Sunway Lagoon Water Park Malaysia

Sunway Lagoon ialah taman tema popular yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Dibina dikawasan seluas 88 ekar, ia mempunyai lebih 80 tarikan pelancong yang terdiri dari Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park dan Scream Park. Sunway Lagoon pernah dijadikan lokasi untuk acara muzik dunia iaitu MTV World Stage dan Arthur’s Day Celebration selama beberapa kali. Pengiktirafan di peringkat antarabangsa seperti Asia’s Best Waterpark and Asia’s Best Attraction oleh IAAPA juga membuktikan bahawa Sunway Lagoon adalah destinasi pelancongan hebat yang harus dikunjungi semua orang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Bagi menggambarkan apa yang menarik di Sunway Lagoon, Percutian Bajet telah menyediakan artikel ini untuk pengunjung melihat terlebih dahulu apa yang hebat yang ditawarkan disana.

Nota: Untuk melihat semua lokasi menarik untuk bercuti, sila lawati halaman Senarai tempat menarik untuk percutian di Selangor.

Pemandangan Sunway Lagoon.

Lokasi

Terletak di Lembah Kelang, bermakna tiada masalah pengangkutan untuk kesana. Anda boleh menaiki kapal terbang ke KLIA, keretapi ke Kuala Lumpur, bas atau memandu terus ke destinasi. Sebarang urusan, tempahan dan sebagainya, anda boleh hubungi Sunway Lagoon:

Alamat:

Sunway Lagoon Sdn Bhd (211311-A)
3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway,
47500 Selangor Darul Ehsan.

Hubungi:

slsales@sunway.com.my
Tel : 603 5639 0182
Fax : 603 5637 7031

Waktu operasi: Setiap hari 10am hingga 6pm.

Tarikan di Sunway Lagoon

Sunway Lagoon adalah sebuah taman tema yang muncul tepat pada masanya. Ia bukan yang pertama di Malaysia, tetapi di saat kemunculannya, ia begitu hebat dan membuatkan semua orang bercakap mengenainya. Apa yang menarik di Sunway Lagoon ialah taman tema yang ada disini. Terdapat lima taman tema yang menanti pengunjung iaitu:

  • Water Park.
  • Amusement Park.
  • Wildlife Park.
  • Extreme Park.
  • Scream Park.

Water Park

Water Park terbahagi kepada dua bahagian iaitu Waters of Africa dan juga Surf Beach. Kawasan permainan yang diberi nama Waters of Africa adalah tarikan utama di Sunway Lagoon. Antara aktiviti dan permainan menarik yang ada disini ialah:

  1. Vuvuzela - Ia adalah luncur air yang terbesar, tertinggi dan yang paling mendebarkan di dunia. Anda akan terjun dari menara pelancar setinggi 11 tingkat dan meluncur laju melalui gelongsor air yang berliku sepanjang 152 meter. Kemudian, anda akan menjunam kedalam corong gergasi seluas 22 meter dan merasai graviti sifar sebelum meluncur ke luar dari corong untuk sampai ke kemuncak gelongsor air melalui ayunan yang mendebarkan sebelum terjun ke percikan yang terakhir. Siapa yang mampu menolak keseronokan yang ditawarkan Vuvuzela?
  2. Waterplexx 5D - Sebuah 'virtual ride' yang direka dengan multi-sensorial meliputi kerusi yang bergerak, visual 3D, angin, kabus, laser dan pencahayaan yang sangat mengujakan. Waterplexx 5D di Sunway Lagoon ini adalah permainan sepertinya yang pertama di dunia.
  3. Congo Challenge - Enam gelongsor air yang menyeronokkan sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.
  4. African Pythons - Gelongsor air menarik dan mengujakan untuk anda cuba. Ia adalah gelongsor berupa ular sawa gergasi yang panjang sebahagian bertutup penuh dan sebahagian lagi separuh terbuka.
  5. Little Zimbabwe - Kawasan permainan untuk kanak-kanak. Terdapat beberapa gelongsor air yang menarik sesuai untuk kanak-kanak.
  6. Wave Pool - Kolam yang berombak besar.

Sunway Lagoon water slide.

Surf Beach pula merupakan pantai luncur air buatan manusia yang terbesar di dunia. Ombak yang dihasilkan boleh mencecah 8 kaki, cukup menarik untuk bermain luncur air. Disini juga merupakan lokasi menarik untuk anda bersantai di gazebo yang disediakan. Lain-lain yang ada di Surf Beach ialah:

  1. Flowrider.
  2. Body Boarding.
  3. Surfing.
  4. Melihat Volcano.
  5. Hawaiian character di Water Disco.

Amusement Park

Setelah puas bermain air anda boleh tempat menarik seterusnya iaitu Amusement Park. Disini terdapat beberapa permainan menarik yang menanti seperti:

  1. Pirate’s Revenge - Kapal besar yang berayun dan berpusing 360 darjah. Jika anda ada masalah jantung jangan sesekali mencuba permainan ini.
  2. Suspension Bridge - Jambatan gantung yang terpanjang di dunia.
  3. Lost City of Gold Scream Coaster.
  4. Captain Kids’ Playland - Tempat permainan menarik khas untuk kanak-kanak.
  5. Captain Kids’ Candyland - Tempat permainan menarik khas untuk kanak-kanak.

Sunway Lagoon Suspension Bridge.

Wildlife Park

kawasan taman yang mempunyai 150 spesis haiwan pelbagai jenis termasuk burung, ikan, reptilia dan mamalia. Antara binatang istimewa dan jarang dilihat tetapi terdapat disini ialah:

  1. Singa putih.
  2. Beruang.
  3. Harimau kumbang.
  4. Ungka.
  5. Memerang.
  6. Burung Enggang.
  7. Burung Merak.
  8. Pygmy marmoset.
  9. Anjing Prairie.

