Cameron Highlands

Cameron Highlands ialah kawasan peranginan tanah tinggi yang popular dikalangan pelancong dalam dan luar negeri. Ia sering menjadi destinasi pilihan untuk bercuti bersama keluarga dan sesak dengan pengunjung terutama pada musim cuti sekolah dan cuti umum. Selain alam semulajadi, tempat yang terkenal dengan  ladang teh ini menawarkan berbagai tarikan lain. Antara yang popular ialah taman bunga, kebun sayur dan ladang strawberi. Dengan suhu sejuk dan keindahan pemandangan ladang teh serta taman bunga, tidak hairanlah kenapa ia menjadi destinasi percutian tanah tinggi paling popular di Malaysia untuk keluarga, pasangan berbulan madu dan juga rombongan sekolah.

Pasar malam Cameron Highlands

Pasar malam Cameron Highlands

Pasar malam Cameron Highlands adalah salah satu destinasi popular untuk membeli-belah bagi pengunjung yang bercuti di peranginan tanah tinggi ini. Berbagai barangan tempatan boleh dibeli dengan harga yang lebih berpatutan disini.

Apa yang dijual di pasar malam ini sebenarnya hampir sama dengan pasar pagi Kea Farm. Berbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan dan pokok-pokok bunga dijual dengan harga yang lebih murah berbanding tempat lain. Selain itu, pakaian dan juga barangan cenderahati banyak dijual disini.

Green View Garden Cameron Highlands

Green View Garden Cameron Highlands

Green View Garden ialah salah satu tempat menarik di Cameron Highlands yang terbaik dan mesti dilawati. Disini ada segalanya seperti taman bunga, kebun strawberi, cafe, kedai cokelat dan kedai barangan produk tempatan. Masuk adalah percuma. Tempat letak kereta juga disediakan percuma.

Tempat ini sangat cantik dengan rekaan dalaman yang kemas dan menarik. Ia juga cukup luas membolehkan pengunjung berjalan dengan selesa.

Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands

MARDI Cameron highlands

Bagi pelancong yang bercuti di Cameron Highlands, Taman Agroteknologi MARDI adalah destinasi menarik yang mesti dikunjungi. Lokasinya ialah di Tanah Rata. Selain berfungsi sebagai pusat penyelidikan, ia turut menyediakan berbagai tarikan seperti taman bunga beraneka jenis, ladang teh, strawberi dan lain-lain bagi menggamit pengunjung. Ia turut menawarkan aktiviti pelancongan seperti jungle trekking, lawatan kilang pemprosesan dan penyelidikan.

Tempat menarik di Cameron Highland mesti dilawati

Pasar Kea Farm Cameron Highland

Kami ingin berkongsi senarai tempat menarik di Cameron Highland yang mesti dilawati semasa bercuti disana. Tempat-tempat ini dipilih berdasarkan keunikan, keindahan dan beberapa faktor lain termasuk harga tiket bayaran masuk yang dikenakan. Kebanyakan destinasi pelancongan ini adalah percuma melainkan beberapa tempat yang berbayar. Namun kami merasakan ianya berbaloi dan tidak membebankan, jadi kami syorkan kepada anda.