Sejarah dan Warisan

Sejarah dan warisan adalah perkara penting yang perlu dipelajari, paling tidak, ia perlu diambil tahu. Sejarah membuktikan kewujudan, manakala warisan adalah identiti sesuatu bangsa. Jika ingin menjatuhkan sesuatu bangsa, musnahkan warisan dan pesongkan sejarahnya. Sebab itu, banyak tempat bersejarah dikaji dan dipulihara, manakala kebudayaan dan warisan diabadikan.

Malaysia mempunyai banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati. Kesan kerajaan dahulu kala seperti kerajaan Kedah Tua termasuk peninggalan penjajah dipulihara menjadi tempat pelancongan. Malah beberapa destinasi di Malaysia telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Selain peninggalan sejarah, kebudayaan dan warisan juga menjadi salah satu tarikan pelancongan yang penting.

Kota Belanda Pulau Pangkor

Kota Belanda Pulau Pangkor

Kota Belanda ialah salah satu tarikan pelancongan yang ada di Pulau Pangkor, Perak. Ia adalah sebuah kota peninggalan Belanda pada kurun ke 17. Tempat ini kini menjadi salah satu lokasi mesti singgah jika anda bercuti di pulau ini.

Tempat bersejarah ini telah mengalami beberapa fasa perubahan. Sejak ia dipulihara pada tahun 1973, berbagai penambahbaikan termasuk pembinaan rumah limas, bangunan kedai, taman kecil dan lain-lain telah dilakukan.

Kali ini kami sediakan maklumat berkaitan Kota Belanda Pulau Pangkor yang perlu anda tahu termasuk gambar diwaktu siang dan malam.

Beras Terbakar di Padang Matsirat Langkawi

Beras Terbakar di Padang Matsirat Langkawi

Beras Terbakar di Padang Matsirat adalah salah satu lokasi bersejarah yang boleh dilawati jika anda bercuti ke Langkawi. Ia adalah kawasan dimana terletaknya beras terbakar yang dikaitkan dengan sumpahan Mahsuri. Pengunjung dapat melihat tapak kawasan kejadian dan sisa beras yang hangus terbakar.

Selain terkenal sebagai tempat bersejarah, ia juga popular sebagai tempat membeli-belah. Pelancong yang ingin mendapatkan kain batik dengan harga yang murah selalunya akan datang kesini.

Makam Mahsuri

Makam Mahsuri

Makam Mahsuri ialah antara tarikan pelancongan yang terkenal di Langkawi. Ia terletak di Ulu Melaka, iaitu kampung asal dimana beliau dilahir dan dibesarkan. Oleh kerana ia sering menjadi tumpuan pelancong, tempat ini telah dibangunkan menjadi sebuah kompleks pelancongan dan dikenali sebagai Kota Mahsuri.

Masjid Kapitan Keling

Masjid Kapitan Keling

Masjid Kapitan Keling ialah salah satu tarikan pelancongan yang popular di Penang. Ia adalah masjid bersejarah yang dibina pada tahun 1801, iaitu 15 tahun setelah penjajahan Inggeris ke atas Pulau Pinang. Pengunjung boleh menyaksikan masjid ini ditengah pusat bandaraya George Town dimana ia masih beroperasi dan digunakan hingga ke hari ini. Rekabentuk masjid yang dipengaruhi senibina Moorish dan Mughal ini kini merupakan salah satu destinasi pelancongan yang termasuk dalam sesi lawatan pelancong di Penang.

Kota Mahsuri Langkawi

Gerbang Kota Mahsuri

Kota Mahsuri Langkawi adalah antara tarikan pelancongan utama di Pulau Langkawi, Kedah. Ia dibangunkan di kampung asal Mahsuri dimana beliau dikebumikan. Selain Makam Mahsuri, berbagai artifak peninggalan sejarah dikumpulkan di dalam sebuah kompleks yang luas. Perkampungan kecil termasuk rumah-rumah tradisional dibina semula berdasarkan seni rekabentuk pada zaman itu.

Muzium Perak di Taiping

Kapal terbang lama di Muzium Perak Taiping

Muzium Perak merupakan salah satu tempat menarik yang mesti dilawati jika anda berkunjung ke Taiping. Ramai yang merasakan bahawa melawat muzium adalah aktiviti yang membosankan tetapi kami pasti anda tidak akan beranggapan sedemikan selepas melawat muzium ini.

Jika anda datang melawat pada musim cuti sekolah, muzium ini akan dipenuhi dengan rombongan sekolah dan ibubapa yang membawa anak-anak bercuti. Ini menunjukkan bahawa muzium yang dibina pada zaman penjajahan British dahulu memang popular. Jadi pilih waktu yang sesuai untuk keselesaan anda.

Melawat Muzium Samudera Melaka

Muzium Samudera Melaka

Muzium Samudera terletak berhadapan dengan Craft Centre atau Medan Samudera. Didalamnya terdapat dua buah muzium iaitu Muzium Kapal dan Muzium Maritim. Paling menyerlah tentu sekali Muzium Kapal kerana ianya cukup unik dan menarik perhatian. Kapal ini dibina pada tahun 1990 replika kepada kapal Portugis iaitu Flor de La Mar. Pengunjung berpeluang melihat bagaimana keadaan dalam kapal zaman dahulu. Berbagai maklumat berkenaan kerajaan Melaka pada zaman dahulu boleh didapati disini. Pameran meliputi lukisan, peta, replika kapal dan beberapa artifek berkaitan perdagangan di Melaka.

Muzium Perang Pulau Pinang

Muzium Perang Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai War Museum terletak di Batu Maung. Lokasinya tidak jauh dari susur keluar Jambatan Kedua. Muzium yang terletak di atas bukit ini agak luas meliputi kira-kira 20 ekar tanah. Tiada bangunan kompleks untuk pameran tetapi pengunjung akan melawat kubu pertahanan perang yang dibina oleh tentera British sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua.

Fort Cornwallis Pulau Pinang

Fort Cornwallis ialah tempat bersejarah di Pulau Pinang yang sangat popular. Ia adalah antara lokasi yang mesti dilawati bagi sesiapa jua yang pertama kali menjejakkan kaki ke pulau ini. Kota lama yang dibina pada tahun 1786 oleh Francis Light ini berfungsi sebagai benteng pertahanan bagi menahan serangan berbagai pihak termasuk kerajaan Kedah pada masa itu. Anda tentu tertanya-tanya apa yang ada dalam Fort Cornwallis ini. Kali ini Percutian Bajet akan membawa anda meneroka satu persatu tempat menarik dan kesan sejarah yang masih wujud disini.

Melawat rumah P Ramlee di Penang

Rumah P Ramlee di Penang

Rumah kelahiran P Ramlee yang terletak di Penang adalah sebuah lokasi pelancongan yang mesti dilawati jika anda bercuti di negeri ini. Rumah yang diperbuat dari kayu ini dipelihara dengan baik dan terdapat berbagai barangan peninggalan Allahyarham dipamerkan didalam rumah. Selain itu, pengunjung juga boleh melawat Galeri P Ramlee di bangunan Arkib Negara Malaysia yang juga berada didalam kawasan yang sama.

Lihat semua: Tempat menarik di Penang - Panduan 2020.