Sarawak

Senarai tempat menarik di Sarawak yang boleh dilawati dan lokasi percutian menarik untuk panduan pengunjung.

Senarai tempat menarik untuk percutian di Sarawak

Tempat menarik percutian di Sarawak

Anda bercadang untuk bercuti di Sarawak? Pilihan yang tepat kerana memang banyak destinasi pelancongan yang boleh dilawati. Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi senarai tempat menarik untuk percutian di Sarawak mengikut jenis pelancongan. Tempat penginapan juga turut dicadangkan. Semoga maklumat ini membantu anda memilih lokasi yang sesuai mengikut kehendak dan bajet masing-masing.

Lihat senarai tempat menarik untuk dilawati di halaman Tempat menarik di Sarawak.

Tempat menarik di Miri

Pantai menarik di Miri Sarawak

Miri merupakan salah sebuah lokasi pelancongan popular di Sarawak. Walaupun lebih dikenali dengan telaga minyak, sebenarnya terdapat banyak tempat-tempat menarik di Miri yang boleh dilawati jika anda berkunjung ke sana. Ia mempunyai beberapa buah Taman Negara yang merupakan tarikan utama pelancong alam semulajadi, lokasi sejarah, tempat membeli-belah dan destinasi menarik lain. Buat anda yang ingin bercuti ke Miri, kali ini Percutian Bajet akan berkongsi maklumat mengenai bandaraya ke-10 di Malaysia ini sebagai panduan untuk merancang perjalanan anda.

Tempat menarik di Kuching untuk di lawati

Bandaraya Kuching Sarawak

Pernahkah anda terfikir untuk bercuti ke Kuching Sarawak? Bandaraya ini ialah satu destinasi pelancongan yang sangat menarik sebenarnya. Beberapa buah Taman Negara yang unik merupakan tarikan utama pelancong. Selain itu, terdapat banyak lagi tempat menarik di Kuching untuk dilawati seperti Muzium Sarawak dan Kampung Budaya yang sangat terkenal. Kali ini Percutian Bajet telah menyusun beberapa lokasi yang menjadi tarikan pelancong di pusat bandar dan kawasan sekitarnya sebagai panduan anda yang ingin kesana.

Senarai hotel di Sarawak yang mendapat sijil halal

Percutian ke Sarawak memang menyeronokkan. Jika anda ingin bercuti dan melancong ke sana, Percutian Bajet telah menyenaraikan hotel di Sarawak yang mendapat pengesahan Sijil Halal untuk memudahkan anda memilih tempat penginapan yang sesuai untuk anda sekeluarga. Untuk menghilang karaguan anda menikmati juadah yang disediakan, berikut ialah senarai hotel-hotel berkenaan:

PAVILION PALACE SDN. BHD. ( REGAL COURT HOTEL )
Lot 577, Section 10 Ktld , Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Satok
93400
Sarawak

Tags

Tempat menarik di Sarawak

Sarawak Bumi Kenyalang adalah negeri terbesar di Malaysia. Terletak di pulau Borneo, ia adalah lokasi percutian popular bagi pelancong dari dalam dan luar negara. Terdapat berbagai jenis pelancongan dan tempat menarik di Sarawak yang unik. Eko-pelancongan merupakan tarikan utama kerana Sarawak mempunyai banyak khazanah semulajadi dan hutan yang belum diterokai. Hutannya istimewa kerana ia merupakan hutan hujan tropika yang tertua yang menyimpan bunga terbesar di dunia. Sarawak juga mempunyai gua terluas di dunia serta rama-rama yang terbesar di dunia.