Perak

Perak ialah sebuah negeri yang makmur dan kaya dengan alam semulajadi menarik. Negeri yang luas ini mempunyai hutan hujan tropika, gunung, bukit batu kapur, gua dan air terjun yang cantik. Dikawasan perairannya terdapat pulau pelancongan, manakala pantainya juga cukup cantik dan menjadi destinasi percutian. Selain itu, banyak tarikan pelancongan dibangunkan bagi menarik kehadiran pelancong ke negeri ini.

Dibawah ialah senarai lengkap tempat menarik di Perak yang boleh dilawati dan lokasi pelancongan untuk panduan anda merancang itinerari percutian. Anda boleh menyemak setiap destinasi secara terperinci melalui artikel yang disediakan. Penerangan lengkap mengenai tempat menarik seperti lokasi, aktiviti, harga tiket dan sebagainya turut disertakan.

Untuk tempat menarik di negeri lain, lihat Tempat Menarik.

Panduan bercuti di Pulau Pangkor

Panduan bercuti di Pulau Pangkor

Pulau Pangkor adalah sebuah pulau pelancongan yang popular di pantai barat semenanjung Malaysia. Ia terletak di perairan Lumut, Perak. Tidak seperti pulau-pulau menarik di pantai timur, pulau ini boleh dikunjungi sepanjang tahun. Kos untuk bercuti juga tidak terlalu tinggi. Banyak chalet murah dikawasan pantai yang boleh dipilih bersesuaian dengan bajet anda.

Melawat Zon Bebas Cukai, Betong Thailand

Komples Bebas Cukai di Betong

Betong Thailand adalah sebuah bandar yang agak popular dikalangan masyarakat Malaysia terutama bagi penduduk di negeri Perak, Kedah dan Kelantan. Ia adalah ibu kota daerah Betong, yang merupakan kawasan paling selatan Wilayah Yala. Rakyat negara ini yang ingin ke Betong boleh melalui Pengkalan Hulu, Perak. Ini kerana ia adalah salah satu pintu masuk ke negara jiran ini selain dari Padang Besar di Perlis, Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Rantau Panjang di Kelantan.

Hentian RnR Titiwangsa

Pemandangan di RnR Titiwangsa

Bagi sesiapa yang melalui Lebuhraya Timur-Barat dari Kedah ke Kelantan pasti pernah melalui Hentian RnR Titiwangsa. Ia adalah hentian rehat yang terletak di tanah tinggi Banjaran Titiwangsa. Hentian ini popular kerana pemandangan menarik yang boleh dilihat terutama apabila cuaca cerah. Selain itu, inilah satu-satunya hentian rehat yang selesa boleh di singgah sebelum tiba ke pekan terhampir Jeli atau Grik.

Bercuti di Teluk Batik Lumut

Pantai Teluk Batik, Perak

Teluk Batik ialah salah satu destinasi percutian popular di negeri Perak. Ia telah lama terkenal kerana pantainya yang cantik dan landai cukup sesuai untuk mandi laut. Selain itu, suasana yang tenang serta kemudahan tempat penginapan yang banyak menjadikan ia pilihan ramai setiap kali tiba musim cuti sekolah. Kawasan pantai yang luas menjadi pilihan bagi yang ingin mengadakan hari keluarga dan aktiviti perkhemahan.

Tempat percutian menarik di Perak

Pangkor Laut Resort Perak

Perak ialah salah sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai banyak tempat-tempat pelancongan menarik. Ia terkenal dengan pelancongan alam semulajadi, pantai dan pulau, taman tema serta beberapa tarikan lain. Jika anda ingin beristirehat, menenangkan diri dan melupakan bebanan tugas atau kekusutan fikiran, anda boleh memilih mana-mana lokasi yang sesuai dari senarai tempat menarik untuk percutian di Perak yang kami kongsikan dibawah.

Tempat menarik di Kuala Kangsar untuk dilawati

Galeri Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar

Kuala Kangsar adalah Bandar Diraja Perak yang mempunyai banyak tarikan pelancongan. Terkenal dengan labu sayong, sebenarnya banyak tempat-tempat menarik di Kuala Kangsar yang boleh dilawati jika anda bercuti di bandar ini. Kali ini Percutian Bajet akan berkongsi beberapa lokasi yang boleh anda kunjungi sebagai panduan untuk merancang percutian anda di daerah terkenal ini.

Nota: Untuk bercuti, sila lawati halaman Senarai tempat menarik untuk percutian di Perak.

Percutian menarik di Bukit Merah Laketown Resort

Bukit Merah Laketown Resort ialah lokasi percutian popular yang terletak di negeri Perak. Ia merupakan resort menarik yang menawarkan pelbagai keseronokan termasuk taman tema air, keindahan alam semulajadi dan penginapan selesa. Sebagai salah satu taman tema terawal di Malaysia, ia sentiasa menerima kunjungan pelancong dari dalam dan juga luar negara. Sesiapa sahaja yang pernah melalui Lebuhraya Utara Selatan dari Penang ke Kuala Lumpur pasti akan ternampak resort ini yang terletak berhampiran lebuhraya.

Tempat menarik di Taiping Perak

Muzium Perak di Taiping

Banyak tempat menarik di Taiping boleh dilawati jika anda bercadang untuk bercuti disini. Selain tarikan utama Zoo Taiping, berbagai destinasi pelancongan terutama tempat-tempat bersejarah dan taman rekreasi boleh dikunjungi.

Sekiranya anda belum mengenali sejarah bandar ini, ia adalah antara bandar terawal yang dimajukan di zaman penjajahan Inggeris. Berikut ialah 33 perkara pertama di Taiping yang perlu anda ketahui.

Tempat menarik di Ipoh - Panduan 2020

Tempat menarik di Ipoh

Ipoh merupakan lokasi percutian popular kerana kedudukannya yang strategik dan banyak tempat pelancongan menarik yang boleh dilawati. Selain itu, kemudahan pengangkutan awam dan hotel penginapan yang banyak juga menjadi faktor utama ibu negeri Perak ini menjadi pilihan pelancong untuk bercuti. Bagi memudahkan pengunjung merancang percutian mereka, kali ini Percutian Bajet memilih untuk menyingkap keistimewaan yang ada, aktiviti yang boleh dilakukan, tempat-tempat menarik di Ipoh yang boleh dilawati dan tarikan lain yang ada di Bandaraya Bunga Kertas ini untuk dijadikan panduan.

Senarai hotel di Perak yang mendapat sijil halal Jakim

Berikut adalah senarai hotel di Perak yang mendapat pengesahan Sijil Halal Jakim. Semoga ia membantu anda yang ingin bercuti ke sana dan memilih hotel penginapan yang sesuai.

BLUE BAY RESORT SDN. BHD.
Lot 4, Jalan Titi Panjang
32200 Lumut, Perak
32200
Perak

BW MARINA ISLAND RESORT PANGKOR
Km 1, Teluk Muroh
32200, Lumut
Perak

CASUARINA HOTEL MANAGEMENT SDN BHD
CASUARINA @ MERU
Casuarina Hotel Management Sdn Bhd
Bulatan Meru Raya, Bandar Meru Raya,
30020, Ipoh
Perak

Tags