Extreme Park

Berbagai aktiviti menarik di Extreme Park Sunway Lagoon yang boleh dicuba seperti:

  1. Memanah.
  2. All Terrain Vehicles (ATV).
  3. Go Kart.
  4. G-Force X - Slingshot ride yang tertinggi di Asia.
  5. Flying Fox - Flying Fox terpanjang di Malaysia iaitu 206 meter.
  6. Bungy Jump - Yang pertama di Malaysia.

Aktiviti menarik lain yang ada di Extreme Park Sunway Lagoon ialah:

  1. Bungee Trampoline.
  2. Kayak.
  3. Paintball Target Shooting.
  4. Pedal Boating.

Scream Park

Scream Park di Sunway Lagoon adalah tempat 'Rumah Hantu'. Tidak seperti kebanyakan yang anda biasa lihat, disini anda pasti menjerit ketakutan.

Harga tiket Sunway Lagoon

Jika anda teruja dan tidak sabar lagi untuk ke Sunway Lagoon, dibawah ialah senarai harga tiket Sunway Lagoon untuk masuk ke taman tema yang disediakan. Harga tiket ini membolehkan anda masuk ke semua taman tema yang ada di Sunway Lagoon.

  1. Dewasa - RM90.
  2. Kanak-kanak bawah 11 tahun - RM65.
  3. Warga emas - RM65.
  4. Pakej Keluarga - RM275.

Nota: Harga tiket masuk Sunway Lagoon yang dinyatakan adalah tidak termasuk permainan di Extreme Park. Pengunjung perlu membayar untuk mencuba setiap permainan yang ada disana.

Sunway Lagoon Water Park.

Penginapan

Sunway Lagoon mempunyai penginapan sendiri iaitu hotel bertaraf 5 bintang. Terdapat dua hotel iaitu Sunway Resort Hotel & Spa dan Sunway Pyramid Tower East.

Sunway Resort Hotel & Spa

Pengunjung boleh memilih beberapa jenis penginapan menarik yang disediakan seperti:

Premier Room

Dua jenis bilik yang boleh dipilih iaitu Premier Room dan Premier Park View.

  1. Premier Room adalah bilik yang sesuai untuk dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak.
  2. Premier Park View adalah bilik yang menghadap pemandangan menarik taman tema. Ia sesuai untuk dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak.

Fasiliti yang disediakan ialah:

  • Katil king-sized atau twin super single.
  • Bilik berhawa dingin.
  • Television.
  • Balkoni.
  • Basikal.
  • Ironing Board.
  • Hair dryer.
  • Wifi.
  • Electronic safe box.
  • Telefon IDD.
  • Voice mail.
  • Mini bar.
  • Coffee / tea making facilities.

The Club & Suites

Club Room terletak di tingkat teratas hotel. Berbagai kelebihan dan fasiliti yang disediakan untuk tetamu The Club. Fasiliti yang disediakan didalam bilik pula ialah:

  • Katil king-sized atau twin super single.
  • Bilik berhawa dingin.
  • Television.
  • Balkoni.
  • Basikal.
  • Ironing Board.
  • Hair dryer.
  • Wifi.
  • Electronic safe box.
  • Telefon IDD.
  • Voice mail.
  • Mini bar.
  • Coffee / tea making facilities.

Berikut ialah jenis bilik yang ada:

  1. Junior Suite.
  2. Executive Suite.
  3. Premier Suite.
  4. Presidential Suite.

The Villas

Terdapat 3 jenis villa iaitu:

  1. The Villa.
  2. Deluxe Villa.
  3. Premier Villa.

Sunway Pyramid Tower East

Cuma terdapat dua jenis bilik iaitu:

  1. Superior Room.
  2. Superior Executive Room.

Fasiliti yang disediakan ialah:

  • Bilik berhawa dingin.
  • Meja.
  • Television.
  • Telefon IDD.
  • Iron and ironing Board.
  • Hair dryer.
  • Wifi.
  • Minuman ringan dan 'ice dispenser' di setiap tingkat.
  • Peti ais mini.
  • Cerek elektrik.

Nota: Untuk melihat semua tarikan pelancongan yang ada di negeri ini, sila lawati halaman Tempat menarik di Selangor mengikut daerah.

Percutian ke Sunway Lagoon Water Park Malaysia adalah idaman sesiapa sahaja. Permainan menarik dan aktiviti menyeronokkan yang ada di taman tema ini sentiasa menggamit pengunjung ke mari. Jika anda pernah bercuti disana, kongsikan pengalaman anda di ruangan komen dibawah.

Comments

2

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia,

Saya tidak berpuas hati dengan layanan khidmat pelanggan di sini, tidak mesra dan membuatkan saya berasa sangat kecil hati untuk bertanya lagi. Oleh demikian saya berharap pihak Tuan/Puan di syarikat ini boleh memperbaiki mutu perkhidmatan di syarikat ini, justeru itu penambah baikan ini meningkatkan lagi persepsi orang luar negara untuk melancong ke negara kita ini dengan gembira oleh kerana khidmat pelanggan di syarikat-syarikat di Malaysia memberi layanan yang mesra.

Terima kasih.

Saya setuju. Sebagai sebuah tempat pelancongan yang terkenal di Malaysia, seharusnya perkhidmatan yang disediakan terutama sekali layanan khidmat pelanggan sangat dititik-beratkan.

Puan/Cik Ieda boleh menghantar aduan ke alamat email Sunway Lagoon seperti yang terdapat dalam artikel diatas.

Add new comment