i City Shah Alam

Ramai yang tahu i City Shah Alam adalah salah satu tarikan pelancongan di Selangor. Namun ramai yang hanya tahu i city sebagai satu tempat lampu berwarna-warni yang berirama dan cantik untuk dikunjungi diwaktu malam. Sebenarnya terdapat berbagai tarikan lain yang ada disini. Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi tentang apa yang menarik di i City Shah Alam dan bayaran masuk ke tempat menarik serta harga tiket yang dikenakan untuk permainan yang ada. Semoga maklumat ini berguna untuk anda yang merancang untuk bercuti bersama keluarga di bandaraya ini.

Nota: Untuk melihat semua lokasi menarik untuk bercuti, sila lawati halaman Tempat percutian menarik di Selangor.

City of Digital Lights i City Shah Alam

Red Carpet

Red Carpet i City ini ialah sebuah muzium lilin yang terbesar di Malaysia. Terdapat banyak patung lilin orang kenamaan dan juga selebriti dunia dipamerkan disini. Ia dibuka dari pukul 10am hingga 12am setiap hari.

Harga tiket:
Dewasa : RM35
Kanak-kanak : RM30

Red Carpet i City Shah Alam

Snowalk

Snowalk ialah kawasan rumah salji. Disebabkan di Malaysia ni tiada musim salji, anda boleh ke sini untuk merasa bagaimana suasana musim salji di negara barat. Berada dalam rumah salji ini memang sejuk. Suhunya kurang dari 5 darjah celcius. Ia dibuka dari pukul 10am hingga 1am.

Harga tiket siang (sebelum 6pm):
Dewasa : RM25
Kanak-kanak : RM20

Harga tiket malam (selepas 6pm):
Dewasa : RM35
Kanak-kanak : RM30

Snowalk i City Shah Alam

Water World

Water World ialah taman tema air yang sangat menarik dibina di i City Shah Alam. Ia merupakan tempat paling seronok untuk bergembira bersama keluarga atau kawan-kawan. Banyak gelongsor air mengujakan yang boleh dicuba dan yang paling popular ialah Tornado Ride. Ia dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 7 petang.

Harga tiket:
Dewasa : RM35
Kanak-kanak : RM25

Water World i City Shah Alam

Trick Art Museum

Trick Art Museum ini mempunyai koleksi lukisan 3D menarik dan menjadi salah satu tumpuan pelancong di i City. Berbagai tema lukisan ada dan anda tidak akan bosan beraksi dan bergambar.

Harga tiket:
Dewasa : RM15
Kanak-kanak : RM15

Trick Art Museum i City Shah Alam

Space Mission

Tempat pameran angkasa lepas ini mempunyai berbagai peralatan sains dan teknologi yang menarik. Ia adalah tempat yang bagus untuk mendedahkan anak-anak tentang angkasa lepas. Space Mission i City ini dibuka setiap hari dari pukul 10.00am - 12.00am.

Harga tiket:
Dewasa : RM15
Kanak-kanak : RM15

Space Mission i City Shah Alam

House of Horror

Seperti namanya, House of Horror adalah rumah hantu yang menyeramkan di i City ini. Ia menggunakan teknologi 3D dan mempunyai enam bahagian untuk diteroka pengununjung. Jika anda kuat semangat, jangan lupa untuk masuk ke House of Horror ini. Ia pasti memberi pengalaman menarik buat anda.

Harga tiket:
Dewasa : RM15
Kanak-kanak : RM15

House Of Horror i City Shah Alam

Di i City Shah Alam juga terdapat permainan menarik yang disediakan untuk kanak-kanak di Fun World. Bagi setiap permainan, bayaran masuk atau harga tiket ialah RM15 seorang. Berikut ialah antara permainan yang ada:

  • Fun Drive - Ia adalah kawasan permainan kereta untuk kanak-kanak. Kereta yang disediakan mempunyai fungsi seperti go kart dimana terdapat pedal minyak dan juga brek. Kanak akan memandu didalam trek yang disediakan. Peraturan jalanraya juga ada dimana markah akan diberi apabila mengikut peraturan yang ditetapkan.
  • Itsy Bitsy - Taman tema dengan permainan menarik untuk kanak-kanak.
  • Jungle Adventure - Tempat permainan bumper car. Ibubapa juga boleh bermain bersama anak-anak disini.

Alamat:
i-Berhad
D-1-G, Jalan Multimedia 7/AJ,
40000 i-City, Shah Alam.

Nota: Untuk melihat semua tarikan pelancongan yang ada di negeri ini, sila lawati halaman Tempat menarik di Selangor mengikut daerah.

Selain tempat menarik diatas, anda boleh mengunjungi City of Digital Lights untuk melihat lampu berirama yang berwarna-warni dan sangat cantik diwaktu malam. Berbagai tarikan pelancongan dan permainan menarik yang ada menjadikan i City lokasi wajib untuk dikunjungi bila melancong ke i City Shah Alam. Ia adalah tempat percutian keluarga yang mempunyai segala-galanya. Jika anda pernah ke ke sini, kongsikan pengalaman anda bersama pengunjung yang lain dibahagian komen dibawah.

Lokasi