Pulau Pangkor

Bercuti di Nipah Bay Villa Pulau Pangkor

Anda ingin bercuti di Pulau Pangkor? Anda boleh berjimat dengan mengambil pakej penginapan di Nipah Bay Villa yang menawarkan harga berpatutan. Resort ini menyediakan berbagai jenis penginapan yang boleh anda pilih bergantung pada jumlah pengunjung. Kedudukannya juga sangat strategik iaitu berhampiran dengan pantai yang cantik di Pulau Pangkor.

Chalet menarik di Nipah Bay Villa.

Puteri Bayu Beach Resort

Puteri Bayu Beach Resort ialah sebuah resort menarik di Pulau Pangkor, Perak. Resort ini menawarkan berbagai jenis penginapan yang selesa untuk pelancong seperti chalet dan bilik hotel. Lokasi strategik ditepi pantai yang cantik menyebabkan Puteri Bayu Beach Resort sentiasa menjadi pilihan pelancong yang berkunjung ke Pulau Pangkor. Bagi pengunjung yang merancang untuk bercuti ke sana, Percutian Bajet telah menyediakan maklumat yang anda perlukan mengenai resort ini.

Purnama Beach Resort, Pulau Pangkor

Purnama Beach Resort adalah sebuah tempat penginapan menarik di Pulau Pangkor iaitu pulau percutian cantik yang terletak di negeri Perak. Ia menawarkan penginapan selesa untuk pasangan atau keluarga yang ingin bercuti ke Pulau Pangkor. Kemudahan makanan juga disediakan di restoran dalam kawasan resort. Bagi menambah keseronokan percutian, Purnama Beach Resort turut menawarkan aktiviti-aktiviti menarik bagi mengisi percutian anda.

Subscribe to RSS - Pulau Pangkor