Senarai tempat menarik untuk percutian di Sarawak

Anda bercadang untuk bercuti di Sarawak? Pilihan yang tepat kerana memang banyak destinasi pelancongan yang boleh dilawati. Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi senarai tempat menarik untuk percutian di Sarawak mengikut jenis pelancongan. Tempat penginapan juga turut dicadangkan. Semoga maklumat ini membantu anda memilih lokasi yang sesuai mengikut kehendak dan bajet masing-masing.

Lihat senarai tempat menarik untuk dilawati di halaman Tempat menarik di Sarawak.

Percutian Alam Semulajadi

Sarawak terkenal dengan pelancongan alam semulajadi. Banyak lokasi menarik terutama Taman Negara yang menjadi tarikan pelancong ke negeri ini. Antara destinasi popular yang ada ialah:

Taman Negara Bako

Taman Negara Bako adalah antara destinasi pelancongan alam semulajadi yang paling popular di Sarawak. Ia terletak di Kuching. Pelancong boleh mengambil 'day trip' sahaja untuk meneroka kawasan yang cukup cantik ini. Dari pusat bandaraya, anda boleh memandu atau mengambil pengangkutan awam ke Terminal Bako dimana terdapat bot yang akan membawa pelancong melawat Taman Negara. Pastikan anda membawa selipar atau sandal selain dari kasut sukan kerana terdapat kawasan berair yang akan diredah.

Taman Negera Bako di Kuching.

Tempat penginapan ada disediakan di Taman Negara Bako. Beberapa buah chalet, asrama dan tapak perkhemahan boleh disewa pengunjung yang ingin bercuti dan bermalam disini. Walau bagaimanapun, tempahan harus dibuat terlebih dahulu melalui Jabatan Perhutanan Sarawak. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti jungle trekking dan memerhatikan binatang. Terdapat 18 trek menuju ke destinasi menarik yang ada di Taman Negara ini.

Harga:
Harga tiket Bas Asia No 1 dari Kuching ke Terminal Bako RM3.50 sehala.
Harga tiket bot dari Terminal Bako ke Taman Negara RM15 sehala.
Park Conservation Fee RM10.

Alamat:
Forest Department Sarawak
Bangunan Wisma Sumber Alam,
Jalan Stadium,
Petra Jaya 93660,
Kuching, Sarawak

Hubungi:
Laman web: Forest Department Sarawak
Tel: 082 - 442180 / 319102
Fax: 082 - 440266 / 441377
E-mail : enquiries@mulupark.com

Taman Negara Mulu

Bagi peminat alam semulajadi, pengembaraan ke Taman Negara Mulu pasti memberikan kepuasan yang anda cari. Ia adalah antara destinasi pelancongan yang paling menarik di Sarawak. Keistimewaan Taman Negara ini ialah bentuk geografi semulajadi yang unik dan cukup mengagumkan.

Puncak Gunung Mulu di Sarawak.

Harga:
Harga tiket pengangkutan dari Lapangan Terbang ke HQ Park RM5 sehala.
Harga penginapan HQ Park Dorm di Taman Negara Mulu RM43 semalam.
Tour Pinnacle RM350 3 hari 2 malam.
Mulu Summit RM475 4 hari 3 malam.

Pelancong boleh memilih untuk menginap di Ibu Pejabat Taman Negara Mulu (HQ Park). Berbagai jenis penginapan disediakan seperti Bungalow, Longhouse, Rainforest Lodge dan hostel. Kemudahan cafe dan Internet turut disediakan. Tempahan haruslah dibuat terlebih dahulu. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Mulu Park atau anda boleh hubungi terus melalui alamat, telefon atau email dibawah.

Alamat:
Gunung Mulu National Park
Borsarmulu Park Management Sdn Bhd
P.O. Box 2413,
98008 Miri,
Sarawak

Hubungi:
Laman web: Mulu Park
Tel: (+60 85) 792 300 / (+60 85) 792 301
Fax: (+60 85) 792 306
E-mail : enquiries@mulupark.com

Beberapa pilihan tempat penginapan lain boleh dipilih jika anda merancang untuk bercuti di Taman Negara Mulu. Antara yang menarik ialah Mulu Marriott Resort & Spa. Resort cantik dalam kawasan semulajadi ini menyediakan 188 buah bilik untuk pelancong. Harga bilik bermula dari RM598. Telefon +60 85 792 388. Email: mhrs.myymu.fom@marriotthotels.com.

