Tempat menarik di Sarawak

Sarawak Bumi Kenyalang adalah negeri terbesar di Malaysia. Terletak di pulau Borneo, ia adalah lokasi percutian popular bagi pelancong dari dalam dan luar negara. Terdapat berbagai jenis pelancongan dan tempat menarik di Sarawak yang unik. Eko-pelancongan merupakan tarikan utama kerana Sarawak mempunyai banyak khazanah semulajadi dan hutan yang belum diterokai. Hutannya istimewa kerana ia merupakan hutan hujan tropika yang tertua yang menyimpan bunga terbesar di dunia. Sarawak juga mempunyai gua terluas di dunia serta rama-rama yang terbesar di dunia.

Anda mencari lokasi terbaik untuk bercuti? Lihat artikel Senarai tempat menarik untuk percutian di Sarawak.

Penduduk Sarawak pula terdiri dari pelbagai etnik dan agama. Lantaran itu, berbagai kebudayaan, perayaan dan pesta-pesta keramaian disambut sepanjang tahun. Faktor ini turut menjadikan Sarawak sebagai destinasi pelancongan popular. Ditambah dengan peninggalan kesan sejarah seperti bangunan-bangunan bersejarah serta tempat menarik lain seperti sungai, pantai dan makanan tradisional, percutian ke Sarawak pasti memberikan sesuatu yang baru dan unik buat pengunjung.

Artikel kali ini memaparkan senarai tempat menarik di Sarawak sebagai panduan pengunjung yang ingin melancong dan bercuti di negeri Bumi Kenyalang ini.

Rumah Panjang antara tarikan pelancong di Sarawak.

Bandar utama di Sarawak

Jika anda merancang untuk bercuti ke Sarawak, senarai dibawah ialah bandar-bandar utama yang boleh dikunjungi:

  • Bandaraya Kuching - Ibu negeri Sarawak. Lihat artikel Tempat menarik di Kuching untuk di lawati.
  • Bandaraya Miri - Terletak di bahagian utara Sarawak. Tempat menarik ialah beberapa taman negara yang terdapat disini. Lihat artikel Tempat menarik di Miri.
  • Sibu - Tempat menarik Taman Jublee Bukit Aup, Bangunan To Pek Kong, Taman Tasik Permai (Lake Garden) dan lain-lain.
  • Bintulu - tempat menarik Tugu Dewan Undangan Negeri, Pasar Utama Bintulu & Tamu Bintulu, Pasar Malam, Masjid Assyakirin, Tokong Kuan Yin Tong, Zoo Taman Tumbina, Bintulu Waterfront Promenade dan lain-lain.
  • Sarikei - Terletak ditepi sungai Rajang iaitu sungai terpanjang di Malaysia.
  • Sri Aman - Terdapat sungai, gereja, Fort Alice dan lain-lain.
  • Limbang - Tempat menarik ialah Muzium Wilayah Limbang, Bukit Mas.

Bandar Kuching, Sarawak.

Sungai di Sarawak

Sungai mempunyai keistimewaan tersendiri di Sarawak. Ia menjadi salah satu sumber tarikan pelancongan di negeri ini. Sarawak mempunyai sungai yang besar dan panjang. Malah sungai terpanjang di Malaysia iaitu Sungai Rajang terletak di Sarawak. Selain sungai Rajang, terdapat beberapa sungai lain yang penting di Sarawak. Ini kerana sungai merupakan salah satu pengangkutan utama di Sarawak kerana faktor muka buminya yang bergunung-ganang dan berbukit-bukau menyukarkan proses pembinaan jalanraya. Penduduk di Sarawak juga ramai yang mencari rezeki dengan menangkap ikan, udang dan lain-lain di sungai. Malah banyak tempat di kawasan pedalaman dimana penduduknya masih bergantung pada sungai untuk aktiviti harian seperti mandi, memasak dan membasuh. Antara sungai-sungai penting yang terdapat di Sarawak ialah:

  • Sungai Rajang atau Batang Rajang.
  • Sungai Limbang atau Batang Limbang.
  • Sungai Baram Batang Baram.
  • Sungai Lupar atau batang Lupar.
  • Sungai Mukah atau Batang Mukah.
  • Sungai Tatau atau Batang Tatau.
  • Sungai Kemena atau Batang Kemena.

Terdapat 22 batang sungai yang penting termasuk senarai diatas. Kerana pentingnya sungai kepada penduduk Sarawak, maka kebanyakan penempatan dan bandar-bandar utama di negeri ini terletak di tepi sungai. Seperkara lagi yang menarik tentang sungai di Sarawak ialah lagenda Bujang Senang, iaitu kisah buaya gergasi yang mendiami sungai Sarawak.

