Senarai pantai di Malaysia yang menarik dan popular

Pantai di Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menjadi pilihan ramai setiap kali tiba musim cuti. Suasana yang damai dan pemandangan yang menarik ditepi pantai serta berbagai kemudahan pelancongan yang disediakan menjadikan pantai lokasi strategik untuk percutian keluarga. Percutian Bajet telah menyusun pantai menarik yang ada di Malaysia mengikut setiap negeri sebagai rujukan pengunjung yang ingin bercuti. Walau bagaimanapun, senarai pantai ini tidak termasuk pantai yang ada di pulau-pulau pelancongan.

Bagi percutian pulau, sila lihat artikel: Pulau-pulau di Malaysia yang menarik untuk percutian.

Pantai di Perlis

Tidak seperti kebanyakkan negeri lain, Perlis tidak mempunyai pantai menarik untuk mandi. Satu-satunya pantai di Perlis yang sering dikunjungi pelancong ialah Kuala Perlis. Apa yang menarik disini ialah restoran makanan laut dan kedai makan yang banyak terdapat ditepi pantai. Pengunjung boleh menjamu selera sambil menikmati pemandangan indah ditepi laut.

Pantai Kuala Perlis.
Keterangan gambar: Pantai Kuala Perlis. Kredit gambar: commons.wikimedia.org.

Pantai di Kedah

Ada beberapa pantai di Kedah yang agak menarik boleh dikunjungi jika anda bercuti ke negeri ini. Antara yang paling cantik ialah pantai Tanjung Rhu di Langkawi. Anda boleh melihat maklumat berikut di artikel tempat menarik di Langkai. Pantai yang paling popular di tanah besar ialah Pantai Merdeka yang terletak di Kuala Muda. Untuk senarai penuh dan keterangan, lihat senarai dibawah.

Senarai pantai menarik di Kedah:

  • Pantai Merdeka - Tempat peranginan. Ada resort di kawasan pantai dan homestay berdekatan.
  • Pantai Murni - Tempat bersantai. Cuma ada homestay dikawasan berhampiran.
  • Pantai Tanjung Dawai - Tempat makan, bersantai dan membeli produk hasil laut seperti ikan kering, sotong, keropok dan lain-lain.

Pemandangan Gunung Jerai dari Pantai Merdeka.Keterangan gambar: Pantai Merdeka merupakan salah satu lokasi pelancongan pantai di Kedah.

Pantai di Penang

Penang adalah negeri yang terdiri dari pulau dan juga tanah besar. Disebabkan pelancong boleh mengunjungi pulau dengan kenderaan masing-masing, maka pantai yang ada disana turut disenaraikan.

Senarai pantai popular di Penang:

  • Pantai Batu Ferringhi.
  • Pantai Teluk Bahang.
  • Monkey Beach.
  • Pantai Kerachut.
  • Pantai Bersih, Butterworth.
Pantai Batu Ferringhi Penang.
Keterangan gambar: Pantai Batu Ferringhi. Kredit gambar: commons.wikimedia.org.

Pantai di Perak

Pantai menarik di Perak tentu sekali pantai Teluk Nipah yang terletak di Pulau Pangkor. Jika di tanah besar, ada beberapa pantai yang agak terkenal yang boleh dikunjungi.

Senarai pantai di Perak yang paling popular mengikut tempat:

Pantai Teluk Senangin.
Keterangan gambar: Pantai Teluk Senangin. Kredit gambar: musimpanas.

Pantai di Selangor

Ada beberapa pantai di Selangor yang menarik boleh dikunjungi di daerah Kuala Selangor dan Sepang. Pantai-pantai ini menjadi destinasi percutian popular kerana lokasi yang berhampiran dengan ibukota Kuala Lumpur.

Senarai pantai di Selangor yang menarik:

  • Pantai Morib, Banting.
  • Pantai Bagan Lalang, Sepang.
  • Pantai Remis, Sungai Sembilang.
Pantai Bagan Lalang.
Keterangan gambar: Pantai Bagan lalang.

Pantai di Negeri Sembilan

Pantai yang paling terkenal di Negeri Sembilan ialah pantai Port Dickson. Jika pengunjung ke Port Dickson, terdapat dua lokasi pantai menarik yang boleh dituju. Terdapat berbagai kemudahan pelancongan disediakan seperti hotel penginapan dan juga aktiviti menarik.

Senarai pantai popular di Negeri Sembilan:

  • Pantai Teluk Kemang.
  • Blue Lagoon.
Pantai Blue Lagoon.
Keterangan gambar: Pantai Blue Lagoon.

Pantai di Melaka

Melaka lebih terkenal dengan tempat bersejarah. Namun terdapat beberapa pantai menarik di Melaka yang boleh anda kunjungi jika bercuti ke sana. Pengunjung juga boleh menginap di resort-resort yang banyak terdapat dikawasan berhampiran pantai.

Senarai pantai cantik di Melaka:

  • Pantai Tanjung Bidara Melaka.
  • Pantai Puteri Melaka.
  • Pantai Pengkalan Balak.
  • Pantai Tanjung Bidara.
  • Pantai Padang Kemunting.
Pantai Puteri Melaka.
Keterangan gambar: Pantai Puteri Melaka. Kredit gambar: commons.wikimedia.org.

Pantai di Johor

Pantai di Johor yang paling terkenal ialah Desaru. Namun terdapat beberapa pantai lain yang menjadi destinasi pelancongan menarik. Samada untuk bercuti atau semata-semata mengunjungi restoran makanan laut, pantai tetap menjadi pilihan ramai.

