Taman tema

Percutian menarik di Bukit Merah Laketown Resort

Bukit Merah Laketown Resort ialah lokasi percutian popular yang terletak di negeri Perak. Ia merupakan resort menarik yang menawarkan pelbagai keseronokan termasuk taman tema air, keindahan alam semulajadi dan penginapan selesa. Sebagai salah satu taman tema terawal di Malaysia, ia sentiasa menerima kunjungan pelancong dari dalam dan juga luar negara. Sesiapa sahaja yang pernah melalui Lebuhraya Utara Selatan dari Penang ke Kuala Lumpur pasti akan ternampak resort ini yang terletak berhampiran lebuhraya.

Senarai taman tema di seluruh Malaysia

Malaysia mempunyai banyak taman tema menarik yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Taman tema air menjadi pilihan ramai berbanding taman hiburan (amusement park) mungkin kerana ia lebih sesuai untuk percutian keluarga. Percutian Bajet telah menyediakan senarai taman tema air di Malaysia dan juga taman tema lain yang disusun mengikut negeri sebagai panduan untuk pengunjung merancang percutian ke sana.

Sunway Lagoon Water Park Malaysia

Sunway Lagoon ialah taman tema popular yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Dibina dikawasan seluas 88 ekar, ia mempunyai lebih 80 tarikan pelancong yang terdiri dari Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park dan Scream Park. Sunway Lagoon pernah dijadikan lokasi untuk acara muzik dunia iaitu MTV World Stage dan Arthur’s Day Celebration selama beberapa kali.

Genting Highland Theme Park

Genting Highland terletak di negeri Pahang, Ia adalah antara destinasi percutian tanah tinggi yang paling popular di Malaysia. Selain dari menikmati keindahan panorama di puncak gunung dalam suhu yang sejuk dan hotel yang menarik, tarikan utama pelancong ke pusat peranginan ini ialah Genting Highland Theme Park. Bagi pelancong yang ingin menikmati keseronokan permainan riang ria taman tema di Genting Highland, kami telah menyediakan maklumat yang perlu anda tahu untuk panduan percutian anda disana.

Subscribe to RSS - Taman tema