Tempat menarik Johor

Tempat menarik di Johor

Banyak tempat menarik di Johor yang boleh dilawati jika anda bercuti di negeri ini. Antara destinasi yang popular ialah pulau-pulau peranginan yang terletak di perairan Mersing, beberapa kawasan pantai, kawasan pelancongan alam semulajadi seperti di Taman Negara, taman tema dan banyak lagi. Dalam artikel ini, Percutian Bajet akan senaraikan semua lokasi menarik yang ada di Johor dan di susun mengikut daerah. Semoga perkongsian ini membantu anda memilih tempat percutian yang diingini dan merancang tempat-tempat menarik yang ingin dilawati.

Senarai tempat menarik untuk percutian di Johor

Terdapat banyak tempat menarik untuk percutian di Johor seperti pulau yang cantik, pantai yang mempersonakan serta pusat pelancongan alam semulajadi yang mendamaikan. Bagi anda yang merancang untuk bercuti dan masih mencari lokasi menarik yang ada di Malaysia, apa kata anda ke negeri di selatan tanahair ini. Percutian Bajet telah mengumpulkan senarai destinasi pelancongan yang popular untuk membantu anda memilih lokasi yang sesuai untuk bercuti samada bersama keluarga, kawan-kawan atau bersendirian.

Membeli-belah di Johor Premium Outlets

Johor Premium Outlets atau lebih dikenali sebagai JPO ialah tempat membeli-belah yang mesti dikunjungi jika bercuti ke Johor Bahru. Ia adalah cawangan Premium Outlets yang pertama di Malaysia. Kepada pengunjung yang belum pernah ke sana, Johor Premium Outlets ialah tempat membeli-belah yang menjual berbagai barangan berjenama dari luar negara. Ada juga jenama tempatan yang berkualiti disini tetapi tidak banyak. Susun-atur kedai-kedai di JPO ialah secara deretan dalam bangunan dua tingkat. Berbeza dengan pasaraya dimana semua kedai terletak didalam satu kompleks berhawa dingin.

Pasar Karat JB

Salah satu tempat menarik di Johor Bahru waktu malam yang mesti dikunjungi ialah Pasar Karat JB. Ia adalah bazar yang menjual pelbagai barangan dan cukup meriah. Kebanyakan gerai yang ada menjual pakaian termasuk t-shirt design sendiri, jersi dan seluar sukan serta koleksi bundle yang menarik. Selain itu terdapat gerai yang menjual kasut dan sandal, wangian dan perfume serta berbagai aksesori telefon. Malah disini juga terdapat persembahan artis jalanan yang cukup berbakat menyanyikan berbagai lagu popular berbagai genre.

Tempat menarik di Mersing Johor

Mersing Johor ialah salah satu nama yang terkenal dalam sektor pelancongan di Malaysia. Ia adalah lokasi persinggahan untuk pelancong yang ingin menaiki feri ke Pulau Tioman, Pulau Rawa, Pulau Aur dan lain-lain. Tarikan lain ialah Mersing sangat popular sebagai lokasi memancing ikan. Ramai yang datang ke Mersing untuk memancing di tepi pantai dan juga laut dalam. Selain itu, disini juga terkenal dengan keropok lekor yang sedap. Kebanyakkan kedai menawarkan produk berasaskan hasil laut memandangkan kedudukannya yang menghadap Laut China Selatan.

Pages

Subscribe to RSS - Tempat menarik Johor