Sungai Petani

Senarai destinasi pelancongan, aktiviti dan tempat menarik di Sungai Petani untuk dilawati seperti tempat rekreasi alam semulajadi, tempat membeli-belah, tempat makan, lokasi percutian keluarga, sejarah dan warisan, taman tema serta destinasi popular lain. Sungai Petani merupakan destinasi percutian menarik yang semakin terkenal di Kedah.

Food Court Aman Jaya Mall Sungai Petani

Saya berpeluang mengikuti 'Karnival Bangkit' Suria FM Bersama Artis Di Sungai Petani yang diadakan di Aman Jaya Mall. Karnival tersebut memang menarik dan sangat meriah tetapi saya taknak cerita tentang perkara tersebut. Sebaliknya, apa yang ingin saya kongsikan ialah tempat makan yang sangat sedap di Food Court Aman Jaya Mall Sungai Petani.

Tempat menarik di Sungai Petani untuk dilawati

The Carnival Sungai Petani

Sungai Petani ialah bandar kedua terbesar di Kedah. Terletak dalam daerah Kuala Muda, ia adalah sebuah bandar perindustrian dan merupakan bandar yang paling pesat membangun di negeri ini. Dalam sektor pelancongan, Sungai Petani mempunyai tarikan tersendiri dan beberapa lokasi peranginan turut berada sekitar bandar ini. Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi tempat menarik di Sungai Petani dan lokasi pelancongan yang boleh dikunjungi jika anda bercuti di sini.

Makan Malam di D’Madinah Corner, Sungai Petani

Bagi anda yang mencari tempat makan malam di Sungai Petani, sila cuba restoran makanan barat di D'Madinah Corner. Ia cukup terkenal dan menjadi bualan di media sosial. Lokasi D’Madinah Corner ni terletak di No 27, Taman Temusu Padang Temusu, Sungai Petani, Kedah. Waktu operasi dari jam 5.30 petang sampai 2 pagi dan cuti pada hari ahad sahaja. Sebab ramai sangat orang asyik pos gambar makan dekat sana. Mana tahan, lepas tu ramai pula yang puji makanan kat situ memang sedap dengan harga yang berbaloi. Setiap set makanan siap dengan air teh o ais atau sirap. Pilih yang mana kita suka.

Carnival Sungai Petani

The Carnival Sungai Petani

Kalau orang tanya aku nak pergi holiday dekat mana yang best, yang boleh bawa anak-anak mandi, memang aku failed sebab seingat aku la, seumur hidup aku hanya dua kali je kot aku pergi water park ni. Diringkas kan cerita, raya haji baru ni, kami satu keluarga pergi ke water park Carnival Sungai Petani. Tak de plan apa pun, rancang malam esok pagi-pagi dah terus pergi. Rasanya pagi tu kot baru google cari info sikit pasal Carnival Sungai Petani.

The Carnival Sungai Petani

Restoran Nasi Padang Langkasuka, Sungai Petani

Jika anda bercuti ke Sungai Petani dan mencari tempat makan yang menyediakan makanan lain dari biasa, anda boleh mencuba Restoran Nasi Padang Langkasuka. Restorannya sangat luas dan selesa. Ia juga nampak sangat bersih. Antara makanan yang disediakan di restoran ini ialah nasi campur, berbagai menu ayam penyet, bakso, soto, lontong dan beberapa jenis makanan Indonesia yang lain. Saya sempat berkunjung ke restoran ini untuk makan tengahari sewaktu bercuti ke The Carnival Water Park, Sungai Petani baru-baru ini.

Tempat makan sedap di Sungai Petani, Kedah

Tempat makan sedap di Sungai Petani

Salah satu aktiviti menarik semasa bercuti disesuatu tempat ialah merasa makanan tempatan. Jika anda bercuti ke Sungai Petani, Kedah, pastikan anda singgah merasa makanan di tempat makan sedap yang kami senaraikan ini.

Nota: Untuk melihat tempat-tempat menarik lain di Kedah, sila lawati halaman Tempat menarik di Kedah mengikut daerah.