Taman Negara Niah

Taman Negara Niah cukup dikenali mungkin kerana tercatatnya Gua Niah sebagai gua terbesar di Malaysia. Sebenarnya Taman Negara Niah adalah antara Taman Negara yang terkecil di Sarawak. Namun begitu, ia salah satu daripada yang paling banyak menerima kunjungan pelancong. Beberapa tarikan terdapat disini seperti wujudnya penemuan archeology bukti pendudukan manusia di dalam gua ini sejak 40,000 tahun yang lalu, Pengunjung dapat melihat sendiri Lukisan Batu dan tanah perkuburan dimana ditemui kayak kecil yang dikatakan keranda kematian.

Taman Negara Niah
Kredit gambar: Wikipedia

Tempat penginapan turut disediakan di Taman Negara Niah. Beberapa buah chalet dan hostel boleh disewa melalui Jabatan Perhutanan Sarawak. Walau bagaimanapun peralatan memasak tidak disediakan. Anda juga boleh tinggal di Batu Niah, dimana terdapat kemudahan makanan serta tempat penginapan yang banyak termasuk hotel bajet. Aktiviti yang boleh dilakukan di Taman Negara Niah ialah:

  • Melawat Gua Niah.
  • Jungle trekking mengikut laluan Madu Trail.
  • Jungle trekking mengikut laluan Bukit Kasut Trail.
  • Trader Cave.
  • Kuala Gankira.
  • Painted Cave.
  • Rumah Chang.

Keperluan yang harus dibawa:

  • Lampu picit (Torch light).
  • Baju hujan / payung.
  • Tuala kecil.
  • Face mask untuk menutup hidung bagi yang tidak tahan dengan bau najis kelawar.
  • Mosquito repellent.
  • Kasut hiking / sukan.
  • Pakaian sukan / sesuai.

Harga:
Park Conservation Fee RM10.
Harga bot ke Taman Negara RM1 sehala.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Jabatan Perhutanan Sarawak. Alamat boleh dilihat dibahagian Taman Negara Bako diatas. Anda juga boleh terus menelefon melalui nombor telefon yang diberi dibawah.

Alamat:
Taman Negara Niah
98200 Miri,
Sarawak

Hubungi:
Tel: +6085 737450, +6085 736648, +6085 737454, +6085 737918
Fax: +6 082 610099
E-mail : info@sarawakforestry.com

Taman Negara Kubah

Satu lagi tempat menarik di Sarawak untuk percutian alam semulajadi ialah Taman Negara Kubah. Ia terletak kira-kira 35 KM dari bandaraya Kuching. Walaupun kecil, Taman Negara ini cukup istimewa kerana mempunyai berbagai tarikan seperti gunung, hutan bakau dan berbagai spesis binatang yang menghuni hutan semulajadi disini. Selain itu, terdapat Pusat Hidupan Liar Matang yang menempatkan berbagai spesis terancam seperti orang utan, beruang, rusa sambar, musang serta beberapa spesis burung yang terkenal di Sarawak termasuk burung Kenyalang dan helang laut menarik untuk dilawati.

Taman Negara Kubah.

Anda tidak akan bosan jika bercuti di Taman Negara ini. Berbagai aktiviti boleh dilakukan seperti jungle trekking, mendaki Gunung Serapi, mandi air terjun dan memerhati binatang. Terdapat lima laluan menarik untuk jungle trekking iaitu Palmetum Trail, Selang Trail, Waterfall Trail, Rayu Trail dan Belian Trail. Anda berpeluang melihat berbagai spesis binatang liar dan burung di Taman Negara Kubah. Tempat penginapan yang ada ialah chalet di Taman Negara Kubah dan homestay di sekitar Kampung Matang.

Alamat:
Taman Negara Kubah
Jalan Lundu-Sampadi,
93050 Kuching,
Sarawak

Hubungi:
Tel: +6 082 248088, +6 082 370 422, +6 082 374869 - Matang Wildlife
Fax: (+6) 082 248087
E-mail : info@sarawakforestry.com

Taman Negara Similajau

Taman Negara Similajau terletak di Bintulu. Ia terkenal dengan pantainya yang sangat cantik dan bersih. Pantainya berpasir keemasan dengan tanjung berbatu kecil berlatarbelakangkan hutan semulajadi yang menghijau, memang cukup mempersonakan. Kawasan yang meliputi seluas hampir 9,000 hektar ini kaya dengan flora dan fauna. Selain itu ia juga menjadi habitat kepada berbagai spesis binatang liar dan burung-burung. Malah pantai di Taman Negara ini juga menjadi tempat penyu bertelur. Lebih menarik lagi, anda juga berpeluang melihat beberapa spesis ikan lumba-lumba yang berenang secara berkumpulan dikawasan berhampiran pantai disini jika bernasib baik.

