Taman Botani Shah Alam - Tempat menarik yang harus dikunjungi

Taman Botani Shah Alam ialah sebuah taman rekreasi menarik yang harus dikunjungi jika bercuti ke Shah Alam. Digelar taman ditengah bandar, ia turut dikenali dengan nama Bukit Cerakah, Taman Pertanian Malaysia dan juga Bukit Cahaya Seri Alam. Taman ini merupakan satu-satunya Taman Botani yang menyerlahkan konsep botani hutan hujan tropika. Selain taman rekreasi, Taman Botani Shah Alam juga berperanan sebagai pusat pendidikan, penyelidikan saintifik dan pemuliharaan botani, hortikultur serta pertanian.

Taman Botani Shah Alam.

Taman Botani

Taman Botani dikenali dengan nama Taman Pertanian Bukit Cerakah. Disini, pengunjung boleh memilih untuk berjalan kaki, menaiki bas atau menyewa basikal untuk melawat setiap tempat menarik yang ada disini. Anda tentu membayangkan kawasan yang luas. Memang betul. Anda mungkin menghabiskan masa sehari suntuk di taman ini. Jangan risau tentang makanan, kerana di sini terdapat kemudahan kedai makan di hadapan pintu masuk Taman Botani dimana anda boleh menjamu selera jika terasa lapar.

Apa yang ada di Taman Botani Shah Alam ini? Banyak sekali tempat menarik yang boleh anda lawati seperti senarai dibawah.

Taman Haiwan

Kawasan seluas 72 hektar ini mempunyai berbagai jenis haiwan seperti selembu, rusa, kuda, burung merak dan lain-lain. Pengujung dapat melihat secara dekat haiwan-haiwan ternakan yang ada disini. Pengalaman ini pasti menyeronokkan buat kanak-kanak.

Taman Haiwan Bukit Cerakah.

Taman Hiasan

Taman Hiasan ini sangat sesuai dijadikan lokasi untuk merehatkan minda. Sesuai dijadikan lokasi bergambar untuk majlis perkhawinan dan sebagainya. Ia dihias cantik dengan pelbagai tanaman bunga dan pokok. Taman ini adalah idea dari Tan Sri Sanusi Junid, bekas menteri pertanian Malaysia. terdapat Menara Pandang Jauh untuk pengujung melihat landskap dengan lebih jelas.

Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM)

Kepada mereka yang ingin merasai pengalaman suasana empat musim seolah-olah berada di negara luar. boleh datang ke Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM). Anda juga boleh menikmati keindahan yang ada disekitar kawasan ini, dihiasi dengan pelbagai jenis bunga. Musim disini akan berubah setiap tiga bulan sekali.

Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM).

Taman Rempah Ratus & Pelbagai Minuman

Dengan keluasan 16 hektar terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang ditanam. Antaranya ialah teh, kopi, lada hitam, buah pala dan kulit kayu manis. Pengunjung juga dapat mempelajari kelebihan dan kebaikan yang terdapat pada sesuatu tumbuhan tersebut.

Taman Kaktus

Taman Kaktus disini telah menarik ramai pengujung untuk datang melawat. Terdapat 3000 jenis kaktus dan 145 spesis dan 15 berasal dari Malaysia. Anda berpeluang melihat kaktus yang cantik dan dijaga dengan rapi. Pengalaman yang sangat bermakna kepada pencinta kaktus.

Taman Buah-buahan Tropika

Dibina dengan keluasan 35 hektar dan menanam pelbagai jenis buah-buahan. Menggunakan teknologi yang moden dan terkini untuk menghasilkan pelbagai jenis tumbuhan dan pokok. Diberikan sedikit panduan untuk tetamu menanam pokok dirumah mereka.

Taman Padi

Melihat padi yang terbentang luas pasti akan dapat menenagkan jiwa. Ia adalah tarikan alam semulajadi Negara Malaysia. Sesuai dijadikan lokasi berkelah atau hari keluarga. Disediakan bangsal dan gelanggang sepak takraw untuk keselesaan pengunjung.

Taman Padi Bukit Cerakah Shah Alam.

Taman Konservasi Herba & Tumbuhan Ubatan

Taman ini menanam pelbagai jenis herba dan tumbuhan ubatan. Ia memberikan pengetahuan dan ilmu yang lebih meluas berkaitan herba dan ubatan. Turut disediakan landskap yang menarik untuk pengujung bergambar.

Empangan dan Tasik

Selain taman botani, disini juga terdapat empangan dan tasik yang cantik.

