Panduan iklan

Iklan percuma atau berbayar?

Memang tidak ada bayaran atau kos tersembunyi. Kami bukan seperti syarikat telekomunikasi. Anda boleh menghantar seberapa banyak iklan yang anda mahu tanpa risau. Kami juga tidak mengambil sebarang komisyen dari iklan percutian anda.

Iklan anda belum disiarkan?

Iklan yang dihantar ke percutianbajet.com hanya akan ditapis dan disiarkan pada waktu bekerja iaitu pukul 9 pagi hingga 5 petang, hari isnin hingga jumaat. Jika iklan dihantar selepas waktu bekerja, iklan anda akan disiarkan keesokkan harinya. Jika pada hari dan waktu bekerja, selalunya iklan akan disiarkan kurang dari 3 jam selepas anda menghantar iklan. Jika iklan anda tidak disiarkan dan mengambil masa lebih dari 3 jam, ianya samada kami mengambil sedikit masa untuk memeriksa iklan anda ataupun iklan anda tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Iklan penaja

Iklan penaja adalah iklan istimewa seperti artikel ulasan dan juga banner diruang tertentu dilaman web percutianbajet.com. Terdapat berbagai pakej disediakan. Jika anda ingin mempromosikan pakej percutian atau perkhidmatan pelancongan anda dihalaman tertentu yang bersesuaian dengan anda, kami turut menyediakan perkhidmatan tersebut.

Panduan hantar iklan percutian bajet

Iklan percutian bajet adalah ruang iklan untuk perkhidmatan pelancongan yang disediakan oleh syarikat perniagaan di Malaysia. Terdapat 4 kategori utama yang disediakan iaitu pengangkutan, penginapan, makanan dan juga aktiviti pelancongan. Kategori penuh perkhidmatan pelancongan untuk percutian bajet boleh dilihat di Kategori percutian bajet.

Panduan hantar iklan pakej percutian

Laman web percutianbajet.com menawarkan dua jenis iklan percutian kepada pengunjung iaitu Percutian bajet dan Pakej percutian. Ini ialah panduan untuk menghantar iklan pakej percutian secara langkah demi langkah untuk rujukan pengunjung yang ingin menghantar iklan promosi perkhidmatan pelancongan mereka. Setiap iklan yang ingin dihantar haruslah menggunakan borang iklan online yang disediakan. Borang Hantar iklan boleh didapati di menu utama. Ikuti langkah dibawah untuk panduan menghantar iklan anda.

Subscribe to RSS - Panduan iklan