Muzium dan tempat bersejarah

Sarawak mempunyai beberapa muzium yang menyimpan khazanah dan artifek bersejarah negeri. Terdapat juga kesan sejarah seperti bangunan peninggalan penjajah yang masih kekal terpelihara sehingga kini. Jika anda peminat sejarah, berikut ialah antara tempat-tempat menarik di Sarawak yang boleh dilawati:

  • Muzium Negeri Sarawak - Tidak sah bagi peminat sejarah melancong kemana-mana negeri jika tidak mengunjungi Muzium Negeri. Muzium Negeri Sarawak ini adalah antara muzium yang terbaik di Asia Tenggara. Ia dibina pada tahun 1891 dan diperbesarkan pada tahun 1911. Pelbagai barangan arkeologi, kraftangan, binatang, flora dan fauna serta bermacam-macam lagi dipamerkan disini.
  • Muzium Warisan Islam - Bangunan asal James Brooke Malay College kini dijadikan Muzium Islam yang mempunyai 7 galeri pameran. Ia memaparkan sejarah Islam di Sarawak, seni rekabentuk, kostum, barangan peribadi, seni hiasan dan lain-lain.
  • Muzium Sejarah Cina - Muzium ini memaparkan sejarah pelbagai etnik bangsa Cina, kemahiran tradisional, seni kebudayaan dan perkembangan yang telah dicapai. Muzium ini terletak ditebing Sungai Kuching.
  • Muzium Tekstil Sarawak - Ia adalah antara bangunan tertua di Kuching yang dibina pada abad ke 19. Bangunan yang dulunya hospital kini telah dijadikan muzium tekstil.
  • Sarawak Craft Council - Bangunan yang mempunyai rekabentu senibina yang unik ini dibina pada tahun 1886. Kini menjadi Pusat Kraf Sarawak.
  • Square Tower - Bangunan sejarah ini dibina pada tahun 1879 sebagai sebuah penjara. Lokasinya terletak ditepi Sungai Sarawak.
  • Court House - Bangunan lama ini dibina pada tahun 1874. Ia dijadikan pusat pentadbiran dizaman penjajahan British.
  • Menara Jam dan Tugu Peringatan Brooke - Terletak dihadapan bangunan Court House. Tugu Peringatan Brooke dibina pada tahun 1924 setinggi 6 meter dengan menggunakan batu granit.
  • Astana - Rumah kediaman Yang di-Pertua Negeri Sarawak ini asalnya ialah hadiah Charles Brooke kepada isterinya Margaret Alice Lili de Windt Ia dibina pada tahun 1870 di tepi Sungai Sarawak.
  • Fort Margherita - Kubu yang terletak ditebing Sungai Sarawak ini siap dibina pada tahun 1879 semasa perintahan Raja Brooke. Ia dibina bagi melindungi Kuching dari diserang oleh penduduk pribumi. Kubu ini dinamakan sempena isteri beliau, Margaret.

Bukit di Sarawak

Sarawak mempunyai permukaan bumi yang berbukit-bukau. Terdapat berbagai jenis flora dan fauna didalam hutan dan bukit yang belum diteroka. Antara bukit-bukit yang menarik di Sarawak ialah:

  • Bukit Asek
  • Bukit Aup
  • Bukit Batu
  • Gunung Buri
  • Bukit Buruk Recam
  • Bukit Goram
  • Bukit Kayo
  • Bukit Kumbong
  • Bukit Lumut
  • Bukit Kayu Malam
  • Bukit Mas
  • Bukit Mersing
  • Bukit Sadok
  • Bukit Semalong
  • Bukit Skalap
  • Bukit Song
  • Bukit Tudal

Taman Negara di Sarawak.

Gunung di Sarawak

Sarawak mempunyai beberapa buah gunung yang menjadi destinasi pelancongan. Berikut adalah senarai gunung-gunung yang merupakan antara tempat menarik di Sarawak:

  • Gunung Ampungara
  • Gunung Santubong
  • Gunung Sejinjang
  • Gunung Mulu
  • Gunung Murud

Puncak Gunung Mulu di Sarawak.

