Sejarah dan Warisan Kedah

Senarai tempat pelancongan sejarah dan warisan di Kedah. Kota Kuala Kedah, muzium dan galeri di Alor Setar serta Kota Mahsuri di Pulau Langkawi.

Beras Terbakar di Padang Matsirat Langkawi

Beras Terbakar di Padang Matsirat Langkawi

Beras Terbakar di Padang Matsirat adalah salah satu lokasi bersejarah yang boleh dilawati jika anda bercuti ke Langkawi. Ia adalah kawasan dimana terletaknya beras terbakar yang dikaitkan dengan sumpahan Mahsuri. Pengunjung dapat melihat tapak kawasan kejadian dan sisa beras yang hangus terbakar.

Selain terkenal sebagai tempat bersejarah, ia juga popular sebagai tempat membeli-belah. Pelancong yang ingin mendapatkan kain batik dengan harga yang murah selalunya akan datang kesini.

Kota Mahsuri Langkawi

Gerbang Kota Mahsuri

Kota Mahsuri Langkawi adalah antara tarikan pelancongan utama di Pulau Langkawi, Kedah. Ia dibangunkan di kampung asal Mahsuri dimana beliau dikebumikan. Selain Makam Mahsuri, berbagai artifak peninggalan sejarah dikumpulkan di dalam sebuah kompleks yang luas. Perkampungan kecil termasuk rumah-rumah tradisional dibina semula berdasarkan seni rekabentuk pada zaman itu.