-lain.
  • Putrajaya Seafood Restaurant - Restoran menarik yang terletak di tepi tasik Putrajaya dan kehijauan hutan Taman Botani.
  • Selera Putra - Terletak berhampiran Masjid Putra, Selera Putra adalah medan selera yang mempunyai berbagai restoran seperti nasi kandar, mee, nasi ayam, dan lain-lain.
  • Ikan Bakar Seri Empangan Putrajaya - Kedai makan yang menghidangkan makanan berasaskan hidupan laut yang segar dengan harga yang berpatutan

Tempat Membeli Belah Di Putrajaya:

  • Alamanda Putrajaya.
  • The Souq.
  • Pasar Presint 8.

Untuk melihat perbandingan harga hotel di Putrajaya dan menempah bilik penginapan, anda boleh semak di Hotelscombined.

Terdapat banyak lagi tempat menarik di Putrajaya yang boleh dikunjungi. Seperkara lagi, berbagai aktiviti dijalankan di Putrajaya sepanjang tahun. Acara sukan air, hot air balloon, bazaar Ramadhan serta lain-lain acara menarik berlangsung dan boleh dikunjungi. Pastikan anda merancang dengan teliti dan memilih tarikh yang sesuai bagi menikmati kemeriahan percutian di Putrajaya.

Comments

1

Di manakah lokasi best menarik dan indah di putrajaya?

Add new comment