Wet World Shah Alam Water Park

Wet World Shah Alam adalah sebuah taman tema air menarik yang sesuai untuk percutian keluarga. Walaupun ia hanya sebuah taman tema air yang kecil, tetapi tarikan yang ada cukup menyeronokkan. Buktinya, Shah Alam water park ini telah menerima anugerah "Best Small Water Park 2O11" dan juga "1st Green Water Park 2O11". Aktiviti dan permainan yang disediakan lebih mementingkan keselamatan dan sesuai untuk kanak-kanak.

Nota: Untuk melihat semua tarikan pelancongan yang ada di negeri ini, sila lawati halaman Tempat menarik di Selangor mengikut daerah.

Wet World Shah Alam Water Park.

Bertemakan Caribbean, Wet World Shah Alam dibuka kepada umum pada 1996 dan menjadi tumpuan pengunjung setiap hujung minggu. Taman tema air ini juga kerap dijadikan lokasi hari keluarga jabatan kerajaan dan swasta.

Lokasi

Wet World Shah Alam terletak di Shah Alam Lake Garden, Selangor. Lokasinya yang strategik di tepi tasik Shah Alam dan berhampiran taman rekreasi amat mudah untuk dikunjungi pelancong. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi:

Alamat:

Wet World Water Park
No. 3A, Persiaran Dato' Menteri,
Section 14,
40000 Shah Alam, Selangor.

Hubungi:

Email: wwsa@owg.com.my
Tel: +603-5513 2020
Fax​: +603- 5510 7619

Waktu operasi:

  • Setiap hari 1pm hingga 7pm.
  • Hari Minggu (Sabtu-Ahad) - 10am hingga 7pm.
  • Ditutup setiap hari Rabu.

Aktiviti menarik di Wet World Shah Alam Water Park.

Tarikan di Wet World Shah Alam

Selain kolam, terdapat beberapa permainan air disediakan untuk pengunjung. Permainan air yang paling menarik ialah gelongsor air tinggi yang diberi nama "Monsoon Buster" dikatakan yang terpanjang didunia dan yang pertama di Asian. Selain itu, tarikan lain yang ada di Wet World Shah Alam ini ialah:

  • Super Hurricane
  • Thunder River
  • Caribbean Rider
  • Pirates Cove
  • Bermuda Triangle
  • Storm Rider
  • Whirlwind Escape
  • Tornado Rush
  • Kiddy Typhoon Lagoon

Terdapat banyak lagi permainan menarik di Wet World Shah Alam Water Park yang disediakan untuk pengunjung.

Gelongsor air di Wet World Shah Alam.

Harga tiket Wet World Shah Alam

Pengunjung boleh mendapatkan tiket masuk ke Wet World Shah Alam Water Park di kaunter tiket taman tema. Harga tiket adalah seperti berikut:

  1. Dewasa - RM25.
  2. Kanak-kanak - RM20.

Harga Wet World Shah Alam yang ditawarkan adalah termasuk GST dan untuk pemegang MyKad sahaja. Walau bagaimanapun harga adalah mungkin berubah mengikut musim percutian.

Super Hurricane di Wet World Shah Alam.

Lain-lain di Wet World Shah Alam

Fasiliti lain yang disediakan di Wet World Shah Alam adalah seperti berikut:

  1. Wet World Cafe - Pengunjung boleh menjamu selera disini setelah penat bermain.
  2. Kedai barangan mandi seperti seluar, baju, pelampung dan lain-lain.
  3. Kedai cenderamata - Pengunjung juga boleh membeli gambar kenangan disini.
  4. Kedai gambar - Pengunjung juga boleh membeli gambar kenangan disini.
  5. Cabana atau pondok rehat untuk disewa. Pengunjung juga boleh menyewa pelampung disini.
  6. Surau.

Nota: Ingin melihat lokasi menarik untuk bercuti? Sila lawati halaman Senarai tempat menarik untuk percutian di Selangor.

Wet World Shah Alam tidaklah sehebat Sunway Lagoon yang mempunyai berbagai permainan dan aktiviti mengujakan. Tetapi untuk masa riang-ria bersama keluarga, ia tidak menghampakan. Jika anda merancang untuk ke Shah Alam, bawalah keluarga dan anak-anak kesini. Mereka pasti gembira.

Wet World Shah Alam Water Park.

Add new comment