Tempat menarik Kelantan

Pasar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah ialah salah satu tarikan pelancongan popular di Kelantan. Ia adalah kompleks perniagaan yang mengumpulkan berbagai barangan tempatan seperti pakaian, kain batik, kain pasang, makanan, barangan dapur, aksesori dan bermacam-macam lagi. Bangunan besar setinggi tiga tingkat ini mempunyai berpuluh buah kedai yang kebanyakannya menjual barangan yang sama.

Nota: Lihat senarai lengkap Tempat menarik di Kelantan untuk dilawati.

Pantai Bisikan Bayu

Pantai Bisikan Bayu adalah salah satu tempat menarik di Kelantan yang cukup popular satu masa dahulu. Ia terkenal dengan pantai yang cantik, berpasir halus dan bersih. Pantai ini menjadi tumpuan orang-ramai pada musim cuti sekolah yang datang berkelah bersama keluarga. Struktur pantai yang landai juga sesuai untuk mandi laut jika ombak perlahan.

Nota: Untuk melihat lokasi menarik untuk bercuti, sila lawati halaman Senarai tempat menarik untuk percutian di Kelantan.

Wakaf Che Yeh Kota Bharu

Jika anda bercuti di Kota Bharu, jangan lupa untuk ke Wakaf Che Yeh. Ia adalah pasar malam yang besar dan meriah. Dibuka dari jam 8 malam hingga 2 pagi, ia adalah tempat menarik yang mesti dikunjungi di waktu malam. Anda boleh membeli-belah barangan tempatan seperti kain batik dan kain pasang atau berbagai barangan dari Thailand yang dijual dengan harga yang murah.

Tidak seperti kebanyakan pasar malam biasa yang dibuka secara mingguan, Wakaf Che Yeh dibuka setiap hari. Ia menjadi salah satu tarikan pelancongan yang terkenal di negeri Kelantan.

Tempat menarik di Kelantan untuk dilawati

Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi beberapa tempat menarik di Kelantan untuk dilawati. Bagi yang ingin bercuti di negeri bergelar Serambi Mekah ini, diharap senarai ini dapat membantu anda merancang percutian dengan lebih berkesan. Bagi memudahkan lagi, setiap destinasi pelancongan disusun mengikut Jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Jadi anda hanya perlu pilih dan tentukan destinasi mana yang ingin dikunjungi.

Senarai tempat menarik untuk percutian di Kelantan

Kelantan ialah salah satu destinasi pelancongan menarik yang sering menjadi pilihan setiap kali tiba musim cuti persekolahan. Ini kerana disini terdapat berbagai tarikan seperti alam semulajadi, percutian pantai, membeli-belah barangan tempatan dan tempat-tempat menarik untuk dilawati. Selain itu, makanan tempatan turut menjadi salah satu faktor pelancong kemari. Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi senarai tempat menarik untuk percutian di Kelantan khas buat anda yang merancang untuk bercuti di negeri ini.

Pages

Subscribe to RSS - Tempat menarik Kelantan