Taman Negara di Sarawak

Hutan semulajadi yang berusia jutaan tahun menyimpan pelbagai spesis telah diangkat menjadi Taman Negara dan merupakan salah satu tempat menarik di Sarawak. Taman negara merupakan antara tempat pelancongan di Sarawak yang paling utama. Alam semulajadinya yang kaya dengan pelbagai flora dan fauna serta bentuk mukabumi yang unik terkenal ke seluruh dunia. Berikut ialah senarai Taman Negara yang ada di Sarawak:

  • Taman Negara Bako
  • Taman Negara Batang Ai
  • Taman Negara Gunung Gading
  • Taman Negara Lambir
  • Taman Negara Gunung Serapi Kubah
  • Taman Negara Mulu
  • Taman Negara Niah
  • Taman Negara Similajau

Pintu masuk ke Gua Niah di Sarawak.

Pantai menarik di Sarawak

Seterusnya, tempat menarik di Sarawak yang boleh dikunjungi ialah pantai-pantai yang cantik. Terletak di Pulau Borneo, Sarawak mempunyai banyak pantai menarik. Dibawah ialah senarai pantai yang ada di Sarawak:

  • Pantai Brighton
  • Pantai Buntal
  • Pantai Damai
  • Pantai Gerigat
  • Pantai Hawai
  • Pantai Kidurong
  • Pantai Pandan
  • Pantai Puteri
  • Pantai Sematan
  • Pantai Siar
  • Pantai Tanjung Kembang
  • Pantai Tanjung Batu

Tempat menarik lain

Tempat-tempat menarik lain di Sarawak yang boleh dilawati ialah:

  • Perkampungan Budaya Sarawak.
  • Taman Buaya Jong's.
  • Pasar serikin - Terletak di sempadan Malaysia-Indonesia.
  • Gua Angin.
  • Gua Pari.
  • Pusat Pemuliharaan Orang Utan Semenggoh.
  • Taman Hidupan Liar Matang.

Burung Kenyalang yang banyak terdapat di Sarawak.

Makanan tradisi Sarawak

Sarawak mempunyai makanan tradisi tersendiri yang cuma terdapat di negeri ini. Antara makanan istimewa dan unik yang boleh dinikmati di Sarawak ialah:

  • Kek Lapis
  • Laksa sarawak
  • Mee kolok
  • Mee kuching
  • Kueh tiaw tomato
  • Manok pansoh
  • Tebaloi
  • Umai
  • Buah Dabai, Buah Engkalak, Buah Lakum.
  • Sesar unjur
  • Ikan Jan salai dan ikan Lumek salai.

Kek Lapis Sarawak adalah makanan unik dan istimewa.

Homestay di Sarawak

Sarawak mempunyai pelbagai etnik yang hidup secara harmoni di negeri ini. Banyak kebudayaan dan adat-resam yang menarik dan unik masih diamalkan. Malah setiap tahun berbagai perayaan disambut secara besar-besaran di negeri Sarawak. Acara-acara ini merupakan salah salah satu faktor pelancongan yang menarik kehadiran ramai pelancong untuk bercuti di Sarawak.

Bagi membolehkan pelancong melihat dengan lebih dekat kebudayaan dan adat-resam masyarakat di Sarawak, kerajaan telah membangunkan beberapa buah homestay agar pelancong dapat merasai sendiri pengalaman hidup bersama masyarakat disini. Antara homestay yang ada di Sarawak ialah:

