Tempat makan di Sungai Petani

Food Court Aman Jaya Mall Sungai Petani

Saya berpeluang mengikuti 'Karnival Bangkit' Suria FM Bersama Artis Di Sungai Petani yang diadakan di Aman Jaya Mall. Karnival tersebut memang menarik dan sangat meriah tetapi saya taknak cerita tentang perkara tersebut. Sebaliknya, apa yang ingin saya kongsikan ialah tempat makan yang sangat sedap di Food Court Aman Jaya Mall Sungai Petani.

Makan Malam di D’Madinah Corner, Sungai Petani

Bagi anda yang mencari tempat makan malam di Sungai Petani, sila cuba restoran makanan barat di D'Madinah Corner. Ia cukup terkenal dan menjadi bualan di media sosial. Lokasi D’Madinah Corner ni terletak di No 27, Taman Temusu Padang Temusu, Sungai Petani, Kedah. Waktu operasi dari jam 5.30 petang sampai 2 pagi dan cuti pada hari ahad sahaja. Sebab ramai sangat orang asyik pos gambar makan dekat sana. Mana tahan, lepas tu ramai pula yang puji makanan kat situ memang sedap dengan harga yang berbaloi. Setiap set makanan siap dengan air teh o ais atau sirap. Pilih yang mana kita suka.

Restoran Nasi Padang Langkasuka, Sungai Petani

Jika anda bercuti ke Sungai Petani dan mencari tempat makan yang menyediakan makanan lain dari biasa, anda boleh mencuba Restoran Nasi Padang Langkasuka. Restorannya sangat luas dan selesa. Ia juga nampak sangat bersih. Antara makanan yang disediakan di restoran ini ialah nasi campur, berbagai menu ayam penyet, bakso, soto, lontong dan beberapa jenis makanan Indonesia yang lain. Saya sempat berkunjung ke restoran ini untuk makan tengahari sewaktu bercuti ke The Carnival Water Park, Sungai Petani baru-baru ini.

Subscribe to RSS - Tempat makan di Sungai Petani