Senarai pantai peranginan di Johor:

  • Pantai Desaru.
  • Tanjung Balau.
  • Pantai Minyak Beku.
Pantai Desaru Johor.
Keterangan gambar: Pantai Desaru Johor. Kredit gambar: commons.wikimedia.org.

Pantai di Pahang

Pahang adalah negeri yang terkenal dengan pantai yang cantik. Terletak di pantai timur, keindahan dan keunikan pantai di Pahang menjadi tarikan pelancong ke negeri ini. Kemudahan penginapan serta makanan tempatan yang sedap menyebabkan orang-ramai tidak jemu untuk ke sini saban tahun.

Senarai pantai yang menarik di Pahang:

  • Pantai Cherating.
  • Pantai Teluk Cempedak.
  • Pantai Beserah.
  • Pantai Balok.
Pantai Batu Hitam, Beserah.
Keterangan gambar: Pantai Batu Hitam, Beserah. Kredit gambar: Emran Kassim.

Pantai di Terengganu

Negeri yang mempunyai paling banyak pantai menarik di Malaysia. Pantai yang ada di Terengganu ini boleh dikatakan semuanya cantik-cantik belaka. Ia sesuai untuk dikunjungi untuk berkelah dan berehat sambil menikmati pemandangan menarik di tepi laut. Cuma perlu diingat, tidak semua pantai yang ada sesuai untuk mandi kerana bahaya lemas.

Senarai pantai menarik di Terengganu:

  • Pantai Teluk Lipat, Dungun.
  • Pantai Teluk Bidara, Dungun.
  • Pantai Teluk Ketapang.
  • Pantai Batu Buruk.
  • Pantai Chendering.
  • Pantai Bukit Keluang, Besut.
  • Pantai Penarik.
  • Pantai Kelulut, Marang.

Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Keterangan gambar: Pemandangan pantai yang cantik di salah sebuah pantai di Terengganu.

Pantai di Kelantan

Walaupun Kelantan adalah salah sebuah negeri di pantai timur semenanjung Malaysia, namun pantai di negeri ini agak kurang terkenal berbanding dengan Terengganu dan Pahang. Bukannya tiada pantai menarik tetapi mungkin kerana kurang promosi.

Senarai pantai menarik di Kelantan:

  • Pantai Sri Tujuh di Tumpat.
  • Pantai Geting di Tumpat.
  • Pantai Irama di Bachok.
  • Pantai Cahaya Bulan di Kota Bharu.
  • Pantai Tok Bali di Pasir Puteh.
  • Pantai Bisikan Bayu di Pasir Puteh.

Pantai Bisikan Bayu.

Keterangan gambar: Pantai Bisikan Bayu yang cantik terletak di Pasir Puteh, Kelantan.

Pantai di Sarawak

Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia dan terletak di Pulau Borneo. Sebenarnya terdapat beberapa pantai yang sangat menarik di Sarawak tetapi kurang terkenal. Jika bercuti ke Sarawak anda boleh kunjungi pantai yang disenaraikan dibawah.

Senarai pantai popular di Sarawak:

  • Pantai Santubong Sarawak - Pantai Damai adalah yang paling terkenal di Santubong.
  • Pantai D’Cove, Kuching.
  • Pantai Tanjung Batu Bintulu, Sarawak.
  • Pantai Teluk Pandan Lundu Sarawak.
  • Pantai Lutong di Miri.
  • Pantai Hawaii, Miri.
  • Tanjong Lobang di Miri.
  • Bekenu-Sibuti, Miri.
Hawaii Beach Miri Sarawak.
Keterangan gambar: Hawaii Beach Miri, Sarawak. Kredit gambar: SomeBaL_.

Pantai di Sabah

Sabah lebih terkenal dengan pulau-pulau peranginan yang terletak di perairan pantainya. Di tanah besar Sabah juga terdapat beberapa pantai yang menarik untuk dikunjungi. Bagi yang fobia naik bot, anda masih boleh melihat keindahan pantai yang disenaraikan ini.

Senarai pantai popular di Sabah:

  • Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu.
  • Simpang Mengayau - Tip of Borneo, Kudat. Pantai ini tidak sesuai untuk mandi tetapi pemandangan disini cukup menarik.
  • Pantai Dalit, Tuaran.
  • Pantai Kenangan Di Bongawan.
Pantai Tanjung Aru Sabah.

Keterangan gambar: Pantai Tanjung Aru Sabah. Kredit gambar: commons.wikimedia.org.

Setakat ini dahulu yang dapat kami kongsikan senarai pantai di Malaysia yang menarik ada disetiap negeri. Bagi pengunjung yang gemar bercuti di pantai, marilah sama-sama kita menjaga keindahan serta kebersihan pantai agar dapat dinikmati semua. Jangan tinggalkan sisa makanan atau sampah jika anda berkelah dibawah pokok atau di pondok rehat yang disediakan. Semoga senarai ini berguna sebagai panduan anda merancang percutian yang menarik. Jika maklumat ini berguna untuk anda, jangan lupa konsikan di laman fb, twitter atau g+ anda sebagai tanda penghargaan. Ia sedikit-sebanyak membantu popularkan Percutian Bajet. Jika ada kekurangan atau penambahan, sila tinggalkan komen dibawah. Kami amat menghargainya. Terima kasih dan Selamat Bercuti.

Lokasi