Hotel di Kedah

TH Hotel Alor Setar

TH Hotel Alor Setar adalah sebuah hotel yang menarik dan selesa untuk dikunjugi. Ia menawarkan penginapan selesa untuk pasangan atau keluarga yang ingin bercuti ke Kedah. Selain dari kedudukan lokasi hotel yang tidak jauh dari Lapangan terbang Sultan Abdul Halim dan hanya megambil masa beberapa minit sahaja untuk sampai ke hotel.

Lokasi

Lokasi hotel yang terletak berhampiran dengan Lapangan terbang Sultan Abdul Halim dan tidak jauh dari bandaraya Alor Setar.

Alamat:

Swiss Inn Sungai Petani

Jika anda merancang untuk bercuti ke Kedah atau datang ke Negeri jelapang padi ini sama ada atas urusan kerja mahupun bercuti, anda harus cuba bermalam di Swiss Inn Sungai Petani, Kedah walaupun hanya untuk satu malam sahaja. Hotel ini terletak di kawasan berhampiran bandar Sungai Petani dan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di daerah Kuala Muda. Ia juga sesuai dijadikan tempat penginapan untuk keluarga yang besar. Swiss Inn menawarkan perkhidmatan mesra pelanggan dan pelbagai kemudahan turut disediakan untuk keselesaan pengunjung.

Holiday Villa Alor Setar

Anda bercadang ingin bercuti ke Alor Setar Kedah? Masih mencari-cari hotel yang menarik yang terletak tidak jauh dari bandar dan mempunyai kemudahan yang lengkap? Holiday Villa adalah hotel yang terbaik untuk dijadikan tempat penginapan anda. Sebuah hotel yang menyediakan perkhidmatan tip top dan mempunyai pekerja yang mesra pelanggan. Kemudahan kedai dan restoran juga turut disediakan di sini untuk keselesaan tetamu dan bagi memudahkan pengunjung yang pertama kali datang ke Alor Setar, Kedah. Selain itu, Holiday Villa telah mendapat pengiktirafan dari JAKIM Sijil pengesahan halal.

Park Avenue Sungai Petani

Park Avenue Sungai Petani adalah sebuah tempat penginapan mewah bertaraf 4 bintang bagi hotel di kawasan daerah utara dan sering menerima kunjungan dari pelancong dalam dan luar negara. Hotel ini menyediakan banyak kemudahan demi keselesaan para tetamu dan dilengkapi keselamatan yang rapi. Jika anda ingin bercuti ke Kedah dan mencari tempat penginapan yang menyediakan pelbagai kemudahan dalam satu tempat, Park Avenue adalah hotel yang harus ada di dalam senarai hotel pilihan anda.

Subscribe to RSS - Hotel di Kedah