Taman Negara Similajau.

Jika anda bercadang untuk bercuti di Taman Negara Similajau, waktu yang paling sesuai ialah sekitar bulan Februari hingga Oktober. Ini kerana di musim kering, pantainya cukup indah dimana air yang jernih dan ombak yang tenang sesuai untuk mandi laut. Dan jika anda inginkan percutian yang tenang dan damai, elakkan hujung minggu kerana pantai ini cukup popular dikalangan penduduk setempat yang datang berkelah bersama keluarga. Aktiviti yang menarik untuk dilakukan di sini ialah jungle trekking dan menaiki bot menyusuri sungai. Ia adalah pengalaman yang cukup menyeronokkan.

Tempat penginapan ada disediakan di Taman Negara Similajau. Beberapa buah chalet dan hostel boleh disewa melalui pejabat tempahan Taman Negara di Miri. Selain itu, tapak perkhemahan juga terdapat di sini termasuk kemudahan air dan tempat memasak. Jika anda lebih selesa tinggal diluar kawasan Taman Negara, beberapa hotel dan resort menarik terdapat di Bintulu.

Alamat:
Taman Negara Similajau
Similajau,
97000 Bintulu,
Sarawak

Hubungi:
Tel: +60 82 246 575, +6 019 8610998 - Taman Negara Similajau
E-mail : info@sarawakforestry.com

Percutian Pantai

Selain tarikan alam semulajadi di Taman Negara, banyak tempat menarik di Sarawak yang menggamit kedatangan pelancong ke negeri ini. Percutian pantai adalah salah satu darinya. Ada beberapa kawasan pantai yang cantik sesuai dijadikan lokasi untuk bercuti bersama keluarga, kawan-kawan atau bersendirian.

Pantai di Kuching

Pantai yang paling menarik untuk bercuti di Kuching ialah Pantai Damai. Pantainya cukup luas, berpasir halus, air lautnya jernih dan berombak tenang sesuai untuk mandi-manda. Keistimewaan pantai ini ialah terdapatnya Hutan Hujan Tropika yang menghijau ditepi pantai terus ke Gunung Santubong yang terletak tidak jauh dari pantai. Pemandangannya cukup indah dan mengagumkan. Seperti namanya, suasana di pantai ini memang mendamaikan. Cukup sempurna jika anda ingin berbulan madu sekali lagi. Jika anda ingin bercuti di sini, dua buah resort menarik sesuai dijadikan tempat penginapan iaitu Damai Beach Resort dan Damai Puri Resort & Spa.

Pantai Damai di Kuching.

Damai Beach Resort

Tempat penginapan menarik yang ada disini ialah Damai Beach Resort. Dengan latarbelakangnya Gunung Santubong dan dihadapannya pula laut yang membiru, resort ini adalah pilihan terbaik percutian pantai di Kuching. Resort ini dibina dikawasan yang agak tinggi dengan biliknya menghadap ke laut. Ada juga chalet yang menawarkan pemandangan Gunung Santubong. Kedua-duanya cukup indah dan pasti memberi ketenangan yang anda cari. Kemudahan kolam renang, restoran dan pelbagai fasiliti sudah tentu memberi keselesaan sepanjang anda berada disini.

Damai Beach Resort.

Alamat:
Damai Beach Resort
Teluk Bandung Santubong,
P.O. Box 2870,
93756 Kuching,
Sarawak

Hubungi:
Laman web: Damai Beach Resort
Tel: +6082-846999
Fax: +6082-846777
E-mail : general@damaibeachresort.com

Damai Puri Resort & Spa

Bagi menikmati percutian pantai yang tidak dapat dilupakan, tempat penginapan menarik adalah salah satu faktor yang perlu dititik-beratkan. Damai Puri Resort & Spa adalah pilihan terbaik di Pantai Damai. Ia terletak di Teluk Penyuk Santubong. Lokasinya betul-betul ditepi pantai berteluk yang cantik dan bersih. Sebanyak 207 buah bilik dengan fasiliti yang lengkap disediakan untuk menjamin keselesaan pelancong. Kemudahan spa, restoran, kolam renang, gymnasium, gelanggang tennis dan macam-macam lagi turut disediakan di resort ini.

Damai Puri Resort & Spa.