  • Homestay Panglima Seman Lama (ABAS), Kuching, Sarawak - Hubungi Tn. Hj Mahmud Haji Sabli, HP: 013-8487247 / 017-8657247.
  • Homestay Rmh Panjang Annah Rais, Padawan, Sarawak - Hubungi En. Edward Kurek, Tel : 016-8674175.
  • Homestay Kpg Benuk, Kuching, Sarawak - Hubungi Cr. Isabell Jalau Ak. Mejat, Tel: 019-849 8413 / 014-688 1488.
  • Homestay Kampung Pueh, Sematan, Lundu, Sarawak - Hubungi Encik Meot anak Nuber, Tel : 082-711101 / 014-8788252.
  • Homestay Telok Melano/Telok Serabang, Lundu, Sarawak - Hubungi Puan Affidah, Tel : 082-711152 / 010-9821506.
  • Homestay Kpg. Tanah Hitam, Lundu, Sarawak - Hubungi Encik Munir Bin Ahim, Tel : 016-8551793 / 010-5070456.
  • Homestay Kampung Telaga Air, Kuching, Sarawak - Hubungi Encik Mahmud @ Bohari B. Montot, Tel : 082-383054 / 014-8765541.
  • Homestay Kpg Darul Islam Belimbing, Kuching, Sarawak - Hubungi Encik Raie Bin Omar, Tel : 082-750108 / 019-8769167.
  • Homestay Kpg. Buntal, Kuching, Sarawak - Hubungi Encik Junaidi Bunyuk, No. Tel : 082-846 496 / 013-845 3417.
  • Homestay Kpg Santubong, Kuching, Sarawak - Hubungi Puan Hajah Jamilah Shukri, Tel : 082-250495 / 019-8879495 / 014-6967186.
  • Homestay Kpg. Mongkos, Serian, Sarawak - Hubungi Tan@Taran Anak Ayong, HP: 014-582 0305.
  • Homestay Maludam, Betong, Sarawak - Hubungi Tuan Hj. Awg. Karim Bin Awg. Amit, Tel : 083-547303 / 013-5723785.
  • Homestay Kampung Senau, Mukah, Sarawak - Hubungi Tn Hj. Zam bin Nor, HP : 013-820 9171.
  • Homestay Rumah Patrick, Niah, Miri, Sarawak - Hubungi Tr. Patrick Libau, Tel : 085-738233 / 019-8052415.
  • Homestay Kedayan, Miri, Sarawak - Hubungi Tuan Hj. Abdul Gani B. Kamit, Tel : 019-8247826.
  • Homestay Kg. Siol Kandis, Kuching, Sarawak - Hubungi Hjh.Romlah bt. Hj. Kassim, Tel : 082-447 001 / 019-818 3580.
  • Homestay Rumah Panjang Bawang Assan, Sibu, Sarawak - Hubungi Mr. Marcharty anak Gindu, Tel : 014-5828105.
  • Homestay Kg. Melayu Tebakang, Serian, Sarawak - Hubungi En. Pathe bin Abdul Rahman, HP:019-834 3182.
  • Homestay Ba'kelalan, Lawas, Sarawak - Hubungi En. Yudan Meru, Tel:017-850 2708 / 012-852 3103.
  • Homestay Rumah Benjamin Angki, Kanowit, Sarawak - Hubungi Cr.Tr.Benjamin Angki, Tel : 013-8823076.
  • Homestay Kg. Kuala Sibuti, Bekenu, Miri, Sarawak - Hubungi En. Ismandi Bin Rambli, Tel : 019-4686828 / En. Ramlee Bin Nawawi, Tel : 019-8679692.
  • Homestay Rumah Nyuka, Sarikei, Sarawak - Hubungi Cr Ikau Anak Aji, Tel : 019-4687518.
  • Homestay Sg. Asap, Belaga, Sarawak - Hubungi En. Luhat Tugau, HP: 017-853 5394.
  • Homestay Kg. Narum, Miri, Sarawak - Hubungi Encik Ibrahim Abdul Rashid, Tel : 019-874 0920.
  • Homestay Bario Highlands, Bario, Baram, Miri, Sarawak - Hubungi En. Scott Apoi Ngimat, Tel : 013-840 6187.
  • Homestay Rumah Hillary Tawan Achai, Marudi, Miri, Sarawak - Hubungi Hillary Tawan Achai, Tel : 019-8543302 / 010-7863302.
  • Homestay Krokong, Bau, Sarawak - Hubungi En. Steven Salip Anak Nilong, No.Tel: 082-241 812 / 016-878 3921.
  • Homestay Rumah Wilson Bana, Sri Aman, Sarawak - Hubungi En. Wilson Bana Anak Kamah, Tel:083-337 281 / 014-577 8580.
  • Homestay Senah Rayang, Padawan, Kuching, Sarawak - Hubungi En. Amin Bin Abdullah, HP :019-867 6413.
  • Homestay Long Semadoh, Lawas, Sarawak - Hubungi Tom Imang Anyi, No Tel: 011-2341545.
  • Homestay Sadong Jaya, Kota Samarahan, Sarawak - Hubungi Abdul Kadir Bin Hj. Umar, No Tel: 014-8877868.

Untuk melihat potongan harga hotel dan resort di Sarawak, anda boleh menyemak serta menempah bilik penginapan terus melalui atas talian di BOOKING.COM.

Senarai yang disediakan ini adalah sebahagian dari tarikan pelancong ke Sarawak. Terdapat banyak lagi aktiviti pelancongan dan tempat menarik di Sarawak untuk dilawati. Jika anda mencari destinasi percutian menarik di Malaysia, Sarawak adalah salah satu lokasi yang harus ada dalam senarai anda.

Lihat semua tempat menarik disetiap negeri: Tempat Menarik.

Lokasi