Mandi-manda di Poring Hotspring Sabah

Jika anda ke Sabah, antara tempat menarik selain dari Gunung Kinabalu, anda juga boleh bermandi manda di Poring Hot Spring yang terletak di bahagian Ranau, Sabah. Poring Hot Spring sangat terkenal dengan kepanasan air yang ada disana. Banyak kajian mengatakan Poring Hot Spring sangat sesuai untuk mereka yang ada penyakit kulit. Selain itu, sesuai dijadikan tempat untuk anda merenggangkan otot-otot anda dan melancarkan peredaran darah dalam badan. Sesuai dijadikan tempat percutian menarik untuk keluarga, kerana disediakan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.

Nota: Untuk melihat tempat menarik di lokasi lain di Sabah, sila lawati halaman Senarai tempat menarik di Sabah.

Poring Hot Spring di Ranau, Sabah

Waktu operasi dan harga tiket

Poring Hot Spring dibuka setiap hari untuk para pengujung. Manakala harga tiket untuk masuk ke Poring Hot Spring ialah:

  • Warganegara Malaysia – RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk 18 tahun ke bawah.
  • Pelancong asing – RM15 – RM10 seoarang.
  • Conference Room – RM100 sehari.
  • Enclosed Bath Tub Standard – RM15 – RM20 satu jam.
  • Camera – RM5 seunit.
  • Video – RM30 seunit.

Lokasi dan pengangkutan

Poring Hot Spring terletak di Daerah Ranau, Sabah. Jarak perjalanan dari ibu Pejabat Negara Kinabalu Park di Kundasang ialah 40 kilometer. Jarak perjalanan dari Kota Kinabalu ke Poring Hot Spring ialah 136kilometer dan mengambil masa lebih kurang 3jam perjalanan. Anda boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan awam antaranya ialah:

  1. Bas – Harga tiket bas dari Kota Kinabalu ke Ranau ialah RM16 seorang.
  2. Teksi – Kadar sewa teksi untuk ke Poring Hot Spring agak mahal. Harga sebuah teksi ialah antara RM160 ke RM300.

Lokasi / Alamat:
Poring Hot Spring
89300 Ranau,
Sabah.

Tel: +60 88-878 801

Aktiviti menarik di Poring Hot Spring

Selain dari mandi manda di Poring Hot Spring, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti yang menarik disini bersama keluarga dan rakan-rakan. Antaranya ialah:

  • Outdoor Hot Spring – Jika anda datang pada musim cuti sekolah atau cuti umum, keadaan didalam kolam agak sesak dengan kehadiran para pelancong. Disini ada disediakan kemudahan bilik persalinan dan bilik mandi.
  • Rock Pool – Terdapat dua bahagian untuk kanak-kanak dan dewasa. Disediakan pelampung untuk disewa. Kos sewaan ialah RM2 satu jam. Lokasi bersebelahan dengan Outdoor Hot spring.
  • Slide Pool – Harga tiket untuk Slide Pool ialah RM3 seorang.
  • Indoor Bath Tubs – Harga tiket masuk ke Indoor Bath Tubs ialah RM15 sejam. Jika anda ingin bersendiri boleh cuba untuk mandi disini.Jika anda memerlukan loker disini ada disedikan dan jika anda kehilangan kunci atau rosak anda harus membayar ganti rugi sebanyak RM25. Kekurangan yang ada di Indoor Bath Tubs ialah ruang tab mandi yang disediakan agak sempit dan tidak memuaskan berbanding dengan Outdoor Hot Spring.

Outdoor Hot Spring

Tarikan lain berhampiran Poring Hot Spring

Jika anda berada di Poring Hot Spring, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk melihat tempat tarikan yang ada berhampiran dengan Poring Hot Spring. Antaranya ialah:

  • Taman rama-rama.
  • Pusat pemuliharaan Poring Orkid.
  • Taman Tropika.
  • Canopy walkway Poring.
  • Tapak bunga Rafflesia.

Canopy Walk yang ada di Poring Hot Spring

Penginapan di Poring Hot Spring

Anda boleh menginap di Poring Hot Spring & Nature Reserve Resort jika anda mahu. Terdapat beberapa buah chalet yang disediakan untuk anda bermalam disini. Namun harganya tidak sesuai untuk percutian bajet. Antara penginapan menarik yang boleh dipilih ialah:

  • Palm Villa - Premier Chalet boleh memuatkan sehingga maksima 6 orang.
  • River Lodge - Boleh memuatkan sehingga maksima 4 orang.
  • Jungle Lodge - Untuk 2 orang.
  • Serindit Hostel - Penginapan yang agak murah di Poring Hotspring.
  • Kelicap Hostel - Penginapan yang agak murah di Poring Hotspring.

Bagi percutian bajet, anda boleh memilih untuk menginap dikawasan berhampiran seperti di Ernah Laundry & Lodge yang menawarkan harga yang lebih murah.

Chalet di Poring Hot Spring Sabah

Jika anda ke Sabah, pastikan anda ke Poring Hot Spring untuk menikmati keindahan alam flora dan fauna, selain dari dapat melakukan pelbagai aktiviti yang disediakan disini. Sedikit maklumat ringkas, jika anda seorang yang gemuruh atau jantung lemah, tidak digalakkan untuk melakukan aktiviti canopy walk dan juga tidak sesuai untuk kanak-kanak. Kongsikan percutian anda bersama kami jika anda ke Poring Hot Spring Sabah.

Lokasi