Resort menarik

Pangkor Bay View Beach Resort, Pulau Pangkor

Pangkor Bay View Beach Resort yang terletak di Pulau Pangkor adalah sebuah penginapan yang sederhana dengan harga yang berpatutan. Pelbagai kemudahan yang disediakan disini untuk memudahkan urusan pengunjung yang pertama kali datang kesini. Selain dari itu, Pangkor Bay Viev Beach Resort juga turut menyediakan pelbagai jenis aktiviti untuk pengunjung.

Lokasi

Lokasi resort yang terletak tidak jauh dari Lapangan terbang Teluk Dalam dan 10 minit dari Jeti Pangkor.

Alamat:

Bercuti di Nipah Bay Villa Pulau Pangkor

Anda ingin bercuti di Pulau Pangkor? Anda boleh berjimat dengan mengambil pakej penginapan di Nipah Bay Villa yang menawarkan harga berpatutan. Resort ini menyediakan berbagai jenis penginapan yang boleh anda pilih bergantung pada jumlah pengunjung. Kedudukannya juga sangat strategik iaitu berhampiran dengan pantai yang cantik di Pulau Pangkor.

Chalet menarik di Nipah Bay Villa.

Penginapan menarik di The Cabin Langkawi

The Cabin Langkawi adalah sebuah resort menarik di pulau peranginan Langkawi, Kedah. Uniknya, bilik penginapan di sini menggunakan kontena yang dihias menarik untuk pengunjung. Lanskapnya ringkas dengan pokok-pokok bunga disepanjang lorong pejalan kaki dan pokok kelapa disekitar laman yang bersih.

Bercuti di A Famosa Resort Melaka

A Famosa Resort Melaka ialah salah satu lokasi pelancongan menarik di Melaka. Ia adalah sebuah resort yang mempunyai berbagai tarikan selain dari penginapan yang selesa. Disini pengunjung boleh menikmati percutian riang-ria bersama keluarga di taman tema air, Animal Safari dan juga Cowboy Town. Selain itu terdapat pelbagai jenis permainan outdoor dan aktiviti sukan serta riadah yang boleh dilakukan sepanjang percutian disana.

Klana Resort Seremban

Klana Resort Seremban ialah sebuah resort moden yang dihiasi lanskap menarik serta kehijauan pepohonan yang pasti memikat hati sesiapa sahaja. Resort ini menawarkan berbagai jenis bilik penginapan yang selesa untuk pelancong. Terdapat berbagai fasiliti menjadikan resort ini lokasi sesuai bukan saja untuk percutian keluarga malah seminar, mesyuarat dan lain-lain juga boleh diadakan. Sebagai ahli Allson International Hotels and Resorts Group, Klana Resort Seremban ynag bertaraf 3 bintang pasti menjanjikan perkhidmatan dan layanan terbaik untuk pengunjungnya.

Pages

Subscribe to RSS - Resort menarik