Alamat:
Damai Puri Resort & Spa
Teluk Penyuk Santubong,
93762 Kuching,
Sarawak

Hubungi:
Laman web: Damai Puri Resort & Spa
Tel: +6013 818 8290, +6013 818 8271, +6013 818 5225
Fax: +6082 846 288
E-mail : info@damaipuriresort.com, reservation@damaipuriresort.com

Pantai di Miri

Banyak pantai menarik di Miri yang menjadi tumpuan pelancong seperti Tanjong Lobang, Luak Esplanade, Hawaii Beach, Lutong Beach, Bungai Beach, Pantai Peliau dan Pantai Tusan. Pantai-pantai ini cukup cantik, berpasir bersih dan air lautnya jernih. Walau bagaimanapun, tidak seperti Pantai Damai di Kuching yang lebih privasi dan sunyi dikelilingi hutan semulajadi menghijau, pantai di Miri lebih terbuka. Kawasan pantainya panjang dan luas. Beberapa buah hotel menarik boleh dijadikan tempat penginapan jika anda ingin bercuti di sini. Antara yang popular terletak berhampiran pantai ialah hotel bertaraf antarabangsa Miri Marriott Resort & Spa dan Parkcity Everly Hotel.

Pantai di Miri Sarawak.

Miri Marriott Resort & Spa

Tempat penginapan terbaik jika bajet anda mengizinkan ialah Miri Marriott Resort & Spa yang terletak betul-betul ditepi pantai. Lokasinya berhampiran pusat bandar Miri. Anda boleh memilih bilik menghadap laut atau bandar. Selain keselesaan dan perkhidmatan terbaik yang ditawarkan di resort, anda mudah untuk keluar bersiar-siar di pantai atau melawat tempat menarik yang ada disekitar bandaraya Miri.

Miri Marriott Resort & Spa.

Alamat:
Miri Marriott Resort & Spa
Jalan Temenggong Datuk Oyong Lawai,
98000 Miri,
Sarawak

Hubungi:
Laman web: Miri Marriott Resort & Spa
Tel: +60-85-421121
Fax: +60-85-420199

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM292.

ParkCity Everly Hotel Miri

Sebuah lagi hotel menarik ditepi pantai ialah ParkCity Everly Hotel Miri. Lokasinya tidak jauh dari Miri Marina dan pusat bandar. Hotel moden dengan berbagai fasiliti dan kemudahan ini adalah pilihan terbaik bagi anda yang mementingkan keselesaan. Anda juga boleh menikmati berbagai jenis makanan di restoran dan cafe yang ada di sini. Kemudahan lain yang disediakan termasuk kolam renang dan gymnasium.

Parkcity Everly Hotel Miri.

Alamat:
ParkCity Everly Hotel Miri
Jalan Temenggong Datuk Oyong Lawai Jau,
98000 Miri,
Sarawak

Hubungi:
Laman web: ParkCity Everly Miri Hotel
Tel: +60 85-440 288

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM128.

Tim's Seaside Hideout

Jika anda ingin menginap dikawasan yang lebih sunyi, Tim's Seaside Hideout terletak jauh dari kawasan bandar. Lokasinya betul-betul ditepi pantai yang cantik. Ia menyediakan beberapa buah chalet dengan harga yang berpatutan. Anda berpeluang melihat pemandangan matahari terbenam yang cukup cantik jika tinggal di sini.

Tim's Seaside Hideout Miri.

Alamat:
Tim's Seaside Hideout Cafe & Lodge
Lot 524, Beraya Lama,
98000 Miri,
Sarawak

Hubungi:
Laman web: Tim's Seaside Hideout
Tel: 013-886 5118
E-mail : timhideout@yahoo.com

Harga:
Harga chalet 1 malam untuk 4 orang bermula dari RM200.

Pelancongan Bandar

Jika anda lebih selesa dengan pelancongan bandar, beberapa tempat menarik di Sarawak boleh dijadikan lokasi percutian. Antara destinasi yang paling popular ialah Bandaraya Kuching dan Miri. Banyak tempat bersejarah, taman rekreasi, tempat membeli-belah dan sebagainya boleh dilawati. Selain itu, berbagai aktiviti pelancongan juga boleh dilakukan.

Bandaraya Kuching

Kuching ialah ibu negeri Sarawak. Ia adalah bandaraya yang cukup cantik dan unik. Banyak tempat menarik di Sarawak terdapat di sini. Bagi anda yang sukakan pelancongan bandar, ia adalah lokasi terbaik untuk anda pilih. Tempat penginapan tidak menjadi masalah kerana banyak kemudahan hotel ada disekitar pusat bandaraya. Anda juga tidak perlu risau tentang makanan kerana banyak restoran yang menyediakan berbagai juadah makanan tempatan dan juga luar.

