Tempat menarik Penang

Tempat menarik di Pulau Pinang yang paling popular

Pulau Pinang ialah salah satu destinasi pelancongan popular di Malaysia. Berbagai tarikan ada di negeri ini termasuk kesan peninggalan sejarah, alam semulajadi, pantai dan makanan. Percutian Bajet telah menyusun tempat menarik di Pulau Pinang yang paling popular untuk dilawati mengikut lokasi. Jika anda berkunjung ke kawasan ini, jangan lupa melawat destinasi menarik yang kami cadangkan. Ia pasti menambah pengalaman indah dalam hidup anda.

Anda mungkin berminat dengan tempat makan best di Penang.

Muzium Perang Pulau Pinang

Muzium Perang Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai War Museum terletak di Batu Maung. Lokasinya tidak jauh dari susur keluar Jambatan Kedua. Muzium yang terletak di atas bukit ini agak luas meliputi kira-kira 20 ekar tanah. Tiada bangunan kompleks untuk pameran tetapi pengunjung akan melawat kubu pertahanan perang yang dibina oleh tentera British sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua.

Fort Cornwallis Pulau Pinang

Fort Cornwallis ialah tempat bersejarah di Pulau Pinang yang sangat popular. Ia adalah antara lokasi yang wajib dilawati bagi sesiapa jua yang pertama kali menjejakkan kaki ke pulau ini. Kota lama yang dibina pada tahun 1786 oleh Francis Light ini berfungsi sebagai benteng pertahanan bagi menahan serangan berbagai pihak termasuk kerajaan Kedah pada masa itu. Anda tentu tertanya-tanya apa yang ada dalam Fort Cornwallis ini. Kali ini Percutian Bajet akan membawa anda meneroka satu persatu tempat menarik dan kesan sejarah yang masih wujud disini.

Melawat rumah P Ramlee di Penang

Rumah kelahiran P Ramlee yang terletak di Penang adalah sebuah lokasi pelancongan yang mesti dilawati jika anda bercuti di negeri ini. Rumah yang diperbuat dari kayu ini dipelihara dengan baik dan terdapat berbagai barangan peninggalan Allahyarham dipamerkan didalam rumah. Selain itu, pengunjung juga boleh melawat Galeri P Ramlee di bangunan Arkib Negara Malaysia yang juga berada didalam kawasan yang sama.

Trick Art Museum - Muzium 3D di Penang

Jika anda seorang peminat seni lukis, Penang adalah lokasi pelancongan yang harus anda kunjungi. Terdapat beberapa destinasi menarik yang memaparkan hasil seni mengagumkan dan menjadi tarikan pengunjung yang bercuti ke pulau mutiara. Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi satu tempat menarik untuk dilawati iaitu Muzium 3D Penang, Trick Art Museum yang cukup terkenal.

Pages

Subscribe to RSS - Tempat menarik Penang