Tempat menarik Kedah

Tempat menarik di Sik Kedah

Kedah mempunyai banyak destinasi pelancongan meliputi pantai dan pulau, pelancongan bandar dan alam semulajadi. Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi tempat menarik di Sik, iaitu salah satu daerah yang luas di negeri ini. Tarikan pelancongan utama di kawasan ini ialah alam semulajadi dan makanan tempatan.

Nota: Untuk melihat tempat-tempat menarik lain di Kedah, sila lawati halaman Tempat menarik di Kedah mengikut daerah.

Rimba Rekreasi Lata Mengkuang Sik

Rimba Rekreasi Lata Mengkuang ialah kawasan peranginan menarik yang terletak di Sik, Kedah. Ia cukup popular satu ketika dahulu kerana memiliki air terjun yang cantik. Terdapat dua lokasi tumpuan iaitu kawasan air terjun yang terletak dibahagian atas dan kawasan rekreasi dibawah. Kedua-duanya mempunyai tarikan tersendiri.

Pulau Songsong tempat menarik di Yan

Pulau Songsong terletak di Yan, Kedah. Ia adalah salah sebuah pulau yang ada di persisiran pantai daerah ini. Pulau-pulau lain ialah Pulau Bunting, Pulau Telur dan Pulau Bidan. Pulau Songsong tidah berpenduduk dan tiada resort disediakan untuk pelancong bercuti. Walau bagaimanapun, pelancong masih boleh berkunjung untuk trip harian. Jika ingin bermalam, kelengkapan perlu dibawa termasuk makanan dan minuman. Tiada bekalan elektrik dan sumber air bersih. Namun bagi peminat alam semulajadi, keindahan pulau ini cukup menakjubkan dan berbaloi untuk dikunjungi.

Tempat menarik di Langkawi

Langkawi ialah sebuah pulau percutian yang mempunyai segala-galanya. Tempat peranginan, pantai yang cantik, alam semulajadi yang masih terpelihara, hotel serta resort yang banyak menjadikannya sesuai untuk percutian honeymoon atau bercuti bersama keluarga. Terdapat berbagai aktiviti pelancongan disediakan untuk pengunjung seperti island hopping, aktiviti lasak, membeli-belah dan melawat tempat menarik. Kali ini Percutian Bajet telah menyediakan senarai tempat menarik di Langkawi untuk dilawati mengikut jenis pelancongan sebagai panduan anda yang merancang untuk bercuti ke sana.

Senarai tempat menarik untuk percutian di Kedah

Kedah Darulaman ialah salah satu destinasi percutian di Malaysia yang mempunyai berbagai tarikan pelancongan. Negeri ini terkenal dengan percutian pantai dan pulau, tarikan alam semulajadi, tempat-tempat bersejarah dan lain-lain lagi. Kali ini Percutian Bajet ingin mengesyorkan beberapa tempat menarik di Kedah untuk bercuti. Bagi anda yang mencari maklumat tentang lokasi pelancongan untuk bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan, artikel ini pasti berguna untuk anda.

Pages

Subscribe to RSS - Tempat menarik Kedah