Kuching Waterfront.

Untuk maklumat lanjut, lihat artikel Tempat menarik di Kuching untuk di lawati.

Bandaraya Miri

Satu lagi lokasi pelancongan bandar di Sarawak ialah Miri. Ia terletak di utara Sarawak dan bersempadan dengan negara Brunei. Bandaraya yang terkenal dengan telaga minyak ini menawarkan berbagai tarikan dan aktiviti untuk pelancong yang pasti meninggalkan kenangan indah dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Antara tempat menarik di Miri yang boleh dilawati ialah taman rekreasi, tempat bersejarah, tempat membeli-belah, pantai dan taman buaya.

Suasana malam di Miri City Fan

Beberapa hotel menarik sesuai dijadikan tempat penginapan anda. Antaranya ialah Mega Hotel Miri, Dynasty Hotel Miri, Imperial Palace, Hotel Nur Miri, Grand Palace Hotel dan Imperial Hotel. Untuk melihat senarai harga dan membuat tempahan, anda boleh semak di laman web BOOKING.COM.

Lihat artikel Tempat menarik di Miri untuk maklumat lanjut.

Bintulu

Bintulu ialah satu lagi tempat menarik untuk percutian di Sarawak bagi anda yang sukakan pelancongan bandar. Ia terletak diantara Kuching dan Miri. Malah di Bintulu terdapat lapangan terbang jika anda ingin terus ke sini. Berbagai tarikan menanti pengunjung seperti Taman Negara, pantai, tempat membeli-belah, taman rekreasi dan macam-macam lagi.

Berikut ialah antara tempat menarik di Bintulu yang boleh dilawati:

  • Pasar Utama Bintulu dan Tamu Bintulu.
  • Pasar Malam Bintulu di Jalan Kampung Dagang.
  • Pantai Temasya, Tanjung Batu.
  • Zoo Taman Tumbina.
  • Bintulu Waterfront Promenade.
  • Tugu Dewan Undangan Negeri.
  • Masjid Assyakirin.
  • Perkampungan nelayan Kampung Jepak.
  • Taman Negara Similajau.

Masjid Assyakirin Bintulu.

Hotel menarik di Bintulu ialah New World Suites, Parkcity Everly Hotel Bintulu, Regent Hotel, Promenade Bintulu Hotel, 101 Hotel Bintulu dan Royal Hotel. Bagi anda yang merancang percutian bajet, banyak hotel murah menawarkan penginapan selesa di kawasan pusat bandar. Semak senarai hotel dan harga terendah di Booking.com.

Agro-Tourism

Agro-tourism menawarkan pengalaman percutian yang menyeronokkan. Ia berlainan dari percutian biasa dimana anda dapat mempelajari berbagai perkara baru mengenai pertanian. Ada beberapa lokasi percutian agro-tourism di Sarawak yang sangat menarik boleh anda cuba.

Jati Diri Farmstay

Jati Diri Farmstay terletak di Sungai Gatas, Bungai, tidak jauh dari pusat bandar Miri. Ia menawarkan pakej penginapan, makanan dan aktiviti pelancongan kepada pelancong selain mengikuti program yang disediakan disini. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah melawat ladang ternakan, kebun dan buah-buahan, memerah susu kambing, memberi makan kambing, ayam, itik dan burung serta macam-macam lagi. Selain itu, farmstay ini cukup istimewa kerana lokasinya yang terletak di tepi pantai yang cantik.

Jati Diri Farmstay Miri.

Penginapan yang disediakan di Jati Diri Farmstay ialah dua unit chalet semi-D dan rumah panjang.

Alamat:
Jati Diri Farmstay
Sungai Gatas,
Bungai,
Miri
Sarawak

Hubungi:
Laman web: Jati Diri Farmstay
Tel: 085-650237, 019-8747826 (Hj. Abdul Gani Bin Kamit)
E-mail : jatidirifarmstay@gmail.com

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM85.

Setakat ini dahulu senarai tempat menarik untuk percutian di Sarawak yang dapat kami kongsikan untuk anda. Banyak lagi destinasi pelancongan yang ada tidak sempat kami masukkan. Harapan kami, jika maklumat ini membantu, jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan lain di laman fb, twitter dan g+ anda sebagai tanda penghargaan. Jika ada kekurangan atau anda ingin berkongsi tips melancong ke Sarawak, sila tinggalkan dibahagian komen. Kami amat menghargainya. Akhir kata, terima kasih dan selamat bercuti!

Add new comment