Shah Alam

Shah Alam ialah ibu negeri Selangor. Ia merupakan salah satu destinasi percutian bandar yang agak popular dikalangan pelancong. Selain lokasinya yang hampir dengan Kuala Lumpur, bandar ini juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Antara tarikan pelancongan yang ada disini ialah taman tema, kompleks membeli-belah, taman rekreasi dan tempat makan popular.

Dibawah ini ialah tarikan pelancongan yang ada di Shah Alam. Dapatkan maklumat tentang tempat menarik yang ingin anda kunjungi termasuk lokasi, harga tiket dan lain-lain.

Taman Botani Shah Alam - Tempat menarik yang harus dikunjungi

Taman Botani Shah Alam ialah sebuah taman rekreasi menarik yang harus dikunjungi jika bercuti ke Shah Alam. Digelar taman ditengah bandar, ia turut dikenali dengan nama Bukit Cerakah, Taman Pertanian Malaysia dan juga Bukit Cahaya Seri Alam. Taman ini merupakan satu-satunya Taman Botani yang menyerlahkan konsep botani hutan hujan tropika. Selain taman rekreasi, Taman Botani Shah Alam juga berperanan sebagai pusat pendidikan, penyelidikan saintifik dan pemuliharaan botani, hortikultur serta pertanian.

i City Shah Alam

Ramai yang tahu i City Shah Alam adalah salah satu tarikan pelancongan di Selangor. Namun ramai yang hanya tahu i city sebagai satu tempat lampu berwarna-warni yang berirama dan cantik untuk dikunjungi diwaktu malam. Sebenarnya terdapat berbagai tarikan lain yang ada disini. Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi tentang apa yang menarik di i City Shah Alam dan bayaran masuk ke tempat menarik serta harga tiket yang dikenakan untuk permainan yang ada. Semoga maklumat ini berguna untuk anda yang merancang untuk bercuti bersama keluarga di bandaraya ini.

Wet World Shah Alam Water Park

Wet World Shah Alam adalah sebuah taman tema air menarik yang sesuai untuk percutian keluarga. Walaupun ia hanya sebuah taman tema air yang kecil, tetapi tarikan yang ada cukup menyeronokkan. Buktinya, Shah Alam water park ini telah menerima anugerah "Best Small Water Park 2O11" dan juga "1st Green Water Park 2O11". Aktiviti dan permainan yang disediakan lebih mementingkan keselamatan dan sesuai untuk kanak-kanak.