Destinasi

Jika anda sedang mencari destinasi untuk bercuti, berikut ialah tempat menarik yang ada di setiap negeri di Malaysia. Kebanyakan destinasi menarik ini ialah ibu negeri yang merupakan pilihan popular untuk pelancongan bandar. Destinasi lain ialah lokasi percutian popular seperti pulau dan daerah pelancongan. Apa jua minat anda, maklumat yang kami kongsikan ini akan dapat membantu anda memilih destinasi yang sesuai dengan bajet yang diingini. Ini kerana, selain maklumat berkaitan lokasi, kami juga menyediakan harga tiket terkini serta panduan lawatan.

Tempat pelancongan menarik di Perlis

Negeri Perlis atau nama penuhnya Perlis Indera Kayangan terletak paling utara di semenanjung Malaysia. Walaupun kecil, nama Perlis cukup terkenal dengan produk pelancongannya iaitu buah mangga (mempelam) Harum Manis dan laksa Kuala Perlis. Selain itu, Perlis juga terkenal dengan pelancongan membeli-belah iaitu di Wang Kelian dan Padang Besar, pekan yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand. Artikel kali ini memaparkan senarai tempat menarik di Perlis yang boleh dilawati sebagai panduan pengunjung yang ingin berkunjung ke sana.

Senarai tempat menarik di Putrajaya

Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah pusat pentadbiran kerajaan Malaysia. Ia lebih dikenali dengan nama Putrajaya. Lokasinya terletak didalam Negeri Selangor dalam Daerah Sepang. Kedudukan Putrajaya adalah berhampiran dengan Kajang, Bangi dan Serdang. Putrajaya adalah lokasi pelancongan yang terkenal dan salah satu destinasi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Kawasan-kawasan di dalam Putrajaya di bahagikan dan dinamakan sebagai Presint.

Tempat menarik di Putrajaya yang boleh dilawati ialah:

Senarai tempat menarik di Sabah

Negeri Sabah adalah negeri kedua terbesar di Malaysia. Dalam sektor pelancongan, Sabah terkenal dengan alam semulajadi yang cantik dan juga kebudayaan pelbagai etnik yang tinggal di negeri ini. Dalam artikel ini, anda akan diperkenalkan dengan tempat menarik di Sabah mengikut daerah, lokasi percutian dan tarikan pelancongan seperti kebudayaan penduduk tempatan, kesan peninggalan sejarah serta aktiviti menarik yang terdapat dalam daerah tersebut.

Tempat menarik di Selangor mengikut daerah

Selangor mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi. Ia sesuai dijadikan sebagai destinasi percutian bersama keluarga kerana terdapat berbagai jenis pelancongan seperti Pelancongan Pendidikan, Agro-Pelancongan dan juga Eko-Pelancongan. Di Selangor juga terdapat taman tema menarik yang menyediakan pakej percutian keluarga yang dibuka sepanjang tahun. Bawalah keluarga anda kemana saja, Selangor menyediakan pelancongan bandar dan luar bandar yang menarik untuk semua.

Tempat menarik di Terengganu

Tempat menarik Terengganu

Berbagai tempat menarik di Terengganu boleh dilawati terutama destinasi percutian alam semulajadi seperti pantai peranginan, air terjun, hutan lipur dan gunung. Ia adalah salah satu destinasi percutian popular di Malaysia. Tarikan utama pelancongan negeri ini ialah pulau-pulaunya yang sangat cantik. Di tanah besar pula, Tasik Kenyir menjadi destinasi percutian popular pelancong yang ingin menikmati keindahan alam semulajadi.

Senarai tempat menarik di Pahang untuk dilawati

Tempat menarik Pahang

Negeri Pahang Darul Makmur ialah negeri yang kaya dengan tempat menarik untuk dilawati. Pahang mempunyai alam semulajadi yang cantik merangkumi tanah tinggi, hutan lipur, gunung, gua, tasik semulajadi, pantai dan juga pulau. Selain itu, Pahang juga mempunyai tarikan lain seperti kebudayaan dan makanan masyarakat tempatan. Jika anda ingin menghabiskan percutian dengan melancong ke tempat menarik di Pahang, rancanglah dengan teliti. Disini kami senaraikan tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi dan juga aktiviti pelancongan menarik yang boleh anda lakukan sebagai panduan.

Tempat menarik di Perak mengikut daerah

Tempat menarik di Perak

Perak Darul Ridzuan adalah negeri yang luas, mempunyai banyak tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Ia kaya dengan alam semulajadi yang indah seperti hutan lipur, air terjun, gua dan gunung yang sesuai untuk pelancongan alam semulajadi. Selain itu, terdapat beberapa tempat menarik di Perak kesan peninggalan sejarah untuk dilawati seperti Kompleks Sejarah Pasir Salak di Kampung Gajah, Kota Ngah Ibrahim di Larut Matang dan banyak lagi.

Senarai tempat menarik di Melaka

Tempat menarik Melaka

Melaka terkenal dengan tempat-tempat bersejarah peninggalan Kerajaan Kesultanan Melaka dan juga penjajah. Oleh itu ia dikenali dengan nama Melaka Bandaraya Bersejarah. Ia turut diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia. Selain dari tarikan tempat bersejarah, terdapat banyak tempat menarik di Melaka untuk dilawati seperti pantai yang cantik, taman tema dan juga tempat-tempat percutian keluarga yang lain.

Tempat menarik di Negeri Sembilan

Tempat menarik Negeri Sembilan

Banyak tempat-tempat menarik di Negeri Sembilan boleh dilawati jika anda bercuti ke negeri ini. Ada pantai, agro-tourism, sejarah dan warisan, tempat membeli-belah, alam semulajadi serta bermacam-macam lagi. Destinasi pelancongan yang paling terkenal ialah Port Dickson yang menawarkan pecutian pantai dan berbagai tarikan lain. Jika anda berminat dengan kebudayaan, negeri ini cukup terkenal dengan budaya Minangkabau dan adat Perpatih. Banyak program homestay dimana pelancong boleh merasai pengalaman aktiviti harian, adat-resam dan cara hidup masyarakat tempatan disediakan.