Bercuti di Langkawi

Pelancongan di Langkawi

Langkawi ialah pulau bebas cukai yang terletak di perairan Kedah. Ia merupakan salah satu destinasi pelancongan paling popular di Malaysia. Selain tarikan semulajadi, berbagai acara dan aktiviti dilakukan bagi menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke pulau ini. Bagi yang merancang untuk bercuti ke sini, Percutian Bajet telah menyediakan maklumat yang perlu anda tahu tentang Langkawi.

Bercuti di Pantai Cenang Langkawi

Pantai Cenang ialah salah satu lokasi pelancongan paling popular di Langkawi. Ia menjadi tumpuan kerana beberapa tarikan yang ada di sini. Pantai yang cantik dan landai serta resort yang banyak menjadikannya lokasi pilihan pelancong yang ingin bercuti di Langkawi. Selain itu, beberapa tempat menarik terletak berhampiran kawasan ini boleh dilawati semasa bercuti. Bagi pengunjung yang inginkan percutian yang menyeronokkan dan suasana meriah diwaktu malam, ini adalah pilihan nombor satu anda.

Senarai tempat menarik untuk bercuti di Langkawi

Senarai tempat menarik untuk bercuti di Langkawi ini adalah cadangan destinasi percutian berdasarkan jenis pelancongan. Anda boleh memilih untuk bercuti di pulau, pantai, agro-tourism atau dikawasan bandar. Tidak kira musim, Langkawi kini menjadi tumpuan pelancong sepanjang tahun. Ramai yang memilih pulau lagenda ini sebagai lokasi percutian kerana banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Dalam artikel ini anda akan mendapat maklumat tentang lokasi paling menarik, tempat penginapan yang popular, aktiviti yang boleh dilakukan dan harga yang dikenakan.

Subscribe to RSS - Bercuti di Langkawi