Empangan Sungai Baru

Terdapat pelbagai jenis spesis ikan air tawar didalam empangan ini. Anda juga boleh belajar cara dan melihat bagaimana cara ikan air tawar membiak didalam sangkar. Pada tahun 1930 hingga 60-an Empangan Sungai Baru merupakan sumber bekalan air utama untuk penduduk disekitar Klang.

Empangan Sungai Baru.

Empangan Air Kuning

Sebuah lagi empangan yang ada di Taman Botani Shah Alam ialah Empangan Air Kuning. Empangan ini berukuran seluas lebih-kurang 4.5 hektar. Antara aktiviti yang menarik di sini ialah memancing ikan. Selain itu, di empangan ini juga terdapat sebuah terowong misteri sepanjang 323m yang menembusi sebuah bukit setinggi 60m.

Empangan Air Kuning.

Kolam C

Sebuah kolam tapak konservasi ikan. Pengunjung boleh melihat ikan-ikan berenang di kolam yang sangat mendamaikan. Panorama yang cantik dan suasana yang tenang dikawasan kolam yang dikelilingi hutan ini cukup menarik.

Kampung dan Chalet

Perjalanan melawat Taman Botani Shah Alam belum sempurna jika anda tidak melawat Kampung dan Chalet yang ada disini. Ia adalah kawasan penginapan yang disewakan kepada pengunjung yang ingin mengadakan aktiviti di taman ini seperti seminar, mesyuarat, hari keluarga dan sebagainya.

Kampung Idaman

Kampung Idaman merupakan chalet yang terdiri dari rumah-rumah tradisi negeri-negeri di Malaysia. Rumah-rumah yang ada ialah:

  • Rumah Perlis.
  • Rumah Kedah.
  • Rumah Pulau Pinang.
  • Rumah Perak.
  • Rumah Negeri Sembilan.
  • Rumah Melaka.
  • Rumah Johor.
  • Rumah Pahang.
  • Rumah Terengganu.
  • Rumah Kelantan.

Kadar bayaran yang dikenakan ialah:
RM80.00/hari - hari biasa.
RM100.00/hari - hujung minggu dan hari kelepasan am.

Kampung Idaman Taman Pertanian Malaysia.

Perkampungan Budaya

Sebuah perkampungan yang cantik dimana beberapa buah rumah tradisional yang bercirikan bangsawan melayu dibina. Terdapat beberapa bahagian didalam perkampungan ini iaitu bahagian pantai timur, bahagian selatan dan Kompleks Perkampungan Budaya. Pengunjung boleh melawat setiap rumah yang ada disini dan hayati keindahan senibina tradisional masyarakat Melayu yang sungguh mengagumkan.

Camar Rimba

Salah satu tarikan di Taman Botani Shah Alam ialah Camar Rimba. Disini terdapat kolam renang, tapak perkhemahan, kemudahan pondok rehat, dewan dan kawasan permainan yang luas. Camar Rimba seringkali dijadikan lokasi hari keluarga kerana suasana yang tenang dan cantik serta berbagai kemudahan yang disediakan.

Camar Rimba Taman Botani Shah Alam.

Taman Botani Shah Alam dibuka dari pukul 8:30 pagi hingga 5:30 petang. Ia ditutup pada hari Isnin.

Alamat:
Taman Botani Negara Shah Alam
Taman Pertanian Malaysia,
40000 Shah Alam, Selangor.

Hubungi:
Tel : 03-5510 6922 (waktu pejabat) 03-5510 7048 (untuk tempahan penginapan)
Faks : 03-5510 0922
Emel : tbnsa@moa.gov.my

Taman Botani Shah Alam telah melalui beberapa fasa pembangunan dan telah menjadi salah satu tarikan pelancongan utama di bandaraya ini. Keindahan taman dan tempat-tempat menarik yang ada disini cukup memuaskan hati. Kemudahan yang disediakan dan kos yang perlu dikeluarkan juga tidak terlalu mahal. Sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini pasti tidak akan merasa kecewa. Kepada anda yang ingin melancong ke Shah Alam, pastikan Taman Pertanian Malaysia Bukit Cerakah ada dalam senarai lokasi untuk dikunjungi.

Comments

3

esok hri ahad 1 mei buka tak?

Taman Botani Shah Alam biasanya dibuka pada hari kelepasan awam atau cuti umum. Walau bagaimanapun, cik boleh menghubungi 03-5510 6922 (pejabat) untuk pengesahan.

Kawasan taman botani ada sambutan daripada pelancong luar negara